Thursday, September 22, 2011

Malam Mesra SMSABGS di Hotel Royale Chulan

Pentas utama

  Akhirnya sampai juga hari untuk berjumpa dengan semua warga SMSABGS di kuala Lumpur. Buat julung-julung kalinya alumni SMSABGS dapat diadakan di tempat yang begitu anggun dan ekslusif di Hotel Royale Chulan, Jalan Conlay, KL yang bersebelahan dengan Kompleks Kraft.

   Majlis start pukul 12.30 tapi aku yang sampai lambat. Keluar rumah kununnya janji dengan akak nak ambil pukul 11.30 tapi kul 11.30 baru nak kuar rumah. Sian akak aku tunggu sampai ngantuk-ngantuk. hehehehe Sori sis. Lepas tu kasut warna biru aku pulak dah nak terkopak. Aduhaiiii nak masuk hotel yang klas ni Jah mahu le kang terkopak kasut tengah jalan buat malu kaum je. Haru sungguh aku ni jadi berhenti kat kedai Bata kat bawah tu nasib ada kasut bunga biru. Nak padankan dengan baju warna biru, beg biru kehijauan. Baru padan kan. Mentang-mentang peminat tegar biru. Tapi rasanya tudung warna biru aku tak menonjol sangat. Ala boleh le dah lambat ni terus beli kasut terus pakai dan zoom ke Rawang. Tengah jalan hujan lebat. Sampai kat Rawang dah kul 1.15. Kami pun zoom tapi dek kerana hujan selebat-lebatnya membuatkan aku tak berani bawa laju. Dah le kereta macam ada problem je nak pecut. Sekali sebelum sampai Jalan Tun Razak ada sesuatu yang menyala. Aduhaiiii apa pulak ni. Nak kata minyak kurang aku dah tambah semalam masih banyak lagi. Entah-entah minyak pelincir dah kurang. Hah baru teringat nak servis sebelum raya terlupa dan dah terlajak sebulan lebeh. Dah la cari jalan Conlay terlepas jalan dengan signal minyak pelincir merah je mahu taknya hati aku gundah gulana. Nasib baik masa masuk Jalan Bukit Bintang nampak ada Shell terus je berhenti kat situ. Tanya adik kat kaunter kut ada sesiapa yang boleh tuangkan minyak pelincir sebab selama servis kereta selama ini tak pernahnya aku tenguk mana tempat nak curahkan minyak pelincir. Nasib baik ada pekerjanya yang boleh buatkan. Bila check memang minyak pelincir aku dah kurang. Beli botol kecil dan isi buat sementara sehingga aku buat servis hari Isnin nanti. Sambil tu tanyalah macamana nak ke Hotel Royale Chulan. Rupanya dah nampak bangunannya tapi salah masuk jalan. Terpaksa pusing dan keluar semula Jalan Tun Razak dan masuk jalan yang depan sikit. Akhirnya dengan susah payah kami pun sampai. Nasib baik akak ada bila dah alami situasi rumit macam tu bila ada akak senang sikit. Kalau sorang huh meraung aku nak tanya sapa...hehehe sebenornya kalau sorang pun kdg akal tu pjg je nak call sesapa yang berkenaan. hehehe

  Menjajau juga cari tempat sebab Hotel tu besar rupanya buat kat Tingkat 1. Sampai je majlis dah bermula. Daftar dan bayar sekali Mug yang dah order sebelum tu. Nampak Anifah duduk di meja bersama Rozita dan Ipun. Semua meja dah penuh jadi kami duduk di meja yang terselit sikit di bahagian hadapan dekat dengan pentas.   

Meja Pendaftaran dan Kak Taizah tukang collect duit Mug.

Koir dan bacaan Doa dah bermula semasa kami sibuk buat pendaftaran. Jadi tak lama selepas tu Dato Atikah Adom berucap merasmikan majlis. Bangga anak Muor terutamanya SABGS mendapat anak murid yang berjaya seperti Dato Atikah Adom ni.    
Selepas acara berucap apa lagi tarian zapin pun bermula dengan tunjuk ajar dari Syed Ehsan sebagai pengajarnya. Apa lagi semua pun turun padang berzapin. Seronok.
Tenguk tu Rozita dan Anifah terus je join sama. Aku malulah tak reti sangat nak berjoget. Ambil gambar je.

Macam-macam gaya ada. hehehe enjoy beb
Ni meja VIP.
Sebahagian makanan yang nampak sedapnya.

 Selepas acara tarian zapin dan puas le panaskan diri sekejap jamuan pun bermula. Si Anifah dari meja dengan Ipun beralih pulak kat meja aku. Hahahaha aku dah gelak je sebab muskil kenapa Anifah beralih tempat aku. Kang Ipun kata apa pulaknya. Rupanya nak larikan diri ye Ani.... hehehehe tau sama tahu sudahle ye. Dapat juga berpeluk dengan Rozita yang dah bertahun tak jumpa. Bagus lah dia sekarang dah jadi pensyarah di UITM Sri Iskandar. Last aku jumpa masa ikut kelas PJJ dan jumpa di bilik solat. Masa tu dia dah kerja bahagian IT di UITM. 
Tart yang mengejorkan. Dato Atikah heran tenguk aku dok snap makanan. Orang lain dok ambil makanan aku dok snap sana snap sini. hehehe Dapat jumpa semua geng SMSABGS je dah buat aku kenyang.

Sushi pun ada. Nampak berselera tapi tenguk je dah kenyang sebab aku bukan kaki sushi. Tak masuk tekak pun. hish hish.

Sebahagian daripada pencuci mulut yang memang mengemukkan.
Ni yang aku ambil. Ada lasagna terus je ambil.Makanannya banyak yang emmm camne nak cakap ek terlalu eksklusif sampaikan aku tak lalu nak makan sebab gaya western n Japan style. Tapi teh tarik dia memang sedap. Almaklum le tekak melayu. Alahaiii tak leh masuk majlis ler weiii.
Ni bergambar dengan meja VIP. Sebelah Dato Atikah merupakan ex pengetua kami iaitu Cikgu Zakiah Shuib. Sihat lagi cikgu kan. Rasanya dah lama dia pencen tapi sihat juga.
Ni lah geng batch kita orang hanya 4 org je wakil. Elly yang daftar awal kata nak datang tak nampak muka pun sampai sudah majlis. Ada hal kut.
Yeahh twist time. Sis Kay memang salute abis lah. Dah berumur tapi gelek tetap mantap.
Tenguk tu fuyoooo gempak sungguh.
Bersama Kak Kursiah. Kak kursiah cantik sangat. Bulu mata berkelip2 panjang. hehehe
Selain daripada tarian ada juga cabutan bertuah. Bila di umumkan Cikgu Hashimah pun ada wah aku dah teruja. Rupanya masa joget lagi dia dah turun padang tapi sebab cikgu kurus sikit aku pun tak cam.

Si Anifah makan bersama akak aku.

  Ni Senior yang paling tua dan kiranya Batch pertama yang sedang menerima cabutan nombor bertuah.

    Sebenarnya semua yang hadir di kenakan membawa hadiah untuk cabutan nombor bertuah. Maksudnya kiranya macam bertukar-tukar hadiah. Acara berselang-seli dengan berjoget dimana mula-mula zapin, lepas tu twist, lepas tu sway lepas tu poco-poco. Selain tu di tayangkan slaid berkenaan sejarah dan aktiviti serta bangunan sekolah. Fuh nostalgia sungguh melihat bangunan sekolah.  Tapi acara tarian memang lagi havoc le selain dari penyampaian cabutan nombor bertuah. Malahan lagu sway entah berapa kali main sebab semua dok syiok berjoget. Aku dok perati je sebab kaki kayu hahaha padahal bila muzik berbunyi semua badan dan kaki rasa nak bergoyang. hahahaha control ayu le kununnya. Sambil tu merata mencari cikgu atau sesiapa seniors dan juniors yang aku kenal tuk ambik gambar kenangan. Ya lah dapat jumpa cikgu Hashimah, cikgu Zakiah, Rashidah Sulaiman, Rozita, hah sapa lagi. Rupanya masa tengah makan aku tenguk akak aku dah lesap. Sekali bila dah last masa tenguk gambar yang dah siap print yang berharga sekeping RM5 aku ternampak gambar diaorang berposing kat tepi tangga bolywood hotel. Huh jeles aku tenguk geng akak aku ramai lepas tu kecoh semuanya dan havoc gitu. Posing berbagai ragam. Huhuhu

Ni rasanya tarian sway kut.

         Ni pulak poco-poco. Tenguk tu cikgu Hashimah sentiasa orang yang pertama menyahut seruan untuk bercanda di depan. Caya lah cikgu.  Anifah huh jangan cakaplah. Tak renti tu lepas tu asyik ler mengulang ke bilik air. hahahahaha penangan bersway ke Norkh. hahaha

                       Semua memandang ke pentas melihat para gedikswan SMBAGS bercanda berjoget.

Bersama Rashidah Sulaiman. Cerita punya cerita dia kata kerja kat Ranhill. Emm kena tanya nacha ni kut kenal.

Kakak n Adik  

Bersama Dato Atikah Adom

                                                       Gegar pentas mula-mula sikit.

Lepas tu hah ambik kau macam nak bergegar pentas bila makin ramai dok susun punggung. hahaha Kelakor sungguh adegan ini.

     At last aku pun berjoget sama. hahaha sampaikan akak aku komen kata nak balik sekali dia  tenguk bukan main lagi aku masih berjoget. hahahaha baru nak dapat rentak. Sakan sungguh. Naik syiok pulak. Belakang tu tempat kita orang makan, Dok tersorok di depan pentas tapi geng semeja memang havoc sungguh terutamanya si Hidawati tu. Kecoh sungguh meja kita orang bila part dapat hadiah cabutan bertuah. Rupanya Hidawati lah yang tepek kat FB menceritakan dek teruja sampai bermimpi jumpa Alien lah lepas tu bergusti dengan Alien sebab nak datang ke gathering. Hahaha haru sungguh.
 
   Akhirnya jam sampai ke pukul 6 petang. Majlis berakhir walaupun ada yang macam liat nak balik masih lagi nak bercanda. Bergambar bersama Anifah sebelum kami berpisah. Anifah terus ke JB manakala aku terus hantar akak balik Rawang. Akhirnya pukul 7 malam baru kami keluar dari Hotel dengan perasaan seronok, gembira dan masih terkenang-kenang kenangan manis masa Alumni tersebut. Apa pun ianya tetap menjadi kenangan yang tidak mungkin di lupakan. Semua jenerasi SMSABGS baik cikgu dan anak murid bersatu dan bergembira tanpa ada kelas atau sekatan antara satu sama lain. Semua kira sama dan semuanya candi candi dan gedik-gedik. Ahaks. Oh SMSABGS kau tetap di hati kami kerana kau lah tempat kami menuntut ilmu dan akhirnya menjadi seorang yang berguna pada bangsa dan negara. Amin


6 comments:

  1. amboi...............sakan ko ngn norkh berpesta yek....aku bayangkan je aku ada sama.....ko tak nampak aku, hehe....apa kes ngn ipun sampai norkh tuko meja?

    aku tengok ada plan nak gather lagi kat sab pulak.....rasa2 mcm nak join, tapi kena tanya bos dulu.....silap2 krg ko jadi drebar aku lagi....

    ReplyDelete
  2. noty, aku ingat ko kena cuba warna2 lain gak.....merah ke, biar nampak menyerlah.....haha...aku usik je...dulu aku pun tak reti warna lain, asyik kuning.....skrg ni aku dah pandai sikit sbb kwn2 aku selalu komplen aku tak tukar warna...sesekali tuko warna, kwn2 kata ok......wah, aku bukak fb sabgs, meriah betul dgn komen2 ex-sabgs.....seronoknye...aku tak brp nak kisah sgt gathering kat sab ni...aku lebih minat jumpa kwn2 batch kita dulu, mcm jah, nani, as,masniah dll. hrp2 dptla jumpa diorg suatu hari nanti...

    ReplyDelete
  3. Adalah juga warna lain spt purple, hijau, merah pun ada tapi cam tak sesuai je sebab cam garang sgt. Sebenornya nak melaram baju raya le beb.

    Tu le memang seronok kalau dpt jumpa geng hostel kita kan...tapi ko kena paham masing2 ada komitment mereka jadi dapat jumpa salah seorg 2 3 kerat pun dah rasa best.


    Insyallah...aku la ni cuma teringin nak jumpa Mas ari tu nak gie rumah dia tapi bila call tak dpt. Susah lah kalau org ada banyak no bertukarganti. Mcm aku walaupun 2 tapi sama je

    ReplyDelete
  4. hahahahaha awak mmg notie. Kita dah terbayang ngan kasut biru yang terkopak tu kihkihkih *gelak guling*

    baca di awal n3 nie kita pon ikut rasa senak dan di tengahnya begitu seronok ngan juadah berbagai2 serta 'pentas rongeng' tu. Hati2 berjoget tu, nanti patah pulak tumit kasut biru yg baharu tu.. sayanggg :D

    psssttt cantik baju biru tu, buat tempahan sulam kat tok bonda ka?

    rindu awak xoxo

    ReplyDelete
  5. Seronok betul aku baca coretan ko Noty....Hubby aku pun sempat baca sambil mendengar lagu yg. mendayu2 ni. Dia kata ko memang boleh jadi novelis ...tambahan pula coretan2 ko ada yg. lucu boleh jadi org. ketawa dan ada yg. sedih buat org. menangis....Aku salute kat ko Noty....Aku x de kelebihan mcm. ko...sebab kurang idea nak mengarang...
    Aini....tak pelah kali ni ko x dapat pergi ,sekurang2nya ko dah jumpa akukan! aku gembira dapat jumpa ko...suatu hari nanti kita jumpa ramai2...Pasal aku beralih tpt. tu...bukannya apa...aku low profile...mcm. kekok pula nak join dgn. ahli2 koprat tu...aku harap ko faham....lagi pun aku x puas nak berbual dgn. Noty...

    ReplyDelete
  6. Walaweiiii kak mon...hahaha tu le bila teringat nak beronggeng dgn kasut biru dah terbayang dia ternganga mcm mulut buaya trus le sambar baru.hahahaha tmpt clas gitu...tapi kasut baru jenis takde sandal tu yg rancak berjalan kalau tak gaya catwalk le silap haribulan patah kaki aduhaiiii.

    Norkh....aku kan kawan dgn penulis malahan ada geng ulat buku lagi tu, sikit2 aura novelis depa ter calit le juga. hahahaha padahal aku ni bab merapu meraban memang suka. Nak menulis cerpen ke citer samarinda ke maaf ampun ngak pandei loooo.

    Seronok kan jumpa alumni ari tu. Suka aku ngulang2 tenguk gambar kita.Memang merbelous ler...

    ReplyDelete