Monday, December 12, 2022

Upacara serah tugas Mantan Menteri kepada Menteri baru

 

                       Majlis penyerahan tugas antara Mantan Menteri dengan menteri yang baru


 KJ ucap selamat maju jaya pada Zaliha

Ahli Parlimen Sekijang Zaliha Mustafa hari ini menerima nota serah tugas daripada pendahulunya Khairy Jamaluddin untuk menerajui Kementerian Kesihatan.

Doktor kesihatan keluarga berusia 58 tahun itu menggantikan Khairy yang memulakan perkhidmatannya pada Ogos 2021.
Zaliha merupakan wanita pertama yang menerajui kementerian berkenaan. 
Dalam upacara simbolik penyerahan tugas di Putrajaya hari ini, Khairy mengucapkan selamat maju jaya kepada penggantinya.
Ketika menerajui kementerian itu, Khairy antara lain dikenali dengan usaha seperti menyelaraskan program vaksinasi Covid-19 negara, cadangan rang undang-undang generasi penamat (GEG), dan mendorong untuk kajian lanjut mengenai penggunaan ganja perubatan.
Bercakap kepada pemberita Khairy menyatakan harapannya untuk melihat cadangan rang undang-undang GEG dan pelan tindakan penjagaan kesihatan akan dibentangkan dan diluluskan di Parlimen.
Dia menambah bahawa kertas putih penjagaan kesihatan telah dibangkitkan dalam perbincangan dengan menteri.
“Ini penting untuk reformasi sistem penjagaan kesihatan dalam jangka panjang. Kertas putih ini bukan kerja saya tetapi kerja pakar yang terlibat dalam sesi pengantaraan (untuk dasar),” katanya.
Dia menambah, tanpa pembaharuan kepada sistem itu, negara akan kekurangan sumber untuk menguruskan beban penyakit berjangkit pada tahun-tahun akan datang.
Kredit Malaysiakini


Assalamualaikum,
Sebenarnya semalam memang banyak aktiviti yang telah berlaku di bangunan KKM Blok E7. Selain daripada perhimpunan pagi terdapat juga upacara serah tugas daripada Mantan Menteri YB Khairy Jamaludin kepada Menteri yang baru iaitu Dr Zaliha Mustafa. 
Aku tak pasti KJ datang pukul berapa tapi rasanya selepas perhimpunan. Penyerahan serah tugas berlaku di tingkat 13. Selain daripada itu Timbalan Menteri yang baru pun datang melapurkan diri iaitu  YB Lukanisman bin Awang Saun.
 KJ bersama YBhg Tan Sri DG Datuk Dr Noor Hisham

Bila tenguk kat FB KKM alahaiii sedih nya tenguk KJ pamitan dengan staff KKM. Dalam banyak-banyak YBMK,  KJ telah menjalankan tugasnya dengan cemerlang dan terbilang semasa pandemik Covid 19 berlaku. Mungkin ada orang yang tidak suka terutamanya anti vaksin tapi pada aku sebagai staff KKM, vaksin yang di berikan telah dapat mengurangkan jangkitan Covid 19. Walau pun ada kesan sampingan yang teruk tapi tidak semua yang kena. Malahan ada yang tidak ada kesan sampingan. 

Bila kempen vaksin berjaya kita cepat dapat mengatasi masalah covid 19 yang melanda satu dunia. Semuga rakyat Malaysia semuanya di jauhi daripada jangkitan penyakit yang merbahaya walau di mana kita berada. Aamiin 

Lagi satu yang aku suka bila buat lawatan mengejut di hospital-hospital di lembah kelang. Ianya menampakkan sisi gelap KKM yang selalu pihak atasan tidak nampak sebab sentiasa di sorokkan oleh boss2 atau ketua jabatan. Sekurang-kurangnya masalah staff bawahan diambil berat. 




        Selamat Jalan KJ. Semuga ada sinar masa hadapan yang cemerlang di kemudian hari. Aamiin.


Setelah selesai acara penyerahan tugas



Bersama Pegawai Kanan dan staff KKM.


Jasa bakti, dedikasi, komitmen dan kerja keras YBhg. Tuan Khairy Jamaluddin Mantan Menteri Kesihatan, akan sentiasa diingati dan dikenang sebagai personaliti yang berjiwa besar, idealistik dan bercita-cita tinggi dalam membawa hala tuju perkhidmatan kesihatan di Malaysia ke suatu tahap yang lebih membanggakan.
“Thank you, Sir.”


Kredit FB KKM



12 comments:

  1. Alahai... Sedih plak. Harap menteri kesihatan baru dapat jalankan tugas dengan lebih baik lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah ramai warga kkm sayang dia. DG pun sebab bila dia datang kurang kerja DG dengan media. Semuga yang baik-baik buat KJ.

      Delete
  2. KJ dah jalankan tugas dengan baik sebagai menteri kesihatan walaupun ini bukan bidangnya. harapnya Dr Zaliha dapat menjalankan tugas dengan lebih baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah buat KJ. Semuga YBMK yang baru lebih cemerlang dari yang lain-lain.

      Delete
  3. Replies
    1. Kan wak. Calun yang bagus macamni lah yang patut di pilih bukannya yang sembang kosong je pung pang tapi hasil tak nampak.

      Delete
  4. semoga KJ terus sukses ..kredebeliti menerajui kementerian kesihatan telah terbukti...tahniah menteri kesihatan baru

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sayang bila dapat yang bagus kena tukar tapi nak buat camno. Terima kasih sis

      Delete
  5. KJ ni jadi menteri apa-apa pun bagus je dia. masa jadi menteri belia dan sukan pun bagus juga. walaupun tiada latar belakang bidang kesihatan, dia tetap jalankan tanggungjawab dengan sebaiknya.
    semoga menteri baru yang ganti KJ ni dapat menjalankan tugas dengan baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. KIranya mana-mana letak je menjadi. Semuga KJ sucess di akan datang. Mana tahu kan. Menteri baru belum panaskan enjin lagi tu. Tenguk lah beberapa bulan akan datang.

      Delete
  6. Saya pun bersedih. Percaturan dalam dunia politik, kadang-kadang kita tak sangka akan pengakhiran yang tak terduga. Moga ada rezeki yang lebih baik untuk KJ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah tak sangka macam tu. Tapi sayang lah kalau Menteri boleh berkhidmat untuk rakyat sepatutnya di naikkan supaya rakyat dapat hasilnya. Ni yang naik emmm sabo je lah. Kadang geram je dengan politik malaysia ni. tapi nak buat camno. Guna kuasa kita sebagai pengundi tapi akhirnya. Kita doa yang baik-baik saje lah ya.

      Delete