Asalamualaikum,
Dah masuk semak lalang, zaty bawa kita ke tepi laut lagi. Tapi kali ni cantik sangat. Batu-batu bentuk hexagon macam terbentuk bersusun-susun je. SubhanAllah ciptaan Tuhan begitu indahnya.
Kat kawasan parking ada kedai jualan. Macam-macam ado.
Dapat minum jus limau panas-panas ni emmm nyamannya. Kalau bawa blender comel beli limau blend sendiri emmm sedapnya. Aduhaiiiiii aku ni idam yang bukan-bukan je.
Masuk je kawasan Ya Allah cantik sangat ciptaan Tuhan. Walau hanya batu-batu warna hitam tapi bentuknya yang membuat kita terfikir macamana lah boleh terbentuk bersegi-segi macam tu.
Untuk menikmati pemandangan yang indah ni meh lah kita jalan kat laluan pejalan kaki yang dibina untuk pelancung, melihat dengan lebih indah keindahan tepian pantai ini. Batu-batu hitam kat Jeju ni aku tenguk macam-macam bentuk. Yang ini lagi lah memang mengucap panjang melihat keunikan batu yang terbentuk, entah puluhan tahun atau ratusan tahun agaknya ianya terjadi.
Cuma boleh lihat dari jauh je sebab tebing tinggi. Tapi air laut dia memang jernih ja.
Bila tenguk batu-batu ni macamana lah ia boleh terbentuk hexagon macam tu ya.
Orang ramai je kat laluan pejalan kaki jadi kadang cramp sikit bila terlalu ramai yang menempel kat tepi laluan.
Unik kan bentuk dia.
Pokok-pokok tepi tebing pun cantik je tersusun.
Cantik tak...... suka yang gambar ni. Tenguk air laut dia biru jernih.
Yang ni tak berapa nampak sangat hexagon tu sebab dah belah atas.
Tenguk ahjumma sibuk menjual hasil laut mereka.
Ada juga diletakkan gambar dan lukisan. Cantik-cantik. Ada untuk jualan dan ada hanya untuk pameran je.
Hah macam gambar ni sebenarnya aku ambil dari gambar yang terhasil dan di jual.
Cantik lukisan ni di waktu remang senja....warna awan berubah kemerah-merahan.
Ni entah kawasan mana dia ambil gambar.
Aku tak paham apa simboliknya benda alah ni. Nak kata tempat berteduh kalau hujan basah juga.
Saja-saja letak kut.
Tenguk jualan limau yang pelbagai jenis dan sixe. Tenguk geram tapi nak beli nanti nak pergi kebun dia. Jadi pandang dan lihat ja lah.
cantik2 gambar.. i loooike. langit cerah membiru memang cantik kan..
ReplyDeleteAlhamdulillah cuaca baik masa akak pergi sampai balik. Padahal sebelum tu katanya cuaca mendung. Tapi memang indah kan jeju
Delete