Friday, August 27, 2021

Hari ke 7 photo challenge - Madinah

 


 Today is Day 7 of my travel photos challenge.

I was nominated by my dearest friend Hida Hadi Hussin to post one travel photo for 10 consecutive days with no explanation needed.
That is 10 days, 3 photos to go with zero explaination.
Today I would like to nominate my dearest friend Lia Mohd Sahiri to take up this travel photo challenge without any explanation.



Assalamualaikum,

Alhamdulillah Allah rezekikan aku mendapat jemputan ke rumah NYA. Sebelum ke Mekah kami masuk Madinah dahulu. Gembiranya aku dapat menziarahi Rasulullah SAW. Madinah kawasan yang tenang dan indah. Perasaan nyaman semasa seminggu kami di Madinah.   


Dalam masjid Madinah kita boleh menziarahi kawasan Raudah taman syurga tempat makbul doanya. Setiap orang yang sampai di Madinah kalau boleh mesti nak masuk kawasan Raudah. Aku dapat masuk 2 kali. Kali pertama solat,  orang lalu lalang atas kepala aku. Dan kali kedua dapat solat dengan aman sebab ada beberapa orang tolong kepungkan kawasan yang kami solat. Walaupun aman tapi tak boleh solat lama-lama sebab orang berasak-asak keliling kami. Tapi syukur lah dapat cecah dahi di kawasan Raudah. Semuga Allah makbulkan doa aku. Aamiin. 



Ni bilik hotel Al Zahra Al Khair. Depan katil ada tv dan kabinet serta peti sejuk kecil.  Kak ijah, Kak nong , aku dan hujung tu katil Kak Jal. depan katil Kak ijah bilik air. Kak nong siap bawa tali untuk gantung baju basah dalam bilik air. Bilik air dia luas lah sikit dari bilik air di Mekah. Di Mekah baju kami hantor dobi. Tak larat nak basuh sebab kepenatan dan takde tempat nak sidai. Mahal pun kira sedekah je lah kat pekerja dobi tu. 


Suka tenguk kubah atas masjid ni. Bila malam dia buka dan boleh nampak langit. 


Selepas subuh sebelum balik ke Hotel singgah sekejap kedai jualan bersebelahan dengan masjid. Macam-macam ada jual. Sedia duit je.


Kami kadang bergilir-gilir menyorong Kak ijah bila masuk pintu masjid kawasan perempuan. Selalunya sebelum sampai masjid Jaki atau yeye anak Kak ijah yang sorong. Kita orang jalan dulu dan tunggu di pintu masuk ke kawasan perempuan. Bila masuk kawasan perempuan kita sorong Kak Ijah di kawasan tempat kerusi roda. Lepas tu kami cari tempat yang berdekatan dengan Kak Ijah.  



 Bersama Kak ijah semasa ziarah seluruh kawasan Masjid. Kubah hijau tu dibawahnya adalah pusara Nabi Muhammad SAW.  


Bersama Kak nong dan Kak Jal. Kak Ijah belakang kami. Perempuan yang duduk kerusi roda warna hitam tu rasanya dari Mesir ke tak pasti tapi kawasan situ lah. Perempuan dia besar-besar tapi lembut je cakap. Kami tak paham bahasa tapi guna bahasa inggeris malahan ada sekali tu aku dah terlambat masuk, solat sebelah tali yang merintang kawasan tengah jalan. Berhimpit-himpitlah. Sebelah aku ada makcik dengan anaknya sebelahnya. Ada dapat sedekah air botol kecil semasa nak sampai masjid, Dapat 2 aku bagi dia 1.  Selesai solat sempat lah bersalam dan berpelukan dengan makcik tu. Dah macam berpelukan dengan mak aku pulak rasanya. 


Selesai solat kami balik ke hotel. Ni sorong kak ijah sampai kat no pintu 15 di mana jaki sedang menunggu maknya. Seronok kami berempat jalan bersama-sama. 


Masa ziarah Masjid Qubah, di depan masjid ada peniaga menjual Ruthob  atau kurma muda. Aku tak pernah rasa jadi tak belilah sebab tak tahu sedap ke tidak. Selalu kurma kering je kan. Dengan air batu kurma tu keras lagi. Kak nong lah yang beli. Lepas tu ada tupperware kecil dia masukkan dalam tu dan bagi pada orang didalam bas. Bila di makan setelah lembut ,  Allahuakbar sedapnya. Makan ramai-ramai dalam bas. Nak beli bawa balik tak sesuai sebab dia tak tahan lama. Tapi bila dah tahu kesedapannya bila ada orang yang menjual masa nak raya apa lagi 2 kotak aku beli. Kurmanya besar dan emm sedapnya bila lembut. 


Menziarahi Bukit Uhud di mana pernah menjadi tempat medan peperangan Uhud di zaman Rasulullah. 


Ya Allah di hari jumaat ini aku doakan semuga semua yang membaca blog ku ini Allah jemput kami ke Mekah dan Madinah mengunjungi rumah Allah dan mengunjungi Rasulullah SAW. Aamiin

8 comments:

  1. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. seronoknya bila berpeluang menziarah ke Madinah..
    Kurma ais tu ada juga yang jual disini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh kurma ais namanya ya. haah hari tu bulan puasa ramai orang promete. Sedap

      Delete
  2. Ya Allah di hari jumaat ini aku doakan semuga semua yang membaca blog ku ini Allah jemput kami ke Mekah dan Madinah mengunjungi rumah Allah dan mengunjungi Rasulullah SAW. Aamiin
    Aamiin...Aamiin ya Allah! Ya Allah ya Rahman ya Allah ya Rahim!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin Aamiin. Mudahan Allah makbulkn doa kita semua.

      Delete
  3. Amiin..amiin...Ya Rabbal alamin..

    Madinah yg dirindui..

    ReplyDelete
  4. Memang seronok kan bila pergi umrah jumpa orang Islam lain walaupun bangsa berbeza. Semuanya peramah walaupun cakap gaya ayam itik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok bila berjumpa warga negara lain. Semuanya nak mencari keberkatan dan menambahkan amalan.

      Delete