Monday, April 5, 2021

Delhi Kashmir Hari ke 5 Village Aru dan Betaab Valley





Assalamualaikum,

Hah bersua kembali kita bersiaran hari ini ya. Lemau sungguh aku nak berceloteh. Trip kashmir bertrip trip tak habis-habis lagi. Orang dah dapat vaksin dah 2 kali dose cerita aku tak sampai penghujungnya. Malam jumaat yang lepas tv ohsem siarkan semula Bhajrani Bhaijan teringat semula perkampungan shaida aka munni. Hah kali ni kita orang sampai kat tempat lokasi perkampungan di Pahalgam.

Ok rupanya Paradise Inn tu dah sampai kat Bandar Pahalgam. Tapi kami di bawa ke Village Aru. Kali ni kami semua naik jip. Hah bersesak lah kami  dalam jip yang sempit. Rombongan dipecahkan kepada 2. Cuaca dah le sejuk lepas tu duk dalam jip hah memang best. Lepas tu driver tu pasang lagu hindustan hhee....lagi lah syiok. Cuma lagu dia tu kami tak pernah dengar. Cuba dia pasang lagu shah rukh Khan ka Amir Khan ka best juga. Tapi dia dah pasang hah layan je lah. 




Tu dia naik jip lalu jalan yang sempit naik ke pergunungan Perkampungan Aru


Laluan nya memang menyeramkan sebab banyak gaung tapi cantik.


Jalan punya jalan akhirnya depa berhenti di tepi jalan dimana boleh nampak laluan di bawah yang sungguh cantik menawan. Aliran sungai yang mengalir laju disebabkan salji mula nak cair.



Cantik kan. 




Ni kat tepi jalan tapi tak banyak kenderaan naik ke atas. Posing le kat tepi ni hah. Bawah tu jangan tenguk gaung kat bawah koooo tapi pemandangan memang ohsem. Tenguk tu jalanraya basah sebab baru lepas turun hujan dan cuaca memang sejuk.

                          Macam-macam gaya semuanya masa berhenti sebentar di tepi untuk posing.


Hah dari jauh boleh bayangkan tak macamana keadaan di tempat tu. Laluan kenderaan turun ke bawah tu di belah kiri. Ni kita orang nak naik ke atas lagi tau.

Lepas tu naik jip balik dan akhirnya sampai di Perkampungan Aru.


Kami berhenti di luar dan kemudian kena berjalan kaki masuk ke dalam. Jalan lecak dan hujan renyai-renyai. Boleh sewa payung tapi nak kena bayar jadi redah je. Lagi pun lepas tu tak hujan pun.

         Kita orang berjalan kaki masuk ke dalam.  Banyak je tukang sewa macam-macam jenis ada. Menunggu pelanggan menambah pendapatan. 


Slow -slow jalan masuk ke dalam. Nampak macam banyak rumah peranginan di dalamnya. 


   Pemandangan indah di belakangnya dengan salji yang mula nak cair. Kemuncaknya masih lagi tebal salji.



Kak mon jadi model iklan Salem. hehehehe



Mr Abdul tanya siapa nak naik pony. Boleh masuk ke dalam lagi tapi jalannya macam sempit hanya laluan pony je yang boleh lalu. Hari tu dah naik kuda em pandang je lah.   



Wan, Aishah, Kak mon, Bang Mat dan Bang haji yang naik kuda ke perkampungan Aru. Ryn tak perasan pulak dia ikut sama ke tak. 





                     Aishah bersemangat sungguh nak ke perkampungan Aru.  Kata Mr Abdul jalan yang dilalui kuda ni sempit dan hanya sesuai dilalui oleh kuda sahaja. 



Kat depan wan dan aishah steady je jalan. Yang belakang ni Macam Kak mon dan Bang Mat. Tengah standby nak bergerak.


Ada juga rombongan orang lain yang turut sama menaiki kuda. 


Yang lain ni jadi tukang sibuk je. hehehehe 


 Entah apa lah yang disembang kan tu. Gaduh kot sampai terteleng-teleng kepala member tu....hah ko ambil aku punya pelanggan ya. Gaduh mahu ka...hehehe


Group kakmon dan Bang mat baru nak jalan. Wan dan Aishah dah ke depan nun sanun tu.

 Rombongan beramai-ramai jalan ke perkampungan Aru



Bila semua dah jauh kami yang tinggal singgah ke sebuah rumah. Aku lupa nak ambil gambar rumah tersebut. Yang tinggal mengambil kesempatan menumpang untuk solat. Oleh kerana rumah orang tak berani nak ambil gambar di dalamnya ke aku yang lupa. hehehehe Rumah dia besar, kami menumpang solat dalam bilik dia yang luas. 





Aiiiii ni kenapa pulak orang yang naik mana kok tinggal kuda je. Adakah ditinggalkan pelancung yang menaiki kuda tersebut. Muskil kami...dalam persoalan.







Sewa mengikut tempat yang nak pergi.


Rasanya rumah yang hijau tu yang kami menumpang solat.


Sapa lah yang menonggeng nonggeng nak merasa air yang mengalir laju





Amboiiiiii ko balik sendiri-sendiri ek...mana tuan ko....oh merajuk ya.. hehehe


        Ku bersandar mencari ilham sambil melayan keindahan alam yang begitu mendamaikan hati. Chewah.....hahahahaha 



          Masih tak puas menikmati keindahan alam di perkampungan Aru.




Ada parking lot ni terdapat orang yang menjual pasmina.  Cantik-cantik dan murah harganya. Sue yang pandai memilih kain dia kata memang murah dan lembut-lembut kain pasminanya. Harga dia 350 rupee dalam Rm21 ringgit. Murah kan sebab lembut sangat kainnya. Yah dah berkenan kat satu pasmina tapi tak ambil. balik malaysia sampa rasa menyesal tak beli. Aku ambil satu warna purple. Memang halus dan lembut kainnya. Rugi pulak ambil satu je tapi masalahnya aku dah banyak beli purse kecil untuk anak buah aku. Duit pun dah ciput tinggal untuk shoping masa di Delhi je nanti.


            Ni kiranya penghujung jalan...hah nampak tu jalan kecil yang di lalui oleh kuda -kuda tadi.


Jalannya dah le sempit lepas tu lecak pulak tu..


                   Yah dan kaksu  dok membelek pashmina yang dijual.


Lepas tu kami berjalan slow-slow sementara menunggu kawan-kawan yang naik kuda tadi sampai ke tempat asal.


Akhirnya nampak kelibat Kak mon orang pertama yang sampai


Lepas tu Bang Mat yang sampai. siap kibar bendera Brunei lagi



Amboiiiiii bai....tenung apa tu






Ni kata wan tempat rumah shahida


Ni gambar tempat mereka  yang berkuda sampai. Cantik kan.


Bila semua dah sampai kami pun naik semula jip. Kali ni dibawa ke suatu kawasan. Masa tu tak tahu apa nama kawasan ni. Sekali bila Mr Abdul bercerita baru tahu ooooo rupanya Beethab Valley.


Sepanjang perjalanan


Tadi macam menaiki pergunungan kali ni macam menuruni pergunungan pula.





Kat Beethab valley ni cuaca lagi sejuk. Kemudian hujan macam turun lagi. Memang kesejukan le masa ni.


Kami masuk ke dalam taman yang penuh dengan pohon dan padang rumput yang menghijau.


Masa ni tak dan nak ambil gambar sangat sebab bateri handphone bila makin sejuk makin kurang baterinya. Jalan slow-slow mengikut Mr Abdul dan yang lain-lain. Aku yang ketinggalan di belakang. Jalan slow-slow dengan kesejukan lagi kasut basah lagi....huhuhu memang sejuk masa ni. 



Ada juga orang menjual pasmina dan kain-kain di tengah-tengah padang.


Ni je gambar yang ada semasa di Beethab Valley. Tu pun tumpang handphone sapa pun dah lupa. 


Habis je meraoun kat Beethab Valley semua pun balik semula kat pintu masuk. Naik Jip dan sampai di Pahalgam naik bas semula.  Terus balik semula ke rumah Bot. Masa ni takde gambar sebab bateri dah kong. Kamera pula tertinggal kat malaysia. huhuhu. Jadi sampai rumah bot memang takde gambar pun. Lepas tu Mr Abdul beritahu ada sekatan letrik malam tu.  Pukul 9 malam dah gelap. 

Aduhaiiiii malam ni nak berkemas takde lampu lah pulak. Jadi sampai je kat bilik dengan sejuk lagi dengan barang nak kemas lagi. Sampai-sampai je kat bilik Tuan rumah kelam kabut beritahu aku mengenai purse kecil yang aku beli tambahan pagi tadi. Dia maklumkan letak dalam bilik aku.

Aku kata ok je tapi Kak noor pula yang rasa bengang sebab Tuan rumah suka-suki hati je terjah bilik kita orang. Nasib baik kami belum sempat buka tudung. Lepas tu bilik belakang kami kosong tiada penghuni sebab kami hanya guna 2 bilik je. Tu pun sekejap dia ke belakang sekejap ke depan. Kaknoor merungut-rungut perihal tuan rumah yang sembrono je dalam rumah bot. Aku relaks je tak ada nak bersangka buruk dengan tuan rumah.  

Masa makan malam kami request supaya jangan di ganggu sebab nak rehat dan nak mengemas barang. Besok nak check out balik ke Delhi. Hah baru lah tuan rumah tarik langsir di tengah antara tempat makan dengan ruang tamu depan. Pintu depan pun di tutup.  

Dapat lah kami makan dengan selesa tanpa gangguan dari pihak penjual. Selesai makan tibalah masa untuk mengemas. Sedang sibuk mengemas tiba-tiba letrik tak ada. huhuhu mengemas dalam gelap lah kami semua.  Rupa-rupanya sejak pertikaian India dengan Kashmir itulah masalah yang orang kashmir kena hadapi. Mereka memang banyak bersabar menghadapi kerenah orang India terhadap penduduk Kashmir. 

Besok dah balik ke delhi......ok sambung






14 comments:

  1. sejukk..sian mereka, elektrik kena catu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah bila mendengar cerita mereka rasa kesiannya.

      Delete
  2. Subhanallah indahnya sonok naik kuda ramai2 tu

    ReplyDelete
  3. Lawanya Bethaab Valley tu. Bahaya tul terbongkok-bongkok nak sentuh air sungai, air deras tu. Sib baik kak notie x buat. Hehe. Rumah bot takde privacy ye. Kena bgtau awal-awal baru tak dikacau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bethaab Valley tu cantik tapi sebab sejuk hujan lagi memang tak menghayati sangat pemandangannya. Mana nak ada privacy asyik penjaja je datang menjaja barang. kalau sekali 2 ok lah tapi kalau dah tiap malam datang huhuhu jutawan pun boleh bangkrap tau

      Delete
  4. cantiknyaaaa... rindu nak travel hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik pemandangan di sana. Dah selalu travel mesti rindu nak travel kan. Mudahan covid 19 nyah dari mukabumi ini. Aamiin

      Delete
  5. Seronok dapat melihat² negara orang, nak kata pepatah jauh perjalanan luas pemandangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah rezeki Allah beri. Insya Allah ada rezeki fairus nanti. Ala negeri sendiri pun tak habis raoun lagi. ni.

      Delete
  6. Saya belum dapat suntikan vaksin lagi huhuhuuu.
    Nanti kalau nak travel sebut-sebutlah namaku.... nak ikuuuuttt!

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhuhu tu yang bengang saya warga ibu pejabat KKM tapi takde privilage pun untuk vaksin. Kita belum dapat vaksin lah....entah bila nak dapat ni. alaaaa amie punya travel lagi kencang dari list saya. Kita berangan le dulu naik belon di turki lepas tu pi panjat pokok epal...hehehe Mudahan hari jumaat ni Allah makbulkan impian saya. Aamiin

      Delete
  7. mood nak menaip entry travel mmg kena amek masa kak.. saya pun tertunggak banyak cerita haa dekat 2 tahun da hahaha.. kalau takdak mood mmg x jadi. cantiknyaaa lahai view gunung ganang tu semua.. cantik !! puas mata memandang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kalau mood mengebu dan idea mencanak memang seronok menaip tapi bila idea elek huhuhu nak mengarang pun takdak idea.

      Delete