Sunday, February 7, 2021

Delhi kashmir 2019 - Hari ke 4 Pasar Terapung di Tasik Dal

 




Assalamualaikum,

Semalam dah tidur awal sebab pagi ni kena bangun pagi untuk pergi ke pasar pagi. Yang uniknya sebab pasar atas shikari je tau. Masa kita orang bangun kak noor kata dia dapat tumpang wifi sebelah rumah sebab jiran sebelah tuan rumah dia baik bagi free wifi. Oleh kerana dekat dapatlah merasa sikit angin-angin wifi tu. 

Update....pasar pagi tu rupanya pasar terapung. Femes rupanya. Aku terbaca dalam berita awani

Pukul 6 pagi kami pun terus siap keluar rumah. Aman dan damai suasana pagi di Rumah bot. 



Suasana menjelang pagi dalam kesamaran pagi dengan matahari yang baru nak muncul. Terasa nyaman je cuaca pagi di tasik dal. 








         Shikari mula membawa pelanggan sambil mencari rezeki di pagi hari




Peniaga membawa sayur-sayuran yang hendak di jual didalam bot. Ni mesti nak menuju ke pasar pagi





Pagi-pagi lagi dah sibuk dengan hasil tanaman untuk di jual





Satu bot penuh dengan hasil tanaman 

Walaupun banyak bot dan shikari tapi tak jem pulak.  Boleh lalu bersaing-saing malahan ada yang menghimpit untuk menarik pelanggan membeli barang jualan mereka.


Agaknya sayur apa ya. Tak pandai aku nak mengagak sayur yang di jual.




Bila nampak dah ramai hah kat situ lah tempat pasar pagi nya. Bukan ada tempat atau perhentian untuk melatak barang jualan. Mereka hanya menjual dari atas bot sahaja . Yang berminat boleh mendekati bot jika ada yang beli. 

                                                  Meriah je suasana kan.  





Suasana pasar pagi mula meriah. Pelbagai jenis jualan. Cantik dah berseri bunga-bunga tersebut. Fresh dari ladang agaknya. 


               Bunga-bunga segar untuk di jual. Ada juga jual benih pokok bunga ni. kak Afza ada juga beli tapi bila dah balik dia lupa mana campaknya benih tu. Kita orang nak tenguk samada menjadi benih bunga yang di tanam.




Bot air teh India datang mendekat kat kami. Oleh kerana pagi macam best je dapat rasa air panas. Air teh ni harganya 100 rupee dalam rm6.00 aku yang membeli sebab nak rasa dan nak memanaskan badan.


           Sedap juga rasa chai india ni. Tapi dalam sedap menghirup yang lecehnya nak buang rempah-rempah yang ada didalamnya. huhuhu Jenuh juga lah mulut aku nak menapis rempah tu daripada masuk dalam tekak.


                                  Nampak mak su ti dengan azam nun di sana. 


Dengan senget shikari dibuatnya....ko tak rasa seriau ke. Sejengkal je dari tempat duduk. 





                                Cantik bunga dan cantik juga tagline bot ni. 









Hah macam ni lah mereka meniaga di pasar pagi. Berurusan diatas bot sahaja. Ada rezeki laku di jual dan balik dengan bot kosong. Kalau tak laku balik masih penuh barangan atas bot. 






Selesai menikmati pemandangan pasar pagi kami pun mula beransur pulang.


Ni lah tuan bot Mr wonder flowerman. 


Nampak ada yang berhenti singgah di kedai ni. 


Best je naik shikari berselimut tebal cam tu. Apa pandang-pandang ada hutang ka. Chet.


Tu dia depa sudah mai dah.


Macam-macam hasil buatan tangan yang di jual.


Pemandang indah di Tasik Dal.


Orang ni jual safron. Safron terkenal di Kashmir. Tapi dia ada banyak jenis. Hati-hatilah sewaktu membelinya. Sebab safron yang bagus memang mahal harganya. 


Shikari ni singgah menambat hati kami. Terjebak sekejap dengan barangannya. Beg purple tu bila tenguk balik alahaiiiii napa lah aku tak beli. Sebab ada ternampak Kak su ada pakai. Lupa pulak tanya harganya berapa. Kulit dia bagus dan buatan tangan tau. Barangan atas shikari ni kalau kita pandai menawar boleh dapat harga murah. Tapi kadang yang ada meniaga atas rumah bot pun kalau pandai menawar boleh dapat harga murah. Masalahnya kadang kita dah berkenan dah beli sekali ada tempat lain boleh dapat lagi murah dari yang kita beli. Masalahnya bila tak beli ingatkan ada di tempat lain sekali nan ado lah yang kita dah berkenan mula tu. 


Aku ambil yang besar tu 2 dalam 200 rupee satu. Yang kecil untuk letak bekas air dalam 100 rupee. Lepas tu 1 beg dalam 500 rupee. Semuanya dalam 1,000rupee aku shopping atas shikari

                                        Hah korek lagi apa yang ada. hehehehe


Baru nampak shikari orang brunei 


       Beriringan bersama-sama dengan Maksu Ti, geng Brunei. Shikari Kak su tak nampak bayang pun.





Hah nampak tu Shikari jual kain lah pulak mendekati kami. 


Wah nampak gaya macam Kak noor sudah berkenan


Tu dia kain dia cantik-cantik dan lembut-lembut semuanya.


Sue pandai memilih kain. Dia pegang  dan rasa kualiti kain yang di jual dah tahu bagus ke tidak. 


Cantik kan kain ni. Rasanya kaknoor yang beli 


                            Rumah cantik tersergam indah. Macam rumah ado-ado je ni.


Ni rumah bot dia cantik kan. Nampak glemer je 

Ok sambung lagi





6 comments:

  1. Cantik-cantik gambarnya. Pemandangan pasar pagi pun sangat menarik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak puas melihat pasar pagi tu. Ala main tekan je handphone tu. Tak pandai nak membedek mencari angle yang cantik

      Delete
  2. Replies
    1. Terimakasih sis. Gambar biashe biashe je tapi sebab kashmir nampak luar biashe

      Delete
  3. Kan sini rupanya beli sayur. Itulah kak, lain kali biar menyesal beli jangan menyesal tak beli. Saya pun sampai sekarang ada barang kt oversea yang saya teringat-ingat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan bagus betul pepatah tu. Tapi tu lah kadang menyesal tak sudah bila dah terkenan tapi boleh pulak tak beli. huhuhu haru sungguh

      Delete