Today is Day 8 of my travel photos challenge.
I
was nominated by my dearest friend Hida Hadi Hussin to post one travel
photo for 10 consecutive days with no explanation needed.
That is 10 days, 2 photos to go with zero explaination.
Today I would like to nominate my dearest friend Erna Bunga to take up this travel photo challenge without any explanation.
That is 10 days, 2 photos to go with zero explaination.
Today I would like to nominate my dearest friend Erna Bunga to take up this travel photo challenge without any explanation.
Assalamualaikum,
Hai apa kabar semua. Semuga semuanya sihat-sihat sahaja di rumah. Jaga diri sebab kuman Covid 19 versi Delta sedang bermaharaja lela. Semuga kalian semua di lindungi Allah SWT hendakNya. Aamiin
Ok terobek hari ke 8. Kali ni wish list aku nak pi kashmir tercapai. Masa dulu-dulu tenguk citer hindustan Shashi kapoor berlakon dimana dia merupakan tuan punya rumah bot. Jatuh cinta dengan heroin yang menyewa rumah bot dia. Aku dah lupa tajuk Filem tu tapi memang buat aku teringin nak duduk dalam rumah Bot di Kashmir. Lepas tu bila tahu dapat tenguk bunga tulip lagi le aku seronok. Pergi musim bunga tapi dapat pergi naik kereta kabel dan bermain salji.
Melihat bunga tulip saujana mata memandang memang seronok. Kalau kat Amsterdam emm memang lagi meroyan aku, sebab banyaknya dan lagi saujana mata memandang bunganya. Mudahan allah rezekikan aku ke sana. Aamiin.
Naik pergunungan Gulmarg naik kereta kabel ke atas dan lepas tu disorong atas sledge lagi emmm seronok. Cuma nak guling-guling atas salji aku malu....kalau ada geng memang aku buat je. hahahaha
Terbaring terlentang hahahahaha buat malu orang kampung je nanti
Pengalaman naik shikari memang mengasyikkan sambil di terjah dengan penjual dalam boat... depa ni tak bagi can lah kita nak feeling-feeling naik shikara ni. hehehehe Rasa macam puteri gunung datang bercanda didalam shikari yang cantik menawan. hehehehe berangan memang le tak hengat aku ni. hehehe
Seronok feeling feeling naik kuda. pertama kali ni menunggang kuda. Boleh lah nyanyi nyanyi..... Kuda hitam aduh kuda hitam
Keindahan sebelum sampai ke Pahalgam. Gunung-ganang bersalut salji namun di bawah kaki gunung air mengalir deras....amboiiiii nak berpuisi bagai lah pulak aku ni.
Keindahan taman yang mengamit memori
Kemerahan bunga tulip bagaikan mengoda para pelancong untuk mengulit keindahan warnanya.
Keindahan warna kekuningan ladang mustard bagaikan dalam cerita Dilwale Dulhanis Le Jayenge...konon-kononnya beraksi ala Kajol dengan Shah rukh Khan....hehehehe
Kashmir indah terletak pada keindahan muka buminya dengan kebaikan penduduk Kashmir. Dalam hiruk pikuk perebutan kuasa antara India dengan pemerintah kashmir, rakyatnya menjalani kehidupan dengan penuh ketenangan walaupun nampak dalam kesusahan..
Hah apa lagi tak nak terobek macam aku ke. hehehehe
Aduhai! Ladang mustard yang sangat cantik! Gila rasanya sepanjang perjalanan asyik menyaksikan pemandangan indah begini! Mungkinkah ada kesempatan untuk mengulangi kembara ke Kashmir!
ReplyDeleteTu lah teringin nak pi lagi time buah epal sedang masak ranum dengan ladang safaron sudah masak dan time untuk di petik. Best kan
DeleteJom! Petik epal. Petik walnut...kutip safron! Teringin menginap lagi di Dal Lake. Ambik gambar di ladang mustard! Cantiknya pemandangan. Tapi tak mau naik kuda lagi hihihiiii.
Deleteoh ada ladang walnut juga ka. Wow. Best kan dok kat Dal lake tu. eh syok juga lah amie naik kuda. hehehe
Deleteu buat i rindu kampubg i ni tau.. sedih bila tak dapat balik kg kan.. harap2 cepat lah berlalu wabak ni.
ReplyDeleteKita buat ni sebab tak boleh berjalan jadi lah sessi terobek hati ku. hehehe Insya Allah habis wabak dan sempadan buka boleh lah terobang balik kg.
DeleteSALAM MERDEKA SEMUA PIC MENGUJAKAN PADANG TERPESONA KEINDAHAN KHASMIR
ReplyDeleteSalam merdeka sis. Kashmir memang indah
DeleteHaha. tergelak baca kat Shashi Kapoor. Saya pun selalu bila bila travel cari tempat yang ada kena-mengena dengan filem. By the way, hadiah dah sampai. TQ so much!
ReplyDeleteeh shashi kapoor dolu2 lagi hensem dari Shah rukh Khan tau. Tu lah kan bila tenguk movie tempat cantik emm berangan je nak pi tempat tu. Alhamdulillah dah terima.
DeleteBetul la tu, memang hensem. Kulit putih flawless pastu kat tempat sejuk, pipi merah cam pakai blusher.
DeleteShashi Kapoor... jeetendra... yang perempuan dia pun cantik-cantik.Hidung terpacak ko. hehehe
Deletesyoknya Kashmir..bilalah boleh travel lg..
ReplyDeleteMengimbau kenangan lalu. Insya Allah nanti sempadan buka lah.
DeleteAduh.. Bestnya ada salji.. nak tumpang naik kuda juga.. hehehe..
ReplyDeletelawa betul bunga-bungaan tu..
Akak.. terima kasih.. hadiah dah sampai..
Alhamdulillah enjoy hadiahnya ya.
Delete