Thursday, May 6, 2021

Saya telah di vaksin - 1st dos

 


Assalamualaikum,

Alhamdulillah balik kerja pada hari isnin yang lalu dapat message Mysejahtera bagi date untuk vaksin. Sekali check dia beri date 6 mei 2021. Rupanya member pejabat yang pangkal nama A dapat appoitment 5hb Mei.  Ada staff 3 orang yang dah pergi semalam. 

Aku pulak nasib baik Dr erwin dapat date yang sama. Jadi kami sama-sama lah pergi Ke Dewan Seroja di Presint 15. Sampai-sampai je pada pukul 9 wah dah ramai orang. Ingatkan dah awal rupanya ada lagi awal. Sekali bila dah masuk barisan rupanya yang panjang tu semuanya 2nd dose. Nasib baik petugas maklumkan barisan yang 1st dose lain barisan. Apa lagi laju je aku jalan ikut line yang sepatutnya. dan memang yang 1st dose tak ramai orang lagi.

Kami terus mendaftarkan nama di kaunter pendaftaran.  Kena isi form lepas tu bila dah isi pergi kat kaunter Doktor pula untuk semakan kesihatan. Kalau Doktor dah pass kira boleh lah dapat vaksin. 


Kami diberi pass pengenalan untuk dos 1 atau 2. Pass warna biru untuk 1st dose manakala warna hijau kekuningan untuk 2nd dose. Ni dah setel sign persetujuan dan Doktor dah pass,  terus menunggu untuk di bagi vaksin.  Tak lama menunggu orang di depan dah dapat vaksin giliran aku pula. Sekejap je dia suntik vaksin. masa menunggu tu berdebar-debar tapi bila dah di suntik emmm ok je. Tak sakit lah.



Tapi kalau lepas suntikan vaksin ada gejala macam diatas tapi semuanya bergantung pada diri masing-masing samada boleh menerima vaksin atau tidak. Tu semuanya kesan sampingan je. Ada kawan kata ngantuk ada kawan kata kebas tempat injection tu. Tapi buat masa ni aku ok je.

Appoitment seterusnya pada 27 mei 2021 untuk 2nd dose



                      Saya telah di vaksin anda bila lagi? Jom ambil vaksin untuk kita jaga diri kita.

14 comments:

  1. Tahniah! Dos 2 27 Mei ye, saya 23 Mei. Lepas ni boleh travel sama hahahahaa.... travel ke mana juga kalau virus masih berterbangan sana sini!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah satu masa nanti dapat travel lagi. Aamiin

      Delete
  2. Tadi hantar emak cucuk vaksin pertama.
    Oklah mudah urusannya, sekejap dah siap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang ni turn warga emas dapat vaksin. Tapi ramai juga warga emas yang menolak. Kalau boleh biarlah warga emas dapat vaksin sekurangnya dapat tingkatkan imunisasi diri.

      Delete
  3. Alhamduillah moga sht sjhtra tiada mslh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah masih belum lengkap ni kena tunggu 2nd dose untuk melengkapkan imunisasi dalam badan

      Delete
  4. wak mcm seram2 je kene cucuk.. huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau sinovac tak sakit lah wak. Kalau Pfizer tu macam sakit sikit dan ramai kawan yang dapat kata kebas kat tempat di cucuk. Saya dah dapat semalam dan ok je hari ini.

      Delete
  5. huwaaaaa.. saya bulan depan AZ huahua..
    takut tapi trasa nak cepat2 cipta herd immunity.. mudah2an semua selamat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe jangan risau. Insya allah ok. Yang penting kita dah ada pendinding dari kuman.

      Delete
  6. Masih menanti giliran. Bila ntah turn. Dok jenuh check Mysejahtera hari2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fasa 2 belum habis lagi. Insya Allah tak lama lagi. Yang membuatkan lambat sebab vaksin lambat sampai. Orang yang menunggu dah ramai. Insya Allah jaga diri ya.

      Delete
  7. Alhamdulillah. Semoga sihat-sihat sahaja.

    ReplyDelete