Friday, July 22, 2016

Sambutan Raya 2016 - Majlis bermula


Assalamualaikum,

Ok akhirnya sampai masa majlis berlangsung. Ini lah penyambut tetamu masa majlis jamuan raya.  Aku ni tak biasa bab menyambut tetamu bagai ni. kalau Kak Temah ada, dia lah terer dengan Fazlina. Kak Temah dah pindah dan Fazlina dah ke unit lain, jadi ni muka-muka baru menyambut tetamu. Dahle tetamu VVIP ramai kita orang tak kenal. Jadi tu hentam saje lah ya. hehehehe Siap jemput Timbalan menteri dan KSU lagi tau. Dah depa tu orang busy memanjang tapi depa hadir juga walaupun majlis dah bermula. 



Unit PDPK bersama Pengarah Datuk Noraini. Depa bestlah ada baju korporat. Tu yang sama je bila semua pakai baju korporat.  

Makanan yang ada. Sedap kuih kasui dia tu warna hijau selalunya warna coklat. Lembut dapat rasa sekeping je. 

Kerepek dia pelbagai jenis. Sedap tu kalau layan kerepek.

Akhirnya majlis berlangsung. Sambil para tetamu menjamu selera persembahan unit dijalankan.

Antara para jemputan

Pengarah tak duduk diam. Maklumlah masih ada para jemputan yang masih belum hadir lagi.

Suami kak zaharah pun turut hadir sama. 

Siap ada gitar lagi mengiringi nyanyian.

Orang ramai menjamu selera. Nak makan apa singgah je lah ke gerai Unit-Unit yang ada. Masing-masing dengan makanan yang berbeza.  

Sekali Timbalan Menteri Kesihatan baru sampai. Masa ni meja VVIP dah penuh sebab Datuk ajak je sesiapa yang dia suka semeja dengan dia walaupun dah cakap sediakan 2 kerusi untuk TM dan KSU. Apa pun majlis berjalan lancar walaupun pincang sikit bab melayan tetamu VVIP. 

Ni unit mana tah yang buat persembahan.

Ex staff dari bahagian perangkaan juga turut hadir.

Semua seronok makan sambil dihidangkan dengan persembahan tiap unit. 

Persembahan unit kami. Sister Elizabeth cantik berbaju kurung merah. Pagi pakai uniform sekali bila bertukar wah.... cantik. Ada beberapa staff lelaki bila tukar pakai baju melayu wah hensemnya. hehe cuma Encik Din wakil boss bila ditanya kenapa tak pakai baju melayu dia kata dia keturunan bumiputera. Apa lahhh tak sporting langsung. Kan majlis raya ni setahun sekali je. 


Amboiiii Datuk bergembira karaoke raya.


Akhirnya bila di maklumkan persembahan pentas dimenangi oleh Unit kami. yeh kena menari semula. Tapi bab Ammar ni memang semua gelak ketawa. 


Dan gerai tercantik kali ini kami kalah. Dimenangi oleh Unit UPFK.

Hai Datuk tak habis lagi ke karaoke.


Ramai -ramai lagi naik ikut sama karaoke bersama pengarah. Enjoy semua

Dah habis majlis bab mengemas la pulak. Masa majlis berlangsung aku dok kat sini je. Apa lagi pekena Lontong dengan rendang ayam kampung fuh memang sedap lah. Kenyang makan lontong je bertambah-tambah sebab kuah lodeh dia sedap sangat. Lepas tu jengah juga gerai yang lain. Ambil kuih sikit sana sikit sini untuk rasa. Ada laksa tapi sebab dah kenyang belasah lontong pandang je lah. 

Mana yang ada lebih kuah bungkus-bungkus siap-siap. Sesiapa boleh bawa balik. Ingatkan boss lepas meeting MIMOS tak datang rupanya dah nak habis majlis baru jenguk. Pengarah ada juga bengang dan tercakap lah isu Boss takde semasa kita orang menunggu tetamu datang. Ya lah dah lah kita orang yang organise tapi boss sendiri tak muncul. Nasib baik pengarah dah maklum dengan kerenah boss aku. Alhamdulillah majlis berjalan lancar. Itulah sambutan raya di pejabat aku. 

20 comments:

  1. Meriah..tahniah, menang persembahan...

    jom pegi Bukit Tinggi, beli mangkuk tepen..

    ReplyDelete
    Replies
    1. berkat praktis 1 hari suntuk....hehehe
      amboiiiii jauh benor nak cari mangkuk tepen sampai pi bukit tinggi. masalahnya tak tau lokasi yang sebenarnya kalau tak memang nak pi lagi lah bukit tinggi seronok pi sana. banyak kali pun takpe

      Delete
  2. MERIAH SEKALI MJLIS RAYANYA...MENANG HADIAH PERSEMBAHAN PULA OK SGT TU.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam-macam ado kak jadi mesti le gembira semua... hehehehe praktis 2 hari je kak nasib baik ok. Last minit punya ilham tarian.

      Delete
  3. Replies
    1. Jamuan raya mesti meriah sebab macam-macam ado yoooo kenyang perut suka hati

      Delete
  4. Bestnye mcm nk join je lah
    Tambah2 kalau menang sukee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom Kaknoor meh datang... baut acara pertandingan tu suka-suka kalau tak, tak meriah.

      Delete
  5. Bestnya dapat pergi majlis open house kementerian..

    ReplyDelete
    Replies
    1. afif ni cuma jamuan raya bahagian je. Kalau jamuan raya KKM lagi macam-macam ada. Datang je lah kalau tahu ada open raya KKM

      Delete
  6. meriah, ada kuih2 tradisi jugak, tu yang sedap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan bunda kuih tradisi le yang sedap sekali. Saya nak kidnap satu balang kuih tu tapi ianya sebahagian dari props gerai terus tak jadi. kang rosak pulak props deko gerai orang punya.... hehehehe

      Delete
  7. Meriah...

    Selamat Hari Raya akak! *Takpe kan wish dalam bulan Zulkaedah?* Hi hi... Yang penting ingatan tu ye tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mamaerra... selamat hari raya juga walaupun dah habis raya. hehehehe Takpe kali ini selamat ahri raya haji pulak... hehehe

      Delete
  8. Karok lagu pe tu? Cer nyanyi skit... He he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. emm camno nak nyanyi baru tarik suara je dah macam bunyi katak panggil hujan je... kang kat luar hujan naya je..huk huk huk

      Delete
  9. Meriah bak ceria gemilang gitu.. seronok betul kalau keje kat jabatan besar2 nie hehehe.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang seronok kadang biasa je. Orang kadang nampak kat atas tu macam best je padahal kadang kita tenguk yang di bawah lagi seronok. Terpulang pada individu pandangannya macamana. Apa pun mana-mana kerja sama je ada pro dan kontranya.

      Delete