Sunday, August 7, 2016

Pi Kelana Jaya hantar akak menunaikan haji


Assalamualaikum,

Hari Sabtu baru ni hantar akak dan abang Ipar menunaikan ibadah Haji di Kelana Jaya. Alhamdulillah kali ini Kak Ijah dan Abang Cuin dapat menunaikan haji. Pada mulanya nak tarik Kak Ambah dan Kak Jal supaya sama-sama dapat pergi bersama tapi sebab masa pendaftaran yang berlainan tahun jadi akhirnya setelah merayu tak dapat juga. Jadi Kak Jal dan Kak Ambah pasrah je lah berkemungkinan ada rezeki di tahun akan datang. Tapi kesian juga pada Kak Ijah sebab walaupun ada suami tapi bilik kan berasingan. Sekurang-kurangnya kalau ada adik beradik lain sebilik boleh membantu maklumlah Kak Ijah tak sekuat dahulu. Malahan sakit kaki dan tak boleh berjalan sangat. Apa pun kita orang adik beradik doakan semuga Allah mempermudahkan urusan Kak Ijah dan Abang cuin. Ikutkan ni yang ke 2 kali buat Kak Ijah. Yang pertama dulu tahun 1990 pergi bersama dengan Aruah Mak.  Masa tu tragedi Trowong Al-Muassim roboh. 

Dijadualkan mendaftarkan diri pada pukul 12 tengahari di Kelana Jaya. Penerbangan KT8. Jadi rombongan dari Parit Sulong bertolak pada pukul 12 malam. Manakala adik aku yang di Batu Pahat pula dengan Kak Jal bertolak lepas Magrib dari Tangkak. Kita orang yang kat KL ni yang tertunggu-tunggu depa sampai pukul berapa? Rupanya orang berkunjung tak putus-putus di rumah Kak Ijah. Maklumlah kali ini pergi kononnya tak nak beritahu orang kampung. Jadi bila dah last minit orang kampung tahu tu yang tak putus-putus datang berkunjung. Ikut perancangan nak pergi awal tapi akhirnya pukul 12 malam baru bertolak. Semua anak dan cucu ikut sama menghantar. 



Pukul 4 pagi baru sampai putrajaya, singgah di rumah Julie di putrajaya. Dapat rehat sekejap dan lelapkan mata. Pagi kak nong yang dari melaka pun singgah di putrajaya. Lepas tu baru rombongan semua bertolak ke Kelana Jaya. Julie jadi tukang pandu disebabkan Jaki dan Mai ingat-ingat lupa jalan ke situ. 

Kita orang kat Ampang kononnya nak bertolak pukul 8 tapi sebab siapkan makanan kononnya nak berkelah kat Kelana Jaya tu hah pukul 8.30 baru keluar rumah. Almaklumle sebelum ni ada drebar hantar terus ke Kelana Jaya, kali ini kena cari sendiri. Nasib baik le sesat sikit je, tersalah masuk lorong sebab kereta belakang tak sabor nak jalan, asyik hon je semasa kita orang tercangak-cangak cari signboard, padahal nak balik rumah yang dah dekat pun, macam pelesit je bawa kereta. Dan rezeki pulak dapat parking tepi jalan yang dekat dengan pintu masuk. Ingat dulu masa hantar tahun 1990 kita orang sampai awal. Menunggu sampai siang terus tertidur atas tikar. Bila bangun paginya bila buka mata , tenguk orang dah ramai sekeliling. Malu-malu tapi orang sekeliling bukannya perasan pun sebab masing-masing sibuk. hehehe  

Rupanya masa kita orang sampai, rombongan dari putrajaya baru je sampai. Jadi tak susah le cari depa semua. 

Terjumpa pulak kak Lela dan anaknya. Rupanya hantar adiknya ke Mekah pagi tu. Penerbangan KT 7. 
Ada tempat kosong kita orang pun lepak le. Sebab masa ni baru pukul 9.30 pagi. Lama lagi nak daftar masuk.

Tenguk Kak Ijah berdua je entah macamana nanti ya kat Mekah. Semuga Allah mempermudahkan urusan Kak Ijah dan Abang Cuin. Aku kesian juga tenguk Kak ijah tapi nak buat macamana Tabung Haji sekarang dah ketat proses pemilihan bakal-bakal Haji. Jika tiada alasan yang kukuh memang tak dapat lah pergi bersama satu penerbangan. Jadi pada sesiapa yang nak mendaftar Haji, kalau nak pergi bersama keluarga daftarlah bersama-sama. Jadi bila nama naik dapat bersama menunaikan ibadah haji. Masa Kak ijah kata dia dah daftar Haji, dia ada juga ajak adik-adiknya daftar sama tapi pada masa tu masing-masing ada masalah dan daftar asing-asing kemudiannya. Pada masa tu masih sihat walafiat lagi tak terfikir bila dapat, keadaan kesihatan sedikit bermasalah. Apa pun hanya Allah lebih mengetahui segalanya. Kita cuma dapat berdoa semuga segala urusan berjalan lancar.       
  
Orang ramai yang turut sama menghantar jemaah Haji.

Semasa menunggu tu buka lah bekalan makanan. Nasib baik Pit bawa air kotak. Takdelah tercekik masa makan. Roti sosej yang tergaring hangus pun sedap je makan bila dah ramai-ramai. hehehehe. Nak cepat punya pasal sampai api terbesar. Masa sedang lepak tu ada satu keluarga baru sampai duduk belakang kita orang.  Masa nampak ada budak kecil, Kak nong pun pelawa lah sekeping karipap yang aku bawa tu. Kesian pulak tenguk budak tu makan macam kelaparan. Lepas tu bagi la sosej hangus sikit tu. Mula-mula bagi kat budak je yang main dekat Kak nong sekali eh rupanya mak dan keluarga lain pun lapar juga. Akhirnya 3 bekas makanan yang kaknong pass kat keluarga belakang terus  licin. Kesiannya. Nasib baik ada lagi baki makanan yang kita orang dah makan. Rupanya datang dari Johor juga tapi takde bawa apa-apa pun bekalan makanan.  Alhamdulillah rezeki diaorang lah. Memang le ada jualan juga tapi kalau dah ramai-ramai emmm memang kopak juga lah kalau nak membeli semuanya.

Bersama Lin, Kak Norra, Kak ijah dan aku. Bergambar kenangan 

Akhirnya pukul 11.45pagi pengumumuman di buat supaya melapurkan diri.  Semua jemaah dan keluarga pun bersiap-siap. 

Bersalam-salaman dan bertangisan untuk melepaskan keluarga tersayang. 

Masa ni Kak ijah sedang nak bersalaman dengan semua keluarga. Anak dan cucu serta adik beradik yang akan di tinggalkan. 

Bersama bang ipar dah bersedia untuk melapurkan diri. Sedihnya tenguk Kak ijah masa ni.  

Bergambar bersama keluarga sebelum masuk kedalam.


Jemaah haji yang dah mula melapurkan diri 

Hantar sampai takat sini je.  

Ada petugas haji yang turut membantu. 

Kita orang nampak Abang ipar seorang je yang ke pintu di hujung tu. Rupanya Kak ijah di naikkan kerusi roda sebab tak larat nak jalan dengan membawa beg. Tu pun sebelum ni masa ambil no untuk penginapan asrama kena beratur panjang pun Kak Ijah dah nak pitam. Nasib baik petugas Haji nampak cepat-cepat dia dahulukan Kak Ijah. Kita orang tenguk bila Kak Ijah balik semula kat tempat kita orang pun dah susah hati bila dengar ceritanya. Apa lagi nanti kat sana.  Ya Allah semuga Allah mempermudahkan urusan akak aku dan Abang ipar aku semasa di Tanah suci Mekah dan Madinah.Diberi kesihatan yang baik. Semuga mendapat Haji yang mabrur. Semuga selamat perjalanan pergi dan balik. Aamin.  


Para jemaah Haji berbaris menunggu nak melapurkan diri. 

Kitaorang terus je balik selepas Kak ijah dan Abang cuin melapurkan diri. Bila tenguk kat FB Tabung Haji rupanya depa terbang pada pukul 4 petang di KLIA dan sampai di Madinah pukul 8 petang waktu di Madinah. Alhamdulillah selamat mendarat di Madinah. Semuga semuanya berjalan lancar. Aamin
Semuga aku dan adik-beradik yang lain yang belum menunaikan Haji dapat menjejakkan kaki di tanah suci Mekah dapat menunaikan ibadah haji. Insha Allah. Amin.


12 comments:

  1. TAHNIAH DPT LAGI KAKAK NOTIE N SUAMINYA MENUNAIKAN HAJI SEMOGA DIPERMUDAHKAN SEMUA URUSAN DI SANA MEMPEROLEH HAJI YG MABRUR N PULANG DGN SELAMAT

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah Allah beri rezeki dapat pergi lagi. Aamin atas doanya

      Delete
  2. Semoga segala urusan dipermudahkanNya dan mendapat haji yg mabrur..

    ReplyDelete
  3. Semoga dipermudahkan segala urusan... Semoga pulang dgn haji yg mabrur...

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Kak notie

    Alhamdulillah mereka dah selamat sampai..
    Semoga kakak dan abg ipar akak selamat dan dipermudahkan urusan serta mendapat haji yang mabrur..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waaalaikumusalam LZ. Alhamdulillah. Aamin atas doanya. Semuga Allah mempermudahkan segalanya

      Delete
  5. alhamdulillah moga selamat pergi dan balik.. moga mendpt haji yg mabrur.. teringat masa hantar arwah ayah kat kelana jaya nie 7 tahun lepas :D

    ReplyDelete
  6. Tetiba teringat kat parent pi haji... Masa tu umo SS baru 10 tahun... Adehhh... Sedih... Sedih sebab x dpt ikut...

    ReplyDelete
  7. Kan teringat masa hantar kat Senai...masa tu boleh nampak lagi kapalterbang terbang... jadi bila kapalterbang semakin naik tinggi sama berjujai airmata turun sehingga hilang dari pandangan. Sekarang hantar tak nampak kapalterbang naik jadi feel menghantar tu lain.

    ReplyDelete