Assalamualaikum,
Sejak semenjak ni macam takde idea nak mengarang. Dok fikir kerja tak siap emm tapi kalau fikir kerja sampai bila pun tak siap-siap. emm k lah kita sambung lagi cerita. Lum tunjuk gambar Taj mahal lagi ni. hehehehe
Lepas dah beli safron perjalanan di teruskan lagi. Kali ni setelah melihat hamparan ladang mustard kami di hidangkan pula ladang epal ko....hah tapi epalnya baru berbunga....hampeh sungguh la tak dapek le nak panjat pokok epal. Semuanya sedang putik je memutih diatas setiap pokok. Dah le pokoknya rendang je. Kata Mr Abdul epal di kashmir adalah paling tinggi mutunya. emm iyo ka.
Hah tenguk le tu. Hish hish memang sodap ni kalau panjat pokok petik buah epal. Rendah jo pokoknya. Aku suka je kalau panjat pokok tu lepas tu lepak kat atas dahan dia yang rendah sambil mengungis buah. hehehehe syiok beb sambil goyang kaki sambil makan buah. Itu jaman dolu-dolu ler ya. Tiba-tiba terkonang semasa dolu lah pulak. Aishh
Jalan yang kami lalu ni kiri kanan semuanya ladang epal. Besar juga ladang mereka. Agaknya kalau buah dia dah masak lagi seronok kan sana sini buah epal berjujai-jujai atas pokok. emmm bila lah dapat tenguk macam tu. Macam kena repeat pergi musim buah lah pulak. Mudahan ada rezeki datang lagi. Aamiin.
Macam species yang sama semuanya. Tapi bila bunga dia banyak macam cantik pulak bunga putih semuanya.
Bersih ladangnya. Terjaga rapi bawahnya
Tiba-tiba bas berhenti eh napa lah pulak. Rupanya sekawan kambing nak melintas jalan. Banyaknya kambing.
Kaya bai ni punya banyak kambing. Seekor je kalau jual dah berapa ratus. hehehe
Pagi pagi lagi ni pi cari makan. Agaknya nak pi sarapan kut. Jalan jalan carik makan le ni cheewah.
Oleh kerana pagi ni cuaca sejuk jadi ramai lah yang asyik nak terkucil je. Jadi Mr Abdul suruh driver berhenti di sebuah sekolah. Menumpang bilik air.
Aku tak turun tapi member yang turun cerita terjumpa budak sekolah. Sekolah tu macam sekolah berasrama. Member yang turun kata kalau aku turun boleh bagi budak-budak tu gula-gula yang aku bawa. Tapi aku kata sikit sangat kalau nak bagi. Banyak aku dah agih-agihkan semasa kat tasik Dal.
Tapi sekolah dia tu nampak macam menyeramkan je kan. Sebuah bangunan di balik ladang-ladang.
Selesai urusan membuang air perjalanan di teruskan lagi. Akhirnya kami sampai di Paradise Inn. Masa ni macam lepas hujan jadi cuaca memang sejuk.
Tu dia ni lunch kami. Sedapnya gulai kari dia. Aku tak pandai nak cerita pasal masakan dia jadi aku tayang je lah. Apa pun kari Kashmir memang umph. Nampak simple je bahan didalamnya tapi sodap ko teringat-ingat masakan kat sana.
Paradise Inn ni macam hotel tapi emmm camno nak cakap ek...dia punya dalaman dia macam tak siap lagi tapi dah buat business. Hah tu bilik receptionnya. Lepas tu aku tumpang bilik air dia. Naik lah tingkat atas. Bilik air dalam bilik hotel tapi bilik tu tiada orang duduk. Cantik bilik hotel dia tapi tu lah macam aku cakap macam tak siap lagi tapi dah digunakan.
Lobi dia pun macam siap tak siap,macam sudah tak sudah. hehehehe
Tapi kat luar dia memang cantik. Cantik persekitaran dia. Macam sebuah pekan kecil tapi aku pun tak ingat samada Mr Abdul ada kata nama tempat ni. Suasana dia bersih dan rasa macam alam sekeliling indah sangat. Rupanya kami dah sampai Pahalgam. Bila aku google paradise inn rupanya dalam bandar Pahalgam. Sebab lepas tu kami ke Aru Village yang jauh sikit dan naik pergunungan lagi.
Masa ambil gambo ni macam gerimis lah pulak. emm tu yang semua tarik baju sejuk masing-masing ketat-ketat. Sejuk beb.
Kalau tak sejuk syiok je lepak-lepak kat kerusi tu. Tapi sebab cuaca baru hujan jadi kerusi dan meja semuanya basah.
Lepas tu kami dibahagi kepada 2 kumpulan. Naik Jip pulak untuk ke Aru Village. Ok sambung
cantiknya bunga epal memutih mekar
ReplyDeleteBunga dia putih bila banyak cantik
Deletesedap nmpk kari & capati tu..kena gi time summer kot, baru dapat petik buah epal..
ReplyDeleteSedap bila makan panas-panas apalagi cuaca sejuk. haah kan mesti best tu
Deletekambing tak mandi berbulan2 pon harga tetap mahal., hahaha
ReplyDeletesejuk giler nampaknyer tuuuh., ;p
haah kan wak. kalau kambing mandi lagi lah mahal kut sebab pembersih. hehehe Ya wak sebab baru lepas hujan
DeleteCantik suasananya! Saya sempat rakam gembala kambing dengan sekumpulan kambing di ladang mustard. sayangnya gambar-gambar tak jelas sebab ambil gambar dari dalam bas ketika bas sedang bergerak.
ReplyDeletePahalgam memang cantik. Ala sayang kan. Tapi tu lah saya pun macam tu juga banyak gambar goyang. Cantik di mata tapi tak sempat di capture pemandangan tersebut. kadang dapat kadang blur...huhuhuhu
DeleteCantik sangat gambar last tu. Tapi kalau cuaca sejuk sangat kang sambil makan pun tetibe nak terkucil.
ReplyDeleteGambar tu ada kawan yang ambil. Saya letak je. Tak terfikir nak ambil gambar dari sudut tersebut. Sejuk-sejuk asyik nak membuang je. hehehehe
Delete