Thursday, April 6, 2023

4 jenis air boleh di cuba semasa berbuka

 

PUNCH BUAH - BUAHAN

Bahan-bahan:

 ½ cawan ais
 2 keping limau nipis
 2 sudu besar fruit cocktail
 2 sudu besar jus fruit cocktail
 1 sudu besar jus limau nipis
 Spritzer Sparkling Secukupnya

Cara:

1. Dalam satu cawan, masukkan ais, kepingan limau nipis, fruit cocktail, jus fruit cocktail dan jus limau nipis.

2. Masukkan Spritzer Sparkling secukupnya. 



BLUE OCEAN

Bahan-bahan:

 1 sudu besar bunga telang
 2 sudu besar air panas
 Spritzer Sparkling secukupnya
 2 sudu besar cordial oren
 1 cawan ais
 2 sudu besar biji selasih (direndam air panas)

Cara:

1. Dalam satu cawan, masukkan bunga telang dan air panas. Rendamkan selama 20 minit.
2. Masukkan Spritzer Sparkling secukupnya. Tapis.
3. Dalam cawan yang lain, masukkan cordial oren dan ais.
4. Masukkan air biru yang dibuat seketika tadi.
5. Masukkan biji selasih. 

LIMAU ASAM BOI

Bahan-bahan:

 6 biji limau kasturi (dibuang biji)
 1 sudu besar gula
 Spritzer Sparkling secukupnya
 2 - 3 biji asam boi
 ½ cawan ais

Cara:

1. Dalam satu blender, kisarkan limau kasturi bersama gula dan spritzer sparkling. Tapiskan.

2. Dalam satu cawan, masukkan asam boi dan ais. Masukkan air limau kasturi yang dikisarkan tadi. 



SODA HERBS

Bahan-bahan:

 1 batang serai
 2 - 3 biji laici
 3 kepingan lemon
 1 batang daun pudina
 2 - 3 biji asam boi
 ½ cawan ais
 Spritzer Sparkling secukupnya

Cara:

1. Dalam satu cawan, masukkan serai, laici, lemon, pudina dan ais.
2. Masukkan Spritzer Sparkling secukupnya. 


4 Resepi minuman SEDAP yg sangat menyegarkan! 😋
Kami gunakan Sparkling Spritzer untuk dapatkan fizz yang sihat tanpa gula dan kalori berlebihan.
Kredit resepi: Seismik Makan


Assalamualaikum,

Kita dah masuk Ramadan yang ke 16. Ni aku tepek resepi air tersedap sekali. hehehe. Yang aku dah buat soda herbs. Tapi kalau tenguk pada resepi ni dia ada campurkan dengan spritzer sparkling. emm kena cuba ni gunakan spritzer sparkling. Rasanya agaknya camne lah. Kut lagi sodap tak hengat bila minum. hish hish mengoda sungguh lah.



6 comments:

  1. sebenarnya kan...ammi dari haritu ms viral resipi KA tentang guna sparkling water dok cari tapi tak jumpa. sudahnya masa ammi buat air yg letak teh bunga tu ammi campur je dengan aiskrim soda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sparkling sprite tu habis sebab semua dok mencuba resepi KA. hehehehe Aiskrim soda pun rasa macam sparkling sprite juga tu. Ala kita yang buat dia jangan sampai ubahsuai resepi sampaikan tak boleh telan. Hah tu haru

      Delete
  2. asam boi & soda herbs memang jadi pilihan sy spnjng berbuka puasa kalini hehe

    salam kenal,
    blog anamizu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. asam boi dengan soda herbs tu emm tak payah tunggu puasa bila panas rentung je cuaca huh meroyan le nak benda tu semua. hehehehe

      Delete
  3. Replies
    1. Sedap memang sedap sisi cuma tak sedap poket je sebab barang dah mahal aduhaiiii

      Delete