Jejak kasih SMSABGS tahun 1981 ni sebenornya berlangsung pada raya ke 3 raya Aidil fitri baru-baru ni tapi aku terlupa nak buat cerita sehingga lah grand gathering SMSABGS berlangsung di Hotel Royale Chulan dengan meriahnya. Cerita tu leh terjah di sini. Ok sambung semula citer. Kelas 81 ni sebenornya kelas akak aku tapi oleh kerana ramai kawannya yang aku kenal terutamanya akak-akak di hostel jadi masa di Fb semasa bulan puasa depa dok pakat nak buat jejak kasih kat muor bila ramai balik kampung beraya jadi bila di jemput aku pun join lah. Bila lagi nak jumpa depa setelah bertahun2 tak jumpa.
Lepas tu acara potluck lah pulak. Emm nak bawa apa ya? Aku pun bincang dgn akak apa nak bawa. Dia pun dah jawab nak attend so lagi bestle. Mula2 tu bila kena bawa tikar sendiri teringat lah pulak tikor mak kat rumah yang banyak yang selalu digunakan bila buat kenduri kat rumah. Bawak 4 keping bentang kat padang tu rasanya cukup. Lepas tu teringat bekas air pun ada. Hah sonang citer bawa air je sambil tu bawa air kotak. Akak pula dah offer nak bawa hamper. Lepas berbincang lagi dia offer nak bawa barang seperti piring makan, sudu dan garfu serta cawan kertas. Wah ni sudah bagus. Kita org pun tepek le kat FB barangan yang nak di bawa.
Jadi bila balik kampung je penuh le akak aku punya kereta dengan benda alah tu semua. Mak aiiii angkut dari Rawang tu beb sebab dia dah shopping dulu kat Rawang. Tinggal le aku yang belum beli air kotak lagi dan buat sirap. Cadangnya nak buat sirap limau dengan air batu buat sendiri. Dan akhirnya pagi raya ke 3 pun sampai. Semua barang kami humban dalam kereta aku. hahahaha Penuh bonet dgn tikar sebanyak 5 keping di bawa manakala seat belakang dgn bekas air bekas tong penuh semuanya.. Tinggal setoit je tempat duduk anis anak buah aku. Lepas tu kecoh air masak tak cukup jenuh le berhenti kat stesyen minyak semuanya habis air mineral yg bekas besar. Sampaikan terpaksa redah kedai kat Jalan Hj Junid berhampiran sekolah ismail nak beli air mineral. Kecoh dan kelam-kabut sebab ingatkan dah lambat rupanya depa lum sampai pun. Aduhaiiiii buat penat den perambat dok kejor ke Tanjung Mas.
Hah ni lah buktinya penuh dengan macam-macam ado selagi boleh di selit semuanya di selit. hehehe
Janji masanya pukul 12 tapi bila kami sampai di tanjung tak nampak bayang pun katanya banner akan di pasang tapi tak nampak pun. 2 kali juga aku berpusing nak agak mane tempatnya yang sebenarnya. Tapi gazebo yang dikatakan tu tengah jadi tempat lepak minah dan mat Indon. Masa tu juga terjumpa kawan akak aku yg tengah tercari-cari juga tempat nak berkelah ni. Bila akak aku call kak Taizah memang confirmlah gazebo itu.
Jenuh jugalah menunggu depa tu kosongkan gazebo tersebut. Bila depa balik je cepat-cepat kami bertiga punggah barang dan letak kat gazebo tersebut. hehehe Buat muka toye je punggah tikar dengan pelbagai harta karun tu hah.
Ni kawan akak aku yang pertama sampai. Dia dok JB dan petang tu dah nak balik JB. Kak Kamariah namanya.
Sebelum depa semua mai air sirap limau telah tersedia. Panas-panas sedap layan sirap limau. hehehe Promosi nampak. Yeh tengukle sapa yang buat. Laku sampai kering kontang bekas air tu.
Lepas tu seorang demi seorang kawan-kawan akak aku pun sampai. Ada yang aku tak ingat nama tapi cam muka. Ada juga junior yang aku tak kenal tapi semuanya mesra alam. Semasa zaman sekolah tau nama tapi tak geng bila dah bertahun tak jumpa atas ikatan nama bekas pelajar SMSABGS semuanya jadi geng. Kalau tak, takan lah havoc masa Malam Mesra SMSABGS di KL.
Masing-masing berpelukan bila berjumpa. Almaklum lah lama sungguh tak jumpa. Dari anak dara dah jadi mak dara malahan ada kawan akak aku kak Mashitah dah jadi nenek dara lagi opss bukan dah ada cucu. Rasanya kak mashitah tu aku ingat dia kahwin muda samada lepas sekolah atau habis SPM tak pasti tapi ingatlah bila pagi-pagi pergi sekolah nampak pakwe dia hantar ke sekolah naik motor. Kat tepi pintu pagar tu sebelum dia masuk kawasan sekolah cium tangan dulu.
Bila Kak Taizah sampai sessi pendaftaran nama pun dibuat. Selain daripada tu acara majlis ialah cabutan no bertuah dan selepas tu sessi beramah mesra sambil menjamu selera. Ok kita layan pula gambar makanan yang di bawa.
Ni ayam ungkep yang Kak zarinah bawa. Memang sedap. Rasanya nak kena belajar lah buat ayam ungkep ni sebab selama ni akak aku yang kat Pt Sulong tu masak tak penahnya nak tanya. Bila dah makan ni rasa sedap hish sayang kalau tak tahu nak buat. Masalahnya ayam ungkep ni sedap dgn ayam kampung sebab dia masak lama dengan api perlahan sehinggakan rempahnya meresap kedalam daging ayam.
Mee siput juga makanan femes di Muor. Rupanya hanya terdapat di Muor sahaja. Sebab masa aku kerja di Segamat tak ada jual pun malahan org Segamat tak pandai pun nak makan benda ala ini. Dulu2 zaman sekolah makan mee Siput layan dengan sambal kicap cair2. Masa tu dok kat sekolah rendah SAB 1 ingat lagi beli kat rumah salah seorang pelajar yang rumahnya kat belakang sekolah. Entah siapa namanya. Tapi kat rumah layan dengan sambal tumis ikan bilis lagi meletops beb. Sodap hingga menjilat jari. Jari sendiri ye bukan jari org lain. hehe
Laksa Johor entah siapa yang bawa.
Nyanyian koir beramai-ramai lagu sekolah. Emm ada baca doa kut lupa lah. Rasanya Kak mamie cool yang baca doa kalau tak salah aku le.
Kak Sharifah kawan sepasukan rumah sukan dan saing basikal akak aku. Berbasikal bersama-sama ler. hehe
Pendaftaran peserta dengan mendapat door gift sovenier dari kak Taizah. Business woman le katakan.
Apa saje lah tu Kak Zarinah dan Kak fuzie. AJK mesyuarat tengah jalan.
Kak shikin vogue sungguh.
Cabutan no bertuah yang pertama hamper besor tu aku yg sponsor jatuh pada Kak Fuzie. Yang best dan besar semua yang mula-mula cabutan dan dapat pada orang yang sampai kemudian. Yang selepas itu kecil2 je dapat pada org yang datang awal. hahaha Nasib lah kan. Malahan Kak mamie cool lagi best dapat hadiah yang harganya RM1000 dan Kak Ainul Mardziah lagi best dapat set pinggan mangkuk. Ala rezeki masing-masing.
Kak kamariah memang ong sungguh sebab dapat beg dari oxford sponsor dari Kak Nor Khurshiah yang dok UK nun. Tak rugilah jadi orang yang pertama sampai.
Kak Chik datang juga. Memang menunggu kedatangannya sebab dah rindu.
Sebahagian yang hadir.
Kulaan rupanya kami. Tak tahu pun rupanya Kak Chik Anak saudara Aruah Wak Bolah suami Mak saudara aku Aruah Wak Eju. Dah habis sekolah baru tahu, padahal aku dengan Kak chik satu Dorm dulu.
Makanan macam-macam ada sampaikan dah tak tahu nak makan yang mana satu. Dah dapat berkumpul beramai-ramai berceloteh bersembang bagai nak rak.
Kak Amilah, Kak shikien, Kak fuzie dan Kak Zalina. Semua tak berubah cuma body bertambah sikit je tak banyak dan semakin anggun setelah bertambah usia seiring dengan masa. Kak Milah ni aku memang tak boleh lupa sebab dia pernah jatuh katil dulu masa kat asrama. hahahaha Lepas tu bila dengar dia bercerita rasa nak gelak je sebab dia kata macam nangka busyuk jatuh berdebuk. hahahaha Tetap kelakar macam dulu2 juga. Kecoh sungguh tapi hepey je kan. Senior dengan Junior bergolak ketawa. Tudung Hijau pucuk Pisang tu Kak Norhana Sahar. Cikgu di Tangkak. Tudung Purple Kak Zaidah orang kampung CT Habesah dan sekarang cikgu juga di Sengklang. Kak zaidah cerita shollmate aku Yuslina sekarang bersama suaminya dah jadi business sebab dah ada buka hotel di Melaka. Kak Zaidah ada cakap hotel apa tapi aku dah lupa.
Entah siapa yang bawa kek.
Amboi manjanya anak Kak Noraishah
Bersama Intan Muhzir. Sampai lambat tapi sempat join bersama. Kerja kat Kl dok Ampang agaknya. Dia kahwin dengan Mat Salleh,. Anaknya comel sungguh.
Makanan yang ada banyak tak habis. Jadi bungkus bawa balik. Nasib akak ingat nak bawa beg plastik malahan plastik sampah pun semuanya siap dengan getah lagi. Lengkap sungguh peralatan akak aku.
Semua dah berbungkus jadi acara pun mulai tamat pada pukul 6 petang. Masing-masing bersalaman dan berpelukan sambil membawa bekas makanan masing-masing dan juga berkat makanan kawan yang lain. Silaturahim yang terjalin pada petang tersebut sungguh meriah dan mengujakan. Insyallah jika umur panjang perjumpaan ini dapat diadakan lagi di tahun lain. Apa pun semuanya hepey dapat berjumpa kengkawan lama. Rasanya batch aku cuma aku sorang je. Nampak kat FB yang jawab nak datang Azah Win tapi takde pun. Teringin juga nak jumpa dia. Begitu juga Fareha band gurls junior aku tapi tak nampak pun. Apa pun sepetang di majlis Jejak Kasih tetap dalam memori yang tidak dapat dilupakan. Insyallah semuga silaturahim berpanjangan hendaknya AMIN.
tabikla kat ko..ko masih ingat lg nama2 kakak2 senior kita...aku tk ingat lg, kalau ada pun sorg dua jela....itu maknanya aku dah muda sikit lah dpd ko..hihi...dulu aku bole ingat nama anak2 murid aku wlupun satu kelas 40 org...klu 3 kelas, tiga2 kelas tu aku ingat nama..skrg ni.....aku cuma bole ingat nama 8-10 nama je satu kelas..itupun nama budak2 yg paling nakal ngn paling baik...yg sedang2 semua aku tak ingat..kesian aku ek...
ReplyDeleteHish awatlak... ada juga yg aku lupa jadi bila cabutan no bertuah hah disebut nama terus ingat le. hehehehe.
ReplyDeleteTapi kak zarinah tu memang masa mula2 tu aku tak dpt bayangkan mana satu orgnya sekali bila tenguk gbr lama masa sekolah baru tahu. Dulu sempoi je asyik belajar je lah ni sejak dah belajar kat Obersea terus vogue gitu. Kak chik memang tak berubah langsung. Kak Norhana dan Kak Zaidah pun sama. Kak Milah memang dari dulu tetap meriah je kalau duduk sebelah dia.
Ala aini aku pun sama je mcm ko maklum le kan asyik minum air tertelan semut je tu le psl.
haha...nape telan semut? ko ni lawakla....tak pasal2 semut pulak yg salah.....kih3x
ReplyDeleteSemut kan boleh buat kita lupa. Banyak sgt kat umah sampaikan dalam bekas air kosong pun dia ado menepek. Tu yg agaknya banyak dah tak ingat. hehehehe kejam sungguh salahkan si semut.
ReplyDelete