Assalamualaikum,
Semalam wawa dah bagitau yang hari ini dia akan bawa group orang lain. Sebagai penganti zaty yang akan bawa kita orang pulak. Zaty ni kira junior wawa lah. Sepatutnya zaty yang bawa group lain tapi sebab nak kena ambil seseorang di tempat lain dan wawa je yang tahu tempat tu jadi tour guide kita orang kena twist lah. Mula-mula tu macam ala....tak best lah sebab bukan wawa yang bawa kami tapi wawa kata 1 hari je jadi semua pun redho lah. hehehe
Zaty ni kiranya lembut lah daripada wawa tapi bila dia bawa van, aku yang asyik nak tekan brek angin je. Lepas tu rasa mabuk. Aduhaiiii jauh lagi perjalanan ni aku dah rasa mabuk. Lepas tu ada bonggol jalan pun dia terus langgar je, apa lagi melambung lah orang kat belakang. At least ko slow kan van masa langgar bonggol tu. Tu yang masing-masing rasa semacam je. Perjalanan pagi je dah rasa macam-macam. Jangan aku mabuk sudah lah. Nanti tak enjoy melihat pemandangan.
Kita orang pun masuk satu kawasan yang ada parking khas. Tu bukit coklat tu nampak je macam kering kontang tau.....Macam tak de apa-apa aje kan. Jangan pandang dari jauh.....datang dekat baru kita tau apa dia itu sebenarnya.
Warga korea siap berkhemah lagi di tengah-tengah kawasan, siap ada kerusi bersantai-santai ko.
Apa lagi jom masuk dalam semak lalang. Begini rupanya lalang kat korea. Tinggi ko ....masuk dalam ni hilang kepala...opss bukan kena pancung lah....kita yang hilang dalamnya sebab lalang dia tinggi melebihi orang. Mari lah kita belasak dalam lalang. hahahaha
Cuaca yang cerah dengan langit yang membiru....memang cantik kan. Aku pun jadi syiok snap gambar. Toleh sana toleh sini, pusing sana pusing sini....
Nampak orang korea baju kuning...... kalau tak nampak hah pendek umur...hehehehe Kalau tak nampak juga pakai kanta pembesar ya.
Posing time..... layan je lah ya model OOTD.... walau pun dalam kebun lalang..hahaha Tak pernah aku buat masa kat malaysia.
Ada di buat laluan di antara semak tersebut. Sebenarnya ada jalan dan boleh menuju sampai keatas. Tapi aku malas nak jalan jauh-jauh jadi berlegar di area bawah ja.
Siapa itu yang bersembunyi di balik lalang.
Walaupun ko belasak-belasak dalam semak tapi tak rasa miang tau. Tak macam masuk semak kat malaysia. Mesti terus badan rasa miang dan mengenyam. Tu yang dok tergaru seluruh badan lepas masuk semak. Napa ek. hehehehe
Nampak tak apa yang aku kata....tinggi ko lalangnya. Masuk ja dalam ko tengelam tak nampak bayang.
Suka aku snap gambar tala ke atas sebab langit biru dengan lalang putih jadi cantik ja.
Kalau pakai spek hitam cover biru mesti cun kan. Huh hari pertama je dah kiok. Tak dapat lah aku nak melaram dengan spek hitam mata biru itu. Kena beli barulah nampaknya.
Tu bawah kawasan parking. Banyak kenderaan yang datang untuk menikmati keindahan lalang yang saujana mata memandang.
Macam -macam gaya posing. Geng-geng yang lain entah kemana. Masing-masing mencari port yang cantik untuk bergambar. Oleh kerana lalangnya tinggi jadi tak nampak mereka ke mana.
Ni group Anne.
Aku tak pergi jauh. Hanya yang dekat je untuk posing. Itu pun dah puas snap sana sini.
Kalau tanya pakcik google, Saebyeol Oreum tu lagi banyak gambar yang cantik-cantik tentang tempat ini. Dah balik baru aku tanya....rupanya dari atas tu lagi cantik. Tapi takpe lah dah puas main sorok-sorok di balik kebun lalang.
Hah nampak kawasan lorekan kuning tu. Besar juga kawasannya, dan ada festival api lagi tu. Agaknya musim bila ya.
Oh rupanya food trak semua tu. Aku ingatkan ada orang berkhemah. Agaknya setelah penat mendaki, turun bawah pekena air...huh nyaman bah. Mai secawan. hehehehe
OK kita tinggal kan padang lalang menuju ke lain pula.
heheeee... cantik pulak gambar tengah2 lalang tu...gemuk subur bunganya ye
ReplyDeleteLalang bukan sebarang lalang... hehehehe
DeleteKalu kat mesia... Dalam semak orang buat projek baik punya... kah kah kah
ReplyDeleteKat mesia jangan cakap macam-macam boleh buat dalam semak. hehehehe
Deletekat msia takut nak masuk semak mcm ni..takut ulorrrrr
ReplyDeleteBUkan hanya ulorrr melingkorrrr macam-macam ado. hehehehe
Delete