Assalamualaikum,
2 minggu lepas ada rezeki pi Langkawi. Rasanya macam dah berkurun tak pi. Paling lama tahun 2016 masa Konvensyen rekod Perubatan di Baron Hotel.
Patutnya nama Azmaliza yang naik tapi dia ak dapat pergi. Encik Azman pula sibuk dengan tour ICD 11. Jadi aku dan zarimah le wakil pejabat. Mana tahu ada isu-isu yang berkaitan dengan pejabat kami.
Meeting start pukul 3 petang hari selasa tu. Jadi pagi-pagi kami naik Mas flight pukul 9 lebih. Sampai dalam pukul 10 lebih. Sampai je kat hotel letak beg dulu sebab belum boleh check in. Hah apa lagi cari grab kita orang pi makan nasi kandar depan HIG Mall. Depan HIG mall tu ada kedai-kedai kecil. Sangkut kat situ beli kain batik jawa.
Bentang kain punya bentang akhirnya dapat le harga murah bila borong banyak. Tu dia ko. Lepas tu masuk HIG Mall. Carik coklat. Kali ini banyak stoknya dan murah. Apa lagi shopping le. Kita orang pi awal sebab takut bila dah meeting tak dan nak keluar. Ada masa ni emm pi je lah. 1 tempat je.
Sampai hotel dah boleh masuk bilik jadi lepak dulu sebelum pi meeting pukul 3.
Masa meeting rupanya kita orang nak buat paper work untuk penstrukturan semual ajwatan rekod perubatan. Sebab banyak hospital yang jawatn pegawai rekod kosong. Ni yang kena bincangkan.
Kami di terangkan oleh ketua Profesyen Rekod Perubatan iaitu Pn Inai tujuan meeting diadakan. 5 kumpulan akan di adakan. Ianya bergantung kepada 5 jenis kepakaran hospital.
Petang tu hanya makluman apa yang kami perlu buat sebelum perasmian oleh Dr Ridwan petang besok. Segala data dan plan telah di sediakan. Cuma kena buat sikit pembentangan apa ciri-ciri yang perlu untuk menyeragamkan staff mengikut jenis kepakaran. Jadi malam nanti baru kita orang akan berkumpul mengikut group.
Ni antara ahli dalam group 2
Petang tu free apa lagi nyoket ke Rams pulak. Entah ada benda yang zarimah nak cari. Aku ikut je. Kamariah dengan munirah pun nak pi ok cukup 1 kereta.
Masuk Rams....banyak coklat yang aku belum rasa. Si Hasnah dok promote kat kami coklat Giotto. Jadi bila masuk Rams apa lagi carik le. Ada. Apa lagi ambil 4 pack dalam rm 13 lebih. satu pack yang mengandungi 4 bungkus dengan 9 butir dalam satu bungkus tu. Sedap rupanya. Aduhaiiiii napa le beli 4 je. Sebab bila cari kat HIG takde.
Hah ni rupanya. cuba lah macam ferrero roucher juga tapi rasanya lebih sedap le. Macam biasa daim wajib ada.
Perasmian meeting pada hari kedua petangnya oleh Dr Ridwan dari Bahagian Perkembangan.
Kami ambil satu sample daripada 5 kumpulan sebab masa tak cukup. Encik sazeli yang present kumpulan mana lupa pulak aku.
Encik Joe daripada Hospital Bahiyah dan cik Munirah daripada JKN Terengganu banyak memberi input apa yang nak dibuat dengan task kami.
Dr Ridwan
Selesai pembentangan dan macam-macam idea Dr Ridwan bagi untuk mengemaskinikan draf paper work yang kami nak hantar kepada pihak Pengurusan. Bergambar bersama beramai-ramai.
Bersama orang perkembangan
Ala-ala gambar mangga majalah....sebab kat tepi kolam renang.
Petang hari ke 2 nyoket ke HIG Mall lagi. cari minyak urut dan tambah coklat lagi. Beg dah beranak pinak ni. Lepak minum air dengan makan sengkuang calit yang encik mazlan belanja.
Hari ke 3 sebelum balik siapkan mana data yang tidak siap lagi. Flight pukul 4 petang. Sempat le singgah kat minyak gamat yang driver Grab syorkan. Terjumpa pulak encik mior dengan geng dia.
Sampai KLIA dalam pukul 5 lebih. Alhamdulillah. Seronok dapat jumpa adik-adik Rekod dan kenalan rekod yang dah lama tak jumpa sejak aku memegang program bloodbak. Kalau jaga SMRP memang selalu deal dengan dia orang. Ni selalu deal orang JKN je orang hospital dah jarang.
Wah! Seronok juga meeting ni.
ReplyDeleteTambah seronok dapat jumpa blogger Yan.
Siap peluk-peluk lagi!
Bila kita boleh jumpa erk?
Insya Allah ada rezeki kita jumpa nanti. Aamiin
DeleteAmin ya Allah.
DeleteMeeting sambil nyopink
ReplyDeleteBiasak le orang perempuan wak....2 dalam 1. hehehehe
DeleteMeeting dalam kecerian best nyer kat Langkawi pulak tu :D
ReplyDeleteMeeting di tempat best memang le sronok. hehehe
Delete