Assalamualaikum,
Wah dah banyak hari tak mengupdate... tiba-tiba mood nak bercerita pulak ke laut.... huhuhu lepas tu busy sikit tu yang terlupa cerita pi melaka ni. Tu pun dah ada ura-ura nak repeat lagi .... amboiiiii sakan sungguh. Ok kita sambung balik cerita. Kali ini mengenai Desa Balqis Resort.
Rumah yang kita orang booking ni iaitu Rumah Kak chik ni ada 1 bilik tidur dan 1 bilik air. Ada 4 kategori nama yang berlainan tapi konsep rumahnya sama.
Kita jenguk bilik air dia ya. Bilik air ada satu dan besar. Mandi beramai-ramai kat dalam ni pun boleh hehehehe. Dok kat lantai tu ko sental aku, aku sental ko pulak. hahaha pakai kain berkemban berdua. Bukan skandal ye berjimba mandi bersama. hehehehe. Eleh dulu masa kecik-kecik seronok je mandi bersama, beramai-ramai dengan akak sebab kolah mandi rumah Aruah nenek besor. Erkkk terkenang semasa dulu lah pulak. Ok Tingkap tu kalau di buka lorrrrr orang luar boleh nampak siapa yang sedang duduk termenung. hehehehe. Jadi janganle terfikir nak buka tingkap tu ye.
Masa masuk rumah, semua tingkap berkunci. Jadi bila pagi esoknya semua tingkap di buka ..wah dah macam rumah kat kampung ja. Banyak tingkap dan banyak angin masuk. Belah kiri pintu ke bilik tidur manakala belah kanan tu pintu keluar ke pangkin luarnya.
Ni bilik beradu ya. Ada 2 tilam spare didalamnya. Katil double muat untuk 2 orang. Tilam yang 2 lagi nun kita orang bentangkan kat hujung tu dekat meja solek. Kalau 2 tilam di sambungkan pun boleh lagi 3 orang dok bergolek atasnya. Tingkap tu kalau di buka memang le nampak segala alam dalam bilik kita orang. Free show lagi ya.... hahahaha. Jadi untuk keselamatan tak payah buka ya.
Hanya rumah Kak chik je yang ada penghuninya iaitu kami. Dihujung tu dekat dengan kolam renang adalah Kak long, Kak Ngah , Kak Lang. Pintu depan 4 chalet.
Berselfie sebelum balik. Ni depan pintu rumah Kak chik menghadap rumah lain dan padang permainan yang luas.
Siap semuanya kita orang pun berangkat pulang. Macam tak puas je bersantai kat pangkin pagi tu. Sebab rasa relax sangat, dapat duduk sambil makan sambil bergosip mak jemah. Ngok ngek ngok ngek sekali tenguk jam lah dah nak dekat pukul 11. Emm rasa malas je nak balik tapi dok semalam je kena lah check out pukul 12. Siap semua barang dalam kereta apa lagi jom balik KL.
Tapi sebelum sampai kat rumah admin, kita orang stop dulu depan papan perasmian ni. Jalannya sempit jadi main stop je. Masa tu Kak uda dah tanya kenapa nak stop kat situ. Aku kata nak ambil gambar rumah bertangga kat situ. Sekali dia kata ala..... tangga tu tak cantik. Aku tak kisah, janji aku nak ambil gambar rumah lain yang cantik-cantik di belakangnya..... sekali bila tenguk aku turun dan tinggal je semua yang dalam kereta tu dan ambil gambar rumah-rumah kat situ, dia pun ikut turun juga..... hik eleh.... tangga yang dia kata tak cantik lah yang diambilnya.... huhuhu Rumah tangga tak cantik tu rumah Pak Long. Ada penghuni rupanya jadi ambil gambar senyap-senyap je.
Hah ni yang kak uda kata tangga tak cantik iaitu Rumah Pak Long. Tapi tangga ni juga yang dia ambil gambar. Nampak ada kasut jadi mesti ada orang. Pi jengah rumah belakang.
Sederet lagi rumah .Yang hujung tu rumah Pak su, Pak Teh dan Hj Mat Zin yang tangga hijau tu.
Tu rumah Pak Anjang dan hujung nun ada canopy tu rumah Pak Lang. Rumah Pak Lang yang paling besar sebab ada 5 bilik. Masa tenguk sekeliling ni nampak di rumah Pak Lang ramai ahli perwakilan sedang mendengar ceramah. hehehe... duduk kat lantai papan reramai kat hall dia seronok sekali , nun di hujung tu rumah Kak chik.
Ini pula yang di tengah-tengah adalah tempat makan atau buat aktiviti BBQ di sini pun boleh.
Ni bilik Pakcik di bawahnya dan bilik adik dan kakak diatasnya.
Ni pula rumah Pak Ngah.... cantikkan tangga dia. Bila tenguk tangga bermacam corak ni teringat zaman rumah kampung ada tangga. Tiap kali bergambar hah bertenggek ramai-ramai kat tangga tu. Bila rumah kayu di turunkan jadi rumah batu, semua tangga tu kena buang jadi takdelah lagi berposing depan tangga lagi. Jadi bila tenguk tangga depan rumah macam ni teringat nostalgia lama.
Ni rasanya rumah Penghulu. Tapi tenguk rumah tangga kayu macam ni pun best. Patutnya sebelah tangga ni letak lah tempayan berisi air dengan penceduk air. Bila nak naik rumah kena basuh kaki dengan air dari tempayan tu. Rasa balik ke zaman dolu-dolu. Tong sampah tu buat menyemak mata je.
Ni rumah sederet rumah Pak Long dan Pak Ngah. Selesai sessi keliling rumah terus masuk kereta balik dan terus ke depan berhenti pulak di rumah Balqis.
Rumah Balqis satu-satunya ada loteng kat atas, dah macam rumah 2 tingkat tapi kayu. Tangga pun ada 2. Lama juga posing dan ambil gambar di sini. Lepas tu terus ke admin yang bersebelahan dengan pintu masuk.
Ni gambar pamplet rumah-rumah yang terdapat di sini. Kalau di hitung ada 20 jenis nama rumah.
Ni susun atur gambaran tempat tersebut. Boleh juga pergi ke laman web dia iaitu Desa Balqis Resort
Kalau tenguk kawasan macam boleh tambah lagi rumah lain. Masih ada lagi kawasan depan yang kosong. Mungkin dah ada perancangan masa akan datang kut. Macam rumah Kak chik sederet 4 tu dengan rumah Pak Lang merupakan rumah yang terbaru. Cuma kalau boleh sediakan juga tempat parking yang bersesuaian. Macam tempat rumah yang kita orang tidur tu kalau ikutkan tempat parkingnya jauh dan tidak sepatutnya kita orang park depan rumah. Tapi sebab padang depan tu tidak digunakan dan keadaan kawan yang tidak sihat jadi terpaksa lah request supaya park depan rumah. Kalau tenguk plan atas tu dia tak benarkan park depan rumah.
Berposing depan signboard Desa Balqis.
Apa pun seronok juga lepak di sini. Selesai pulangkan kunci dan posing kita orang pun terus ke Port Dickson.
RUMAH BALQIS DGN PERSEKITARAN YG LUAS DAN CANTIK TERASA DAMAI DGN PERSEKITARANNYA UMPAMA SEBUAH KAMPUNG KECIL...SERONOKNYALAH KALAU DPT BERCUTI SESEKALI DI SINI
ReplyDeleteAjaklah anak akak bercuti di sini. Kalau keluarga yang kecil share ramai-ramai dalam 1 rumah memang seronok. Mengeratkan lagi silaturahim
Deletebestnya sis.
ReplyDeleteterinign pulak nak rasa suasana kampung cam2 ni.
mana ada sekarang lagi cam ni.
Memang terasa macam balik kampung je... jom lah pi cuti-cuti malaysia di sini
DeleteLantai marmar eh... ingatkan kayu gak....
ReplyDeleteYang atas tanah rasanya lantai marmar tapi yang atas tanah semua papan
DeleteApa ni ayat cam repeat jek... kejap tanah kejap atas... kah kah kah... nasib x tanah kubur... keh keh keh...
Deletehahahaha salah type le... sabor je. Nampak je silap orang hehehe. Sebenornya rumah atas tanah pakai lantai marmar. Tapi bila rumah kayu lantai kayu le.
DeleteBest tu ada pangkin mengadap laut.
ReplyDeleteUtk rumah kakchik tu, semalam berapa RM?
memang seronok dok lepak kat pangkin tu. Rumah kak chik tu hari biasa Rm 500 semalam. Kalau weekend dan public holiday Rm 550. Dan bila cuti sekolah Rm 600. Kat atas tu ada harga mengikut rumah tertentu.
Deletemenarik nama2 rumah nya, rasa semangat persaudaraan...kreatif owner Desa Balqis ni..
ReplyDeleteNama senang nak ingat...
DeleteLepas tu boleh letak lagi nama rumah Joyah lah, Rumah Kak Bedah lah, Pak Mat parang panjang lah, hah apa lagi... rumah tok siak ke rumah pak Imam ke rumah Pak bilal ke.... semua tu nama orang dolu2 kan.
Deletecantiknye rumah2 ni, kite sendiri pun tak tau ade resort cam ni kat melaka
ReplyDeleteAmboiiii lily... orang luar dah ramai tahu... orang melaka tak tahu lagi... ajeee... kena promote ni produk buatan negeri melaka.
Delete