Monday, October 31, 2016

JJCM Melaka ke PD - Upside Down dan Balik KL

Assalamualaikum, wah lama sungguh nak update citer sampaikan dah nak basi dah. Ok lah nak selesaikan cerita misi mencari asam pedas melaka ni ya. 

Setelah bergembira diDesa Balqis,  kita orang pun meneruskan perjalanan ke Port Dickson. Kuala Linggi ni bersempadan dengan Linggi di Negeri Sembilan. Dah dekat dah dengan Port Dickson jadi kita orang pit stop kat PD dulu sebelum balik KL. Kali ni persinggahan kita orang ialah Rumah terbalik.  Rumah terbalik ni sebenarnya terletak didalam rumah kedai 2 tingkat. Rasanya dia ambil 2 blok. 


Masa sampai ni bila tenguk rumah 2 tingkat rasa cuak juga. Ialah kan aku kan bawa Kak Nam. Setelah malam semalam makan di Port Supai, kami terpaksa maklum bahawa Kak Nam masih belum sihat lagi dan tak sesuai berjalan di tempat yang banyak liku-liku dan banyak tangga.  Kalau dah rumah kedai 2 tingkat dah tentulah ada kena naik tangga kan. Tapi Kak Nam bersemangat juga nak masuk. Jalan lah dia slow-slow. Emm kalau bab berjalan memang nombor wahid lah Kak Nam ni.   

                 Dah beli tiket kita orang pun masuk. Orang tak ramai sangat jadi mudah lah nak ambil gambar.

      Selain daripada barang-barang terbalik banyak le juga props-props yang ada untuk kita posing ya. Salah satu ni macam ni hah. Oh hati ku tertusuk panel hijau....adududududu....


Punyale siksa aku kena masuk dalam lubang tandas huh huk huk help help help. 


    Nak bagi realistik sepatutnya gambar ni di terbalik kan baru nampak macam kita orang terbalik hehehehe


  Kalau agak-agak tak reti nak posing lagu mana hah tenguk contoh ni..baru ada idea macamana nak posing.



Kalau aku le terpenyet kat dalam timbunanan buku-buku tu boleh mencairkan lemak-lemak tepu aku memang hari-hari aku masuk di celah-celah timbunan buku-buku tersebut almaklumle aku kan geng ulat buku. 


Comel je gaya kaknoor... wah kak uda tiba-tiba ada bonggol 


Nampak sangat gaya takut cam kelakor je hahahahahaha 

Aksi ala-ala santai le kononnya... adehai

   Dalam kawasan rumah kedai tu sebenarnya macam-macam benda yang cinonit, bagaikan kita ni jadi raksaksa je sebab benda ala tu semua di buat kecik.

                          Tenguk tu hah rakraksa duduk nasib baik tak pecah kerusinya....hohohoho


                           Dalam ruangan yang kecil pelbagai props didalam satu floor.

Selesai semuanya kita orang pun balik. Masa nak turun tangga ni risau juga tenguk kak nam nak turun. Nasib baik tak curam sangat. Lepas tu aku terus ambil keta berhenti depan rumah terbalik tu menjemput Kak nam. Sepatutnya lepas rumah terbalik nak pergi ladang Burung Ostrich. Tapi dah tengahari dan takut kotor baju Kaknoor suruh pi solat dulu. Dah keluar dari Desa Balqish dah pukul 12, posing bagai dah ambil 1 jam dah masuk zohor lah. Lepas selesai solat bagai, nampak kedai asam pedas. Tapi masa tu rasanya dah pukul 2 lebih. Kita orang terjah untuk makan tengahari.


Ada 2 kedai berdekatan. KIta orang masuk yang ini sebab aku cuma nampak depan dia yang kosong dan mudah nak parking. Yang sebelah sana tu nampak penuh. Dekat je tempatnya berhampiran Teluk Kemang


                                                   Asam Pedas Warisan...... jom makan

       Oleh kerana dah lambat tinggal ikan Kembong je. Orang boleh tahan ramai masa ni. Hari Ahad kan orang kan selalu jalan-jalan area PD ni.


     Lauk semua dah habis jadi minta telur dadar lawan dengan salad je. Dapat lah makan sorang se ekor. Lauk panas-panas emmmm sedap je makan bila sudah lapar. Sekurang-kurang nya dapat makan asam pedas lagi. Ni kiranya asam pedas Nogori Sembilan. Sebab makan di Port Dickson.


   Hah tenguk tu tak kecur ke tenguk asam pedas ikan kembong. Kuahnya fuh pekat melikat.

Selesai makan terus tak jadi ke Ladang Ostrich sebab dah pukul 3 lebih. Kita orang pun terus balik KL. Oleh kerana minyak kereta dah tinggal 1 bar terus cari Petronas kat bandar PD. Lepas tu semasa nak cari jalan ke KL lalu lah muzium Tentera Darat. Wah nampak best je. lain kali boleh lah terjah.

 Hantar Kak Nam balik dulu di Salak Tinggi, lepas tu Kak Uda di Putrajaya dan seterusnya Kak noor di Bandar Tasik Selatan. Akhirnya misi mencari asam pedas ke Melaka sehingga ke Port Dickson berakhir bila aku sampai di rumah dalam pukul 7 petang. Alhamdulillah selamat semuanya.  

No comments:

Post a Comment