Thursday, September 8, 2016

JJCM Melaka ke PD - Santai pagi



                Assalamualaikum  semua. Ada yang cuti balik kampung ke? Nak sambut Hari raya Haji dan juga bersamaan dengan cuti sekolah rupanya. Tahun ni tak meriah sangat sebab Kak Ijah dan Abang Cuin kat Mekah dan kebetulan pulak Kak Nong sekeluarga buat korban dan buat kenduri akikah untuk anak Wani yang lahir lepas raya hari tu. Jadi kali ini semua pi melaka lah rumah Kak Nong. Aku pun tak jengah lagi cucu saudara yang baru ni.

Ok kita sambung semula cerita Semalam di melaka




Alhamdulillah nyenyak tidur semuanya walaupun Kaknoor kata dia nampak kelibat sesuatu. Tapi sebab semuanya solat dan ada yang rajin baca Al-Quran jadi benda  tu jengah je. Apa pun kalau masuk hotel atau resort baca lah ayat Al-Quran dulu sebelum masuk. Beri salam dulu sebelum masuk. Mudah-mudahan di lindungi Allah hendaknya semasa kita menumpang tempat tu sekejap.

Penginapan di sini harga termasuk sarapan juga. Jadi bila bangun 6.30 pagi dengar bunyi ayam berkokok. Sementara menunggu sarapan sampai , kita orang pun cepat-cepat pi jenguk pantai. Dahle malam tadi deruan ombak begitu kuat kedengaran sebelum sayup-sayup ianya menghilang di pendengaran sebab dah terlena.

 Kak Nam rehat je kat bilik, rupanya dia baca Alquran dalam handphonenya. Lagi pun tak sesuai nak ke pantai sebab jalannya tak rata. Sebelah rumah Kak chik merupakan jalan turun ke pantai. Sesekali dengar bunyi motor pekerja lalu entah bawa apa tak pasti pulak.

Pantai yang ada merupakan kawasan persendirian khas untuk Desa Balqis je sebab aku nampak ada batu sempadan antara kawasan sebelah dengan kawasan Desa Balqis.

         Dari  atas jalan nak turun ke pantai terlihatlah pemandangan pokok yang begitu unik. Siap ada buaian dan pangkin lagi. Syiok tu kalau berbuai-buai.

                Bangunan di hujung tu merupakan rumah Tuan punya Desa Balqis. Katanya rumah persinggahan. Terdapat juga kerusi dan meja taman untuk lepak sambil berbual. Cuaca pada pagi tu macam berjerebu je. Jadi tak nampak lah kapal-kapal yang melalui Selat Melaka. Kalau nampak pun nun sayup. Semalam terang benderang pagi ni huhu berjerebu ke mendung.  

   
Rasanya boleh mandi jugalah kat pantai ini. Tapi aku tak nampak pulak orang dari group yang ramai-ramai tu mandi. Cuma sesekali ternampak beberapa orang perempuan berjalan-jalan di sesetengah tempat. Mungkin agaknya meninjau kawasan sekeliling kut. 

   
           Kak Noor dan Kak Uda sedang mengambil gambar. Aku terlambat sebab menunggu bilik air kosong untuk mandi dan bersiap.


            Sebelah rumah Tuan punya resort tu adalah kolam renang. Besar juga. Tapi tak sempat nak pergi jengah. Terdapat juga surau berdekatan dengan kolam tersebut.


                 Pancang kayu tu agaknya buat aktiviti memanjat kayu kut. hehehehe

      Aku suka tenguk pokok ni sebab unik bentuknya. Apa lagi lah mesti nak posing di balik pokok. hehehehe kan aku ni model disebalik pokok. hehehehe Apa lagi posing time.


      Ni best ni kalau naik atas pokok lepas tu terus terjun ke laut...... yehhhhh


                             Model -model mahu beraksi di dahan pokok yang berselirat ni.


                                                      Steady 1 2 3 cheese


           Amboiiiii kak uda... kononnya tak nak kena air tapi lagi lah air tu menerjah datang dengan pantasnya.

                                   Kepulan ombak mencecah pantai sambil bunyi berdesir  mengisi alam
                     

                                            Cantik pulak buih-buih ombak tu


                Tu lah sempadan antara kawasan Desa Balqis dengan kawasan sebelah. Nampak juga macam ada rumah-rumah chalet tapi versi moden. Cuma tak perasan pulak dari depan apa namanya.

                     Ada buaian tapi macam tinggi sikit. Belakang tu lah Rumah Kak chik di tepinya.


Nasib baik lah talinya kuat kalau tak huhuhu jatuh berdebuk macam nangka bonyuk ko..... hohohohoho aku le tu yang jatuh tergolek dok. Tapi tak pe bumper boleh adjust hehehehe.



                                                 Macam batu sempadan kawasan je.

      Sempat lagi tu tayang kat Kak Su yang buku barunya Mahadewi dah sampai ke Desa Balqis. Aku pun kononnya bawa juga 1 novel. Konon nak baca sambil berehat tapi dek seronok bersantai sampai tak ingat pun nak baca. Lepak sampai kan rasa nak malas pulak nak balik KL.

Peace no war

                                   Amboiiiii kak uda sonang hati nampak.



                 Kawasan sebelah nampak cantik je. Bersusun-susun bulatan batu konkrit yang bersusun-susun sepanjang pantai.





                                                            Berselfie bersama-sama


 Sunyi sebenarnya tempat pantai ni sebab kawasan persendirian kan. Kalau turun mandi kalau boleh baiklah ada kawan.

                           Sessi menayang bumper hahahahaha ikut bumper pokok tu..... adeh


                              Syiok sungguh ni menenggek atas pokok..... hahahahaha dok atas banir yang atas tu sambil goyang-goyang kaki...... pergggggg syiok beb. Hilang rasa tension.

                    Dah puas makan angin kat bawah keluarkan lah makanan yang ada. Sambil tu bersembang. Memang seronok dan santai lah dok kat pangkin ni. Ada karipap semalam elok lagi buat sarapan. Lepas tu keluarkan lebihan makanan kat restoren terapung semalam. Budak kat restoren tu baguslah. Bila kita orang nak bayar , dengan banyak lagi makanan tak habis semua dia tapaukan. Sayur je yang kita orang tak ambil. Nasib baik ada petisejuk. Jadi semua makanan tu di simpan dalam petisejuk.

                    Ada miaw datang sebab dia bau ikan cencaru masak asam pedas. Tunggu punya tunggu dah pukul 8 lebih. Call le adik admin. Dia kata dah hantar makanan. Sekali bila jenguk kat luar rupanya dia dah letak atas meja di tepi pintu. Patutlah tak dengar bunyi orang bagi salam ke maklumkan ke sarapan dah sampai. Kita orang lepak kat belakang dok ngok ngek sambil tunggu orang resort hantar sarapan. Rupanya dah lama dia letak kita orang je yang tak tahu.

                 Dia bagi nasi lemak lebih sebungkus. Ada kuih 2 jenis dengan air teh sekoleh. Jom sarap

                   Memang seronok sungguh lah santai sarapan kat belakang rumah.


            Cik Miaw asyik ngendeng ikan je.
          Santai macam ni sambil berborak memang mengasyikkan. Ikut kan sebelum ni plan nak check out pukul 10 tapi sebab seronok sangat lepak kat pangkin akhirnya pukul 12 juga kita orang check out.

                       Nasi lemak dengan ikan cencaru masak asam pedas. Layan dengan air teh suam fuh nyaman


   Hish Kak uda ni makan tak lagi dah asyik dengan gadget je. Tu mesti nak update status kat facebook le tu.



                                   Nampak tak chalet rumah sebelah. Nampak bentuk moden.


Akhirnya dah kenyang tibalah masa nak check out. Kemas barang-barang. Mana makanan yang dah habis di kumpulkan. Kuih yang elok kita orang bawa balik boleh makan dalam kereta. Rambutan ada lagi. Ikutkan buah-buahan yang aku beli sebelum ni nak makan sama-sama. Tapi kaknoor suruh minta duit dengan kak uda untuk harga buah-buahan tu. Jadi semua akhirnya makan buah-buahan yang aku beli. Tinggal sikit buah rambutan. Yang lain beres. Kak uda makan juga buahan yang ada. Ingatkan memang tak suka rupanya tak ya. Nampak makan cam biasa. Aduhaiiiiiii Takde pulak pantang larang ke apa  belasah je. hehehehe



        Sebelum balik posing-posing dulu...... ok kita check out ya

9 comments:

  1. MEMANG HAPPY BBERCUTI DI SINI YA NOTIE TEMPATNYA CANTIK N MENDAMAIKAN JIWA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang syiok kak.... santai-santai sampaikan rasa malas je nak balik kl. Memang sungguh menyenangkan jiwa

      Delete
  2. bestlah Desa Balqis ni..pantainya bersih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang disyorkan. Ni pun sedang berangan nak majukan kepada ahli jawatankuasa keluarga akak supaya buat family gathering kat sini. Asyik depan rumah mak kat kampung je. hehehehehe

      Delete
  3. seronoknya..
    tapi i kurang suka pantai.
    i suka lake..

    tapi ini boleh jd satu tpt utk berkumpul sama family.

    ReplyDelete
  4. Suka tenguk air.... jadi santai-santai sambil menyenangkan fikiran dan perasaan. hehehe Tapi kalau berpiknik memang syiokkkkk berkumpul ramai-ramai

    ReplyDelete
  5. Pernah dapatkan quotation utk buat family day kat desa balqis ni... Tapi dorang kedekot part nak sumbat ramai... Lebihan beberapa org pon nak berkira padahal ruang luas sgt kot... Terus malas!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ya ke.... ala kalau lebih pun boleh je golek-golek kat depan tv macam selalu buat kat rumah tu... haah besor dalamnya... emmm kena fikir balik ni samada nak buat atau tidak. Kena tanya depa dulu ler camni

      Delete
    2. Dorang takut runtuh kot sumbat ramai...

      Delete