Sunday, December 18, 2022

Punten makanan jawa

 


Assalamuaalaikum,

Minggu lepas waktu datang kerja lalu lah cafe. Jadi sambil lalu tu tenguk lah apa yang ada di jual. Selalunya kalau beli sarapan tapau je dan makan kat pejabat.

Tiba-tiba mata aku ternampak sesuatu makanan yang aku tak pernah makan. Alolo apa le anak wong jowo ni......punten pun tak pernah makan. Jadi aku ambil le sepaket ni. Ada 3 ketul dengan sambalnya harga Rm 3.50.  

Aku tanya taukeh cafe Hj jelani......wah ada makanan jawa ni Hj. Dia kata ada orang yang hantar suruh jual. Tu lah ni baru pertama kali nampak ni kat cafe. 



Jadi pagi tu aku sarapan punten

Punten adalah antara makanan orang jawa yang terkenal di kawasan Sabak Bernam. Ia merupakan makanan yang dimakan sewaktu sarapan pagi. Punten ini seperti nasi himpit je rupanya, tetapi rasanya lain. Punten ini lebih sedap dan berlemak kerana dimasukkan santan.

Kredit kat google

Bila aku search kat google rupanya femes kat sabak bernam. Aku tak pernah makan sebab arwah mak aku tak pernah buat dan ajar anaknya makan. Tu yang aku tak pernah rasa. Lepas tu kena ada sambal cili api ,,,,,,perghhh sedap tu.

Jadi pagi tu aku sarapan punten. Cecah dengan sambal hijau. Kalau sambal cili api arwah mak aku pernah ajar. Buat sambal tu lepas tu cecah dengan ubi kayu rebus. 

Pedas tapi eh tambah lagi sambil colek dengan sambal cili api tu. Layan dengan kopi panas-panas. erkkkkk sodap. Lepas tu tersandar kekonyangan. eh.... ni musim hujan ni sedapnya cecah ubi rebus dengan sambal cili api . eh aku citer apa ni. Tadi bukan pasal punten ke dah menjajau ke ubi godok lah pulak. haishhh

Punten tu rasa santannya tidak berapa sangat. Macam nasi himpit tapi bukan sebab bentuknya. Apa pun dah tua bangka baru ko kata makan pertama kali punten makanan jawa........alahaiiiiii aku ni kan jawa muo bukan sabak bernam. Tu pasal tak tahu. 


16 comments:

  1. Kelakar baca entri ini Notie. Saya pun jarang jumpa punten di kampung walaupun anak Jowo. Emak pernah buat tapi versi lain, katanya gemblong...eh entahlah tak pasti. Punten ni ada yang tambah santan dengan kelapa parut, lagilah lemaknya terasa. Memang sedap sangat ni makan dengan sambal tumis cili hijau bubuh ikan bilis sikit. Berair mata jugalah menahan pedas, ditambah pulak hirup kopi hitam panas-panas! Wallaaa.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gemblong bukan lah amie. Tu pulut. Tu lah hujan-hujan ni sedap cecah ubi godok dengan sambal tumis cili api kan.

      Delete
  2. pertama kali dengar punten ni....pedas tapi sedap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pernah dengar tapi tak pernah makan. Tu yang beli kerana nak rasa.

      Delete
  3. Hahaha. Kat Muo tak femes kot. Kalau tak mesti saya tau gak walaupun tak Jowo

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat muo pun tak ada dan tak pernah nampak bayangnya tu yang tak tahu. Tapi bila kata makanan jawa hah awat aku tak tahu. hehehe

      Delete
  4. nanti kalau gi sabak cuba cari nak rasa juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pasti lah pulak ada kat sabak bernam. Agaknya gerai jual kuih tradisional ada kut.

      Delete
  5. Baguslah kak share makanan ni.. Nama pun saya tak pernah dengar apatah lagi makan. Kalau ada peluang nak juga rasa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak pun pertama kali rasa. Pernah dengar nama dia jadi bila ada depan mata cubalah.

      Delete
  6. Replies
    1. Harga putrajaya wak. Hadap je lah sebab nak rasa

      Delete
  7. Tak pernah makan punten ni. Tengok dekat FB haritu, tapi tak jumpa lagi yang jual.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak pun pertama kali ni. Rasanya kena pergi area sabak bernam kut nak cari. Ni pun kat cafe tu kadang-kadang je.

      Delete
  8. ubi godok je wak selalu dgr, punten ni makanan rare jugak ., hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ubi godok ni peberet wak. Kalau hujan lagi hummppp makan dengan sambal tumis, layan dengan kopi o panas-panas. Sedapnya.

      Delete