Assalamualaikum,
Alhamdulillah balik kerja pada hari isnin yang lalu dapat message Mysejahtera bagi date untuk vaksin. Sekali check dia beri date 6 mei 2021. Rupanya member pejabat yang pangkal nama A dapat appoitment 5hb Mei. Ada staff 3 orang yang dah pergi semalam.
Aku pulak nasib baik Dr erwin dapat date yang sama. Jadi kami sama-sama lah pergi Ke Dewan Seroja di Presint 15. Sampai-sampai je pada pukul 9 wah dah ramai orang. Ingatkan dah awal rupanya ada lagi awal. Sekali bila dah masuk barisan rupanya yang panjang tu semuanya 2nd dose. Nasib baik petugas maklumkan barisan yang 1st dose lain barisan. Apa lagi laju je aku jalan ikut line yang sepatutnya. dan memang yang 1st dose tak ramai orang lagi.
Kami terus mendaftarkan nama di kaunter pendaftaran. Kena isi form lepas tu bila dah isi pergi kat kaunter Doktor pula untuk semakan kesihatan. Kalau Doktor dah pass kira boleh lah dapat vaksin.
Kami diberi pass pengenalan untuk dos 1 atau 2. Pass warna biru untuk 1st dose manakala warna hijau kekuningan untuk 2nd dose. Ni dah setel sign persetujuan dan Doktor dah pass, terus menunggu untuk di bagi vaksin. Tak lama menunggu orang di depan dah dapat vaksin giliran aku pula. Sekejap je dia suntik vaksin. masa menunggu tu berdebar-debar tapi bila dah di suntik emmm ok je. Tak sakit lah.
Tapi kalau lepas suntikan vaksin ada gejala macam diatas tapi semuanya bergantung pada diri masing-masing samada boleh menerima vaksin atau tidak. Tu semuanya kesan sampingan je. Ada kawan kata ngantuk ada kawan kata kebas tempat injection tu. Tapi buat masa ni aku ok je.
Appoitment seterusnya pada 27 mei 2021 untuk 2nd dose
Tahniah! Dos 2 27 Mei ye, saya 23 Mei. Lepas ni boleh travel sama hahahahaa.... travel ke mana juga kalau virus masih berterbangan sana sini!
ReplyDeleteTu lah satu masa nanti dapat travel lagi. Aamiin
DeleteTadi hantar emak cucuk vaksin pertama.
ReplyDeleteOklah mudah urusannya, sekejap dah siap.
Sekarang ni turn warga emas dapat vaksin. Tapi ramai juga warga emas yang menolak. Kalau boleh biarlah warga emas dapat vaksin sekurangnya dapat tingkatkan imunisasi diri.
DeleteAlhamduillah moga sht sjhtra tiada mslh
ReplyDeleteAlhamdulillah masih belum lengkap ni kena tunggu 2nd dose untuk melengkapkan imunisasi dalam badan
Deletewak mcm seram2 je kene cucuk.. huhuhu
ReplyDeleteKalau sinovac tak sakit lah wak. Kalau Pfizer tu macam sakit sikit dan ramai kawan yang dapat kata kebas kat tempat di cucuk. Saya dah dapat semalam dan ok je hari ini.
Deletehuwaaaaa.. saya bulan depan AZ huahua..
ReplyDeletetakut tapi trasa nak cepat2 cipta herd immunity.. mudah2an semua selamat..
Takpe jangan risau. Insya allah ok. Yang penting kita dah ada pendinding dari kuman.
DeleteMasih menanti giliran. Bila ntah turn. Dok jenuh check Mysejahtera hari2
ReplyDeleteFasa 2 belum habis lagi. Insya Allah tak lama lagi. Yang membuatkan lambat sebab vaksin lambat sampai. Orang yang menunggu dah ramai. Insya Allah jaga diri ya.
DeleteAlhamdulillah. Semoga sihat-sihat sahaja.
ReplyDeleteBuat masa ni ok je. Insya Allah
Delete