Assalamualaikum,
Hah kita sambung lagi. Tadi kita dah ke pantai Gimnyeoung kan. Lepas pantai Gimnyeong kita terus je jalan dan tak lama kemudian sampailah pantai Woljeoung. Huh tergeliat lidah aku nak ingatkan nama. Tempat tarikan pelancong yang cantik dan tak jauh je dari jalanraya. Tadi masa kat Gimnyeoung banyak kincir angin di tepi pantai manakala di woljeoung ni macam banyak cafe shop ala-ala hipsters gitu. Pantai dia ada juga kincir angin tapi jadi unik sebab dia ada buat tempat posing yang cantik. Cafe-cafe dia cantik-cantik dengan hiasan dan rata-rata aku nampak warna biru. I like.
Hah nampak tak. Seberang tu cafe-cafe yang cantik bangunannya dan menyeberang jalan je dah ke pantai. Ini lah tarikkannya. Masa kami sampai ramai orang nak posing kat tempat kerusi 4 sederet tu. Wajib ye bergambar kat situ. hehehehe semua model menunggu turn nak posing kat kerusi tu.
Wawa parking kat tempat parking. Hah besar gabak kan Hyundai Starex yang muat untuk 12 orang.
Pantai dia memang tak jauh dari jalanraya. Yang belah kanan tu dah pantai ya dengan pasir putih bersih. Bagus lah pantai dia ni terbela dan aku perhatikan bersih ja. Batu-batu besar yang di letak tu boleh juga jadi tempat bertenggek hehehe
Cafe yang unik sebab ada koridor untuk lepak sambil memandang pantai yang indah dan permai.
Group A sampai dulu jadi mereka lah yang posing dulu. Kerusi 4 ni lah yang menjadi tarikan untuk berposing. Pandai kan orang korea mewujudkan tempat tarikan pelancung. Simple tapi comel ja.
Macam-macam gaya.
Pantai yang landai dan putih bersih.
Aku malas nak ke pantai....dah habis posing nampak Taj menghala ke cafe hah apa lagi jom kita pi cafe pekena kopi sat.
Ada juga kerusi comel ni depan jalan masuk cafe
Jom masuk tekan butang dulu.
Ni lah koridor yang best sambil minum sambil melihat pemandangan pantai. Tingkap dia terbuka luas jadi angin menderu masuk. Suka lah lepak-lepak kat situ. Kerusi dia pun best je kalau nak layan jiwang karat....hehehehe angin berhembus menyapu wajah, alam sekeliling bersih dengan aoma kopi menghiasi ruang udara.....emmm boleh terlelap aku kat sini.
Aku ambil 2 tart telur dan kopi. Sesekali minum kopi mahal. hahaha harga semua dalam 12,500 won lebih kurang RM50. huhuhuhu bertabahlah ya baru hari kedua. Perasan lah sekejap orang kaya mengopi. hehehe. Suasana dalam cafe dia comel je kan. Berangan lah jap konon-konon dalam lokasi Kdrama walaupun oppa Lee Dong Wok tiada.
Suka tenguk cawan comel ni , macam-macam bentuk dan warna. Cute kan. Minum secawan pun tak puas - puas.
Deko dalam cafe dia cantik, macam-macam hiasan yang kecil.
Dari dalam cafe . Oleh kerana di luar lagi terang jadi ambil gambar dari dalam jadi gelap.
Macam-macam cookies.
Kek pun ada....nampak sedap je.
Dah ala-ala masuk set korea drama....perasan sekejap. Oppa cashier pun cute. hehehe
Sejuk-sejuk pekena kopi emmmm walah. Sedap tart telur dia.
Ni minta tolong group JMT ambilkan gambar. Santai -santai sambil mengopi ya bukan membawang.
Mai secawan. hehehehe
Layan view yang sejuk mata memandang...haha Jiwang sungguh aku mengadap pantai Woljeoung ni.
Zoom sikit...4 warga korea santai di kerusi 4 sekawan ni sambil memandang ke laut lepas.
Cafe yang kita orang masuk
Masa tengah sedap berehat sambil minum dan memandang pantai nampak le ada sekumpulan sukarelawan. Oh patutlah pantainya bersih rupanya ada sukarelewan yang memungut sampah. Bagus kan konsep mereka sebab tu tempat- tempat tarikan pelancong bersih ja.
Sebelum balik sempat lagi tu pose kat rumah cantik ni. Suka sebab warna biru. hehehehe
2. jeju-2018-hari-pertama
1. yeh-jejak-kaki-di-jeju-akhirnya
air biru turquoise tu sangat la cantik
ReplyDeletemcm nak kene gi jeju plak lepas ni
Jom pergi Jom ahkak memang nak repeat lagi tapi Musim bunga plak... Bunga canola kuning mesti cantik
Deletemasa akak pegi tu, pokok2 dah bertukar kaler to autumn colors ke?
DeleteKat halasan dah gugur awal togel tapi ada tempat warna warni
DeleteWah! Cantiknya cawan2 tu...saya suka!
ReplyDeleteComel kan
Deletecantiknyaaa cafe tu !!! view dari cafeee tu la tertunggu2 nak pergi tapi sayangnya tutup !! nak naik yang ada open deck kat atas tu haih tutup pulak dia. satu je kedai bukak time tu. untungla kerusi 4 ketul tu kan.. famous =P
ReplyDeleteMemang cantik rasa nak lepak lama-lama. Syiok
Delete