PUNCH BUAH - BUAHAN
½ cawan ais
2 keping limau nipis
2 sudu besar fruit cocktail
2 sudu besar jus fruit cocktail
1 sudu besar jus limau nipis
Spritzer Sparkling Secukupnya
Cara:
1. Dalam satu cawan, masukkan ais, kepingan limau nipis, fruit cocktail, jus fruit cocktail dan jus limau nipis.
2. Masukkan Spritzer Sparkling secukupnya.
BLUE OCEAN
Bahan-bahan:
1 sudu besar bunga telang
2 sudu besar air panas
Spritzer Sparkling secukupnya
2 sudu besar cordial oren
1 cawan ais
2 sudu besar biji selasih (direndam air panas)
Cara:
1. Dalam satu cawan, masukkan bunga telang dan air panas. Rendamkan selama 20 minit.
2. Masukkan Spritzer Sparkling secukupnya. Tapis.
3. Dalam cawan yang lain, masukkan cordial oren dan ais.
4. Masukkan air biru yang dibuat seketika tadi.
5. Masukkan biji selasih.
LIMAU ASAM BOI
Bahan-bahan:
6 biji limau kasturi (dibuang biji)
1 sudu besar gula
Spritzer Sparkling secukupnya
2 - 3 biji asam boi
½ cawan ais
Cara:
1. Dalam satu blender, kisarkan limau kasturi bersama gula dan spritzer sparkling. Tapiskan.
2. Dalam satu cawan, masukkan asam boi dan ais. Masukkan air limau kasturi yang dikisarkan tadi.
SODA HERBS
Bahan-bahan:
1 batang serai
2 - 3 biji laici
3 kepingan lemon
1 batang daun pudina
2 - 3 biji asam boi
½ cawan ais
Spritzer Sparkling secukupnya
Cara:
1. Dalam satu cawan, masukkan serai, laici, lemon, pudina dan ais.
2. Masukkan Spritzer Sparkling secukupnya.
4 Resepi minuman SEDAP yg sangat menyegarkan!
Kami gunakan Sparkling Spritzer untuk dapatkan fizz yang sihat tanpa gula dan kalori berlebihan.
Assalamualaikum,
Kita dah masuk Ramadan yang ke 16. Ni aku tepek resepi air tersedap sekali. hehehe. Yang aku dah buat soda herbs. Tapi kalau tenguk pada resepi ni dia ada campurkan dengan spritzer sparkling. emm kena cuba ni gunakan spritzer sparkling. Rasanya agaknya camne lah. Kut lagi sodap tak hengat bila minum. hish hish mengoda sungguh lah.
sebenarnya kan...ammi dari haritu ms viral resipi KA tentang guna sparkling water dok cari tapi tak jumpa. sudahnya masa ammi buat air yg letak teh bunga tu ammi campur je dengan aiskrim soda.
ReplyDeleteSparkling sprite tu habis sebab semua dok mencuba resepi KA. hehehehe Aiskrim soda pun rasa macam sparkling sprite juga tu. Ala kita yang buat dia jangan sampai ubahsuai resepi sampaikan tak boleh telan. Hah tu haru
Deleteasam boi & soda herbs memang jadi pilihan sy spnjng berbuka puasa kalini hehe
ReplyDeletesalam kenal,
blog anamizu :)
asam boi dengan soda herbs tu emm tak payah tunggu puasa bila panas rentung je cuaca huh meroyan le nak benda tu semua. hehehehe
Deletesedap semua air buat berbuka
ReplyDeleteSedap memang sedap sisi cuma tak sedap poket je sebab barang dah mahal aduhaiiii
Delete