Dr Awyn dan Dr Hanif
Assalamualaikum,
Sabtu lepas kita orang menghadiri majlis perkahwinan anak Lizah. Majlis di buat di Royale Palace Cyberjaya. Majlis memang meriah.
Masa sampai tu pengantin belum sampai, tengah menunggu pengantin sampai. Jadi aku dan Ita serta yaya dapat le meja makan dengan Dr Shahi dan Husband dia. Makanan sedap. Ita siap caari cendul dengan ampam balik yang katanya berderet orang menunggu. Sebab dia buat panas-panas.
Amboiiii mak pengantin....dah macam naik pelamin lagi je. Sweet sangat.
Keluarga kedua pihak dari sabah datang untuk sama-sama meraikan kedua mempelai. Anak Lizah sekarang bertugas di Hospital Tawau. Doktor gigi gitu.
Mak kerja KKM. Anak dan menantu pun kerja KKM juga.
Family Lizah bersama pengantin
Mantan boss aku juga hadir bersama isteri dan anaknya. Masa mereka bergambar ni aku tak perasan kalau mantan boss aku ada datang. Sejak pencen dan di serang stroke memang nampak beza sekali. Semakin kurus dan ingatan pun sekejap ingat sekejap lupa.
Bersama mak pengantin serta ex opis mate aku. Dr Hafiz dan pindah bahagian lain manakala Encik Firdaus dah pindah ke MAMPU.
Masa baru sampai nampak Kak Rosni yang dah jadi YB. Lama sungguh tak jumpa. Majlis perkahwinan anak-anak je kita orang dapat berjumpa.
Belakang tu tempat jalan masuk ke tempat majlis. Masa saudara Lizah menunggu pengantin, dengar lah mereka cakap Sabah. Semua gembira meraikan pengantin. Ni bersa Dr Shahi yang dah nak balik dan DD yang baru sampai.
Sebelum balik bergambar dengan rakan sepejabat bersama mak pengantin.
Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar. Aku dan Ita balik sebab masa tu Yatt baru sampai dengan anak-anaknya. Takde tempat jadi bagilah tempat kami pada Yatt. Puan Suzani yang duduk selepas Dr Shahi balik pun dah selesai makan. Jadi Yatt dan familynya bersama DD dan suaminya.
Dah kenyang berpandu kan Ita yang jadi waze aku.....terus balik putrajaya hantar Ita dan seterusnya yeh ke pesta buku aku. Tinggal 2 hari jadi pergi hari sabtu. Ahadnya lepak baca novel Rumah Cinta terbitan Manes Workwords.
wah meriah majlis grand tahniah pengantin baru n famili
ReplyDeletePertama kali dapat menantu sis mesti le grand
DeleteSelamat Pengantin Baharu buat Dr Awin & Dr Haniff.
ReplyDeleteKiranya pasangan mempelai ni doktor lah ye Notie. Moga bahagia hingga ke syurga. Amin.
Haah. Yang perempuan doktor dental kat hospital tawau tapi yang lelaki tak pasti doktor dental juga atau doktor biasa.
DeleteMeriah...!!! semoga kekal bahagia hingga anak cucu amin
ReplyDeleteAamiin doanya
Delete