Assalamualaikum,
Selesai je pi pasar terapung, kita orang pun sarapan dan siap sedia nak keluar. hari ni kami akan ke Sonmarg. Naik kuda ya.
Nampak tak beg yang Maksu Ti bawa tu. hah beg tu lah yang berebut dengan Ryn Brunei. Aku pun kenan juga tapi Maksu Ti sudah beli dulu. Semalam beli hari ni dah guna beb. Melaram terus Maksu Ti beg cantik dari kashmir. hehehe
Macam biasa le rumah kami ni asyik je ada penjual barang-barang. Tak boleh nak berehat sekejap ada je dia datang menjenguk. Baru nak santai-santai kat ruang tamu eh dah ada tamu huh memang takde can le nampaknya. Jadi jalan terbaik cepat-cepat lah kita orang keluar melawat tempat lain.
Tenguk lah dia pun jualan. Key chain dengan Fridge magnet. Entah kenapa aku tak beli pun fridge magnet tu. Nak yang gambar Taj mahal ler.
Suasana mulai sibuk dengan shikari membawa barang berjualan.
Ni gambar masa baru balik. Rupanya geng Kaksu beli sayur. Hah ko sikit punya banyak sayur yang di beli. Lupa pulak nama sayur tersebut.
Kata Yah sayur tu dia beri tuan rumah botnya untuk di masak. Adalah lauk best dinner malam nanti.
Sebelum naik bot ke shikari jetty kita posing dulu. Ni lah ahli rumah New Mexico. Seronok juga duduk dengan Maksu Ti. Bila time makan ada je cerita untuk menyembang. Maksu Ti ni kerje dengan Sultan Perak menjaga khazanah Kesultanan Perak. Patutnya dah pencen tapi sebab Sultan Perak gembira dengan khidmat Maksu Ti, dia sambungkan lagi kontrak kerja Maksu Ti.
Setelah semuanya berkumpul di depan rumah bot house, Mr Abdul pun dah sedia dengan pengangkutan kami ke Jetty . Hah nak tahu kami naik apa..... tu dia ko. Bot panjang sangattttt.
Bila satu demi satu naik atas bot....lah rupanya semua orang naik satu bot. Mr Abdul carikan satu bot besar supaya semua orang boleh dibawa sekali harung. Bila naik atas bot semuanya rasa wah seronok nya.
Hah tu dia kami naik satu bot semuanya tau. Dah macam orang pelarian pulaknya. Nak bawa diri carik makan ......hahahahaha
Tuan Haji pulak offer diri nak jadi pengayuh Bot. Tiba-tiba kami ada pengayuh bot baru di import dari Brunei. Tu dia bersemangat Tuan Haji kat belakang.
Hah tenguk le Kak mon..... seronok bila naik ramai-ramai. Tak pernah kami naik bot ramai-ramai macam ni ala gaya pelarian dari Gua Musang je. eh ada ke. Gaya pelarian dari Rohingya pun boleh lah.
Tu dia wan selfie gambar semua orang dalam bot besar bawa pelarian dari malaysia dan Brunei
Muka-muka hepey naik bot ramai-ramai.
Entah apa Kak mon membawang di tengah-tengah bot semasa dalam perjalanan.
Bang Mat tu dah kenapa.....jaga sungguh tu Kak mon.
Macam-macam gaya semuanya.
Bila tenguk macam ni dah macam cerita Hindustan pun ada. Satu rumah bawa diri mencari rezeki di tempat lain sebab kampung di landa banjir. hahahaha
Tapi Tuan haji memang ada tokoh lah mendayung sampan.
Ok kita sambung
Tak dapat bayangkan macamana suasana di sana sekarang ini, terutama kepada penduduk yang bergantung pendapatan melalui sumber pelancongan. Moga Allah permudahkan urusan mereka.
ReplyDeleteTuan Housebot Alaska ada message kat salah seorang penghuni housebot minta doakan buat semua warga Kashmir. Memang terkesan sejak perang dengan India dan sekarang pandemik lagi. Pelancung tak boleh datang memang hilang punca pendapatan mereka. Aamiin mudahan Allah memakbulkan doa amie.
DeleteMeriah ye masing-masing. Nampak hepi. Kak notie tak beli beg baru ke?
ReplyDeleteSemua seronok naik bot ramai-ramai. Akak beli beg lain
DeleteNAMPAK HEPI SEMUA BERSELFI DLM BOT
ReplyDeleteHepi sis sebab tak pernah naik bot ramai-ramai macam tu
DeleteBestnya dapat travel keluar negara :)
ReplyDeleteAlahaiiii ni travel tahun 2019. Oleh kerana tak boleh rentas sempadan jadi up kan balik memori tu. Lagi pun banyak lagi gambar tak di tayangkan lagi ni. hehehehe
Deletehaha..meriah suasana semua naik satu bot..cantik gak beg yg dibeli..
ReplyDeleteTak pernah umur naik bot berhimpit-himpit macam pelarian je. hehehe memang cantik sebab tu ramai yang berebut. Tapi mak su ti berjaya rembat dulu.
Delete