Thursday, January 10, 2019

Jeju 2018 - Hari ke 2 Bhg 1 (Gimnyeong Beach)


Alhamdulillah tidur dengan nyenyaknya setelah semalam tak cukup tidur.  Member baru ok sebab peramah.  Pagi ni dah syiok sebab nak jelajah Jeju. Tapi bila di fikirkan pakage 5h4m tapi bila dicheck itinari hanya selama 4 hari ja sebab 1 hari dah habis dalam perjalanan. Nak buat macamana dah flight pagi tapi sampai Jeju petang. Hah memang habis sehari perjalanan je lah.  Takpelah kita tenguk macamana hari ni.  

Hari ni start tour pukul 9.30 pagi. Jadi pergi breakfast dulu lah ya.  Tempat dia comel je jadi bila ramai memang sesaklah. Menu hari-hari sama ja. Ada roti, mushroom soup, juice. Aku bawa sambal bilis jadi boleh layan dengan roti. Yang fresh ialah telur dadar.  Tapi aku paling suka mushroom soup dia. Hari-hari lantak tu, sampai bertambah-tambah. Sedap macam kat Piza hut. hehehehe Lepas tu ada disediakan tempat nak minum kopi, comel je cup dia. Hah hari-hari melantak, kopi dia tu best je. Kadang sampai 3 cup aku ambil sebab cup dia kecil je.  Cuaca sejuk dapat kopi nyaman perut. 


       Berderet orang menunggu telur dadar fresh dari dapur. Letak atas roti,  bubuh sos kapit dengan roti emmmm sedap je. Tak banyak choice jadi asalkan boleh breakfast ok lah kan. Lagi pun balun mushroom soup banyak-banyak pun dah kenyang.
     Ni lah member baru I tau. Baru je berkenalan semalam. Peramah dan pandai ambil gambar. Posing sakan je dengan Taj. Kalau nak tahu hah beg hitam tu penuh dengan makanan aku bawa dari KL. Macam-macam ada. Roti gardenia pun aku bawa tau. hehehehe Beg besar tapi separuh adalah makanan. aduhaiiiii cam tu sekali. Aku takut kebulur nanti bila  ada setengah makanan korea tak boleh masuk tekak tapi sampai kesudah semuanya sodap bak hang.  Last-last kumpulkan makanan yang tak habis bagi kat wawa je, buat beratkan beg je semua tu. hehehehe


Keluasan dia kecil ja....jadi bila ramai memang sesak sikit lah. Ni pun ada time tertentu. Macam yang muslim awal sikit lepas dari tu untuk orang korea pulak.

                         Wawa sedang menunggu group kumpulan B berkumpul.

 Tiap-tiap hari perjalanan pukul 9.30 pagi. Rasa macam lambat sangat pi jalan, kalau awal sikit kan banyak tempat boleh sampai. Tapi nak buat macamana dah itinari nya macam tu. Ikut je lah.

Semalam dah bersembang dengam wawa, tour guide kita orang. wawa ni peramah dan memang ada je benda kita nak sembang.  Oleh kerana 11 orang bersesak dalam 1 van, aku chop tempat belakang wawa. Senang nak buka pintu dan senang masuk yang  last. Almaklumlah body over sikit kan jadi kira sesuai sangat belakang wawa. Taj pulak ada slip dics jadi memang tak boleh renyah sangat lah.

Staff JMT ada 5 orang di Jeju. Kita orang tanya lah kenapa semuanya perempuan. Sebab kesian bila kena angkat beg dalam van. Beg dah le besar-besar. Tapi aku tenguk Anne tangkas dan pantas kerja. Bagus lah. Rupanya supaya senang nak sewakan rumah untuk 5 staff JMT. Sebenornya aku yang banyak mulut tanya dengan wawa sebab belakang seat dia. Kat depan sepasang suami isteri iaitu Doktor Fauziah dengan  suaminya, lupa nak tanya nama. hehehe. Ada 3 orang Doktor yang asalnya sama tempat bertugas iaitu di Pejabat Kesihatan Mersing tapi sekarang hanya Najihah je yang dah pindah Pekan. Lepas tu ada 3 orang adik-beradik dengan salah seorang bawa anak dia. Mereka semua dok belakang, lagi pun semuanya comel-comel je.

Ok kita mulakan perjalanan bila semua dah siap.  Sekali wawa buka radio lagu melayu ko. wah syioknya dengar lagu melayu di bumi Jeju. hahahahahaha teruk sungguh aku. Itu pun jadi syiok ek.  Rupanya dia save dalam timedrive lepas tu cucuk kat tempat radio tu hah boleh le dengar lagu kesukaan dia. Aku je yang jakun sangat. hehehehehehe

       Suka bila tenguk banyak bunga berkembangan. Maaf lah ya kalau aku banyak tepek gambar dalam ni. Sebab  rasa macam cantik sangat.


 Nampak tak apa yang aku nampak.......pokok tangerin beb.....huh memang juling mata tenguk sepanjang jalan, banyak je pokok oren sedang berbuah. Perghhhhh rasa nak suruh wawa berhenti je tepi jalan. Tak pun acah-acah cerita My girl , jual buah oren tepi jalan.  Tapi dalam itinari pun memang ada acara  masuk ke ladang limau.....jadi sabor lah ya....sabor lah hati oiiiiii. aku ni memang tak sabau kalau bab masuk kebun buah-buahan, apa lagi kalau sedang musim. huhuhuhu ni pun rasa tergeliat leher lah sekejap belah kiri sekejap belah kanan. Oleh kerana belah kanan ada taj dan najihah leher ok sikit le tak leh tinjau lama-lama.

 Akhirnya sampai lah lokasi pertama kami iaitu Gimnyeong Beach. Area ni best sebab banyak kincir air di kawasan tersebut. Alhamdulillah cuaca terang dan biru jadi memang cantik lah bila posing di tepi pantai yang cantik.

Kumpulan A dengan tour guide dia Anne. Itinari kami sama dengan group A. Tu yang kadang terserempak dengan mereka.

         Ni air surut jadi luas lah pantainya. Cuba air pasang rasanya tak boleh jejak pasir memutih itu.

 Gambar ni ambil dengan kamera....lain kan warna biru dia. Di bawah ni guna kamera phone yang baru. Warna dia jelas.  Memang asyik lah guna phone baru. Kesian kamera lama, tuannya terlupa nak guna bila dah ada yang baru lagi cantik jadinya. hehehehehe  Takpe masih ada kegunaannya bila bateri kong.


         Suka tenguk batu bulat yang berwarna warni itu. Tempat lokasi posing yang cantik.

                           Ok jom kita jelajah pantai yang bersih dan putih ini.

        Bungkusan putih-putih tu kata wawa nak elakkan pasir hilang di tiup angin....emmm camtu ek


                                                                      Posing time

                                     Air dia jernih membiru......cantik sangat dan bersih.






                                               Anne pun nak posing juga.

         Jom selfie. Spek biru aku ni emmm baru pakai sekali masa pi Bromo dulu. Lepas tu aku lupa nak bawa bila pi travel.  Sekali masa jeju teringat kat dia bawalah, pun pakai sekali je lepas tu dia kiok sebelah. Alahaiiiiii dah le cuaca cantik warna biru langit.


                                                   Bersama wawa  dan Taj.


                             Ala-ala photoshoot travel je. Model macam-macam gaya.


Apa gaya pun tak tahu....wawa lah entah apa-apa layan je lah. Bila dia ambilkan gambar hah macam-macam gaya di suruhnya. gitu gini sampaikan last-last dah tak tahu nak posing macamana.  Anne pulak aku tenguk dia pandai cari posisi yang cantik untuk bergambar. Taj pulak suka buat video kawasan sekeliling juga posing macam-macam gaya. Phone pakai ipong beb memang le cantik.   





          Ni tempat posing yang cantik sekali kalau pandai adjust  tempat ambil gambar.  sebab kalau ke kanan sikit barulah nampak deretan batu yang berwarna-warni.


            Bersama 3 sekawan Doktor-doktor muda yang peramah dan baik.





    Tak puas posing kat tempat ni. Banyak-banyak tempat, yang ini je yang cantik sebab batu bulat berwarna-warni tu. dengan berlatar belakangkan langit yang membiru, warna itu terserlah sebab berwarna-warni. Lepas puas kat sini ok kita ke tempat lain pula. Rasanya macam ada gambar ramai-ramai group tapi tenguk whasap takde pula. Dan lupa pulak guna phone siapa.




                                Puas menjelajah pantai Gimnyeong jom ke tempat lain pulak.

6 comments:

  1. roti cicah mushroom sup memang best...nmpk roti gardenia..hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang angkut dari kl roti tu kunun boleh buat sandwich tapi layan dgn mushroom sup lagi sodap

      Delete
  2. CANTIKNYA PULAU JEJU NTAH BILA NK SAMPAI

    ReplyDelete
  3. InshaAllah ada rezeki sis Pi ke jeju. Aamiin

    ReplyDelete
  4. memang mula trip pukul 9 lebih hehe tapi okay je ngam2 perjalanannya kan.. lepas makan siap2 sambung tiduur hahahaha.. rezeki akak tu pergi langit cerah cantik membiru. cheqqq pi kelam nak hujan. x hujan2 sampai ke petang tapi kelabuu gelap je langit tu. jenuh edit gambar kasi nampak langit biru. hahaha yang mana x dapat edit tu redha jela..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya la pukul 7 dah turun sarapan nak tidur lagi dah semangat nak jalan tu yang rasa lambat. Alhamdulillah sebelum pergi dapat ramalan cuaca mendung dan ada hujan tapi bila sampai terang emmm memang sukalah.

      Delete