Assalamualaikum,
Akhirnya kami sampai ke tasik Dal semula. Naik shikari tapi kali ni kita pusing-pusing dulu ya sebelum balik ke rumah Bot.
Family dari Brunei tersenyum bahgia. Suka tenguk Kak mon dengan Abang Mat. Loving couple gitu.
Kita orang jalan dulu. Mereka yang lain berada di belakang kami. Berlumba-lumba pulaknya.
Shikari berlatar belakangkan rumah bot.
Cantik je shikari bersusun macam tu kan.
Ni dari kamera wan...shikari Kaksu n the geng
eh semua tema merah gitu. Tak sangka
Hah tu dia tenguk lah. Banyak kain dia hamparkan. Aku pandang je sebab tadi dah beli kain pasang. Rasanya tak ada yang beli. Sian dia.
Mungkin warga Kashmir hanya meronda-ronda kawasan agaknya.
Tenguk lah begitu rancak shikari ke sana ke sini dengan pelbagai manusia diatasnya. Samada urusan melancung atau urusan melawat kawasan. Tak tahu aku. Main agak aje. Tapi seronok melihat aktiviti yang berlangsung.
Tenguk tu dari hujung sana banyak pulak shikari yang membawa pelanggan.
Rupanya terdapat kedai jualan juga di tepi-tepi tasik Dal. hah tenguk tu kedai runcit dia.
Tu dia ko Imran provisional store gitu. Agak-agak apa tu ya. Macam rempah ratus berpaket-paket je jualannya.
Hah tu dia leather house. Bagus leather kashmir ni ada yang buatan tangan dan ada yang murah tau. Kena pandai cari dan pandai menawar.
hah tu dia macam-macam Kashmir arts dan Crafts. Cantik pulak beg-beg berjuntai tu. lawo kan.
Tu dia mak ko. Maharaja Art Palace lagi tu. Tak mahu kalah nama kedai.
Kashmir Khadi Village lagi malahan ada factory show room lagi tau.
Tu dia shikari Mr Abdul bersama Maksu Ti dan Azam.
Syiok pulak tenguk shikari kami berderet bersaing bersama. Nun hujung group brunei, lepas tu geng kak su, Maksu ti dan kami sebelahnya.
Tiba-tiba aku nampak tumbuhan kuning tu. Macam mustard tapi bukan kah ianya di ladang-ladang tumbuhnya.
Kami beriringan bersama mengharungi tasik dal sambil melihat alam sekeliling.
Baru menghantar pelanggan agaknya.
eh macam ada kedai perabut je ni siap ada kayu yang telah siap di ketam.
Kami macam di bawa ke satu laluan menghala ke dalam. hah kemana kah gerangan kami di bawa. Jangan takut lah. Kami cuma di bawa pusing-pusing melalui kedai-kedai yang rupanya terdapat banyak di dalam perkampungan Tasik dal ni.
Suasana semakin nak malam. Burung undan pun dah nak balik ke sarang
Warna-warna lampu yang terang didalam kedai menambahkan cantiknya alam sekitar.
Tenguk yang ni cantiknya warna kain biru tu menangkap mata ku. Huhuhu warna royal blue ko... memang aku cari kain warna tu tapi tak jumpa yang berkenan di mata..
Yang ni macam best sikit. Kukuh bangunannya.
Akhirnya selesai lah sessi merayap atas shikari melihat kedai di Tasik dal.
Banyak banyak tempat aku jalan ada juga tempat mee maggi di jual ye. Maggi point lagi tu. Agaknya pi bawa koleh air panas terus tadah maggi. emmm sejuk-sejuk ni sedap makan mee maggi.
Agaknya ada ke penduduk tu tinggal di rumah atau pun tempat mencari makan. Muskil juga. Tapi tak nampak orang keluar dari dalam rumah pun.
Dalam pada tu ada juga kebun sayur walaupun diatas air. Ada nampak kepungan dan didalamnya terdapat sayur-sayur tapi tak pasti sayur apa.
Lalu balik rumah bot yang tadi kita lalu semasa masuk ke pendalaman.
Relaks je pengayuh shikari tu bersantai. Agak-agaknya ada tak yang terjatuh dalam air.
Suasana malam mula menghampiri. Sedikit demi sedikit malam mula menjenguk.
Keindahan malam di Tasik Dal mula menampakkan sinar
Indah sungguh melihat lampu-lampu di rumah bot yang ada. Bersinar-sinar cahayanya.
Bersama sue. Kami bershikari ber 4 iaitu Kak noor, Kak Afza dan Sue. Sue pandai pilih kain. Tenguk dia membelek dah tau kualiti kain tersebut bagus atau tidak malahan pandai menawar harga.
Matahari mula terbenam.
Kita orang pun balik ke rumah Bot. Malam tu lepas makan malam apa lagi lah sessi melihat barang jualan. Semalam kak noor dah beli beg kecil. Kali ni aku pulak nak membeli. Aku beli beg yang kecil 10 dan yang sedang 10.
Yang kecil tu harganya 100 rupe dalam RM 6. dapat beg free 1. Lepas tu yang sedang sikit harganya dalam 200 rupee.
Ok kita sambung lagi
seronoknya naik shikari pusing2 tasik dhal yg luas
ReplyDeleteSeronok kak rupanya banyak kedai kat dalam tu.
Deletesorry wak terkonpius pulak.. delhi kashmir tu bukan negeri lain2 ke? bykan kashmir tu negeri bergolak? delhi tu mew delhi ke apa? huhuhu
ReplyDeleteAla wak ni...nak terkonpius lah pulak. Cam pi melaka dengan Kl je lah. Kashmir ni dalam India tapi banyak Islam penduduknya dan ianya jadi rebutan dengan pakistan. Masa pergi ni dah angin-angin tapi ok lagi. Tu yang banyak askar je dalam kashmir. Delhi tu negeri dan New Delhi tu bandar.
DeleteNice sharing :)
ReplyDeleteThanks
DeleteTukang kayuh shikari tu gerenti pandai berenang, tu yang rile bersidai dekat bot macam tu. Bestnya tengok kak notie naik shikari. Macam filem hindustan dulu-dulu tau
ReplyDeletesyiok sal. Dia kayuh boleh tahan juga laju. Kadang terdetik juga takan le sekali tak pernah terjatuh kan. Tapi air dia sejuk ko.
DeleteTasik Dal sambil kunyah kacang Dal.. Masyukkkk...
ReplyDeleteKena ada tarian bollywood tu baru masyuk
DeleteSeronoknya! Rasa nak datang lagi duduk lama sikit di tasik dal ni.
ReplyDeleteKan rasa macam tak puas je dengan panorama di tasik dal. Mudahan ada rezeki datang lagi. Aamiin. Kali ni nak petik buah lah pulak. hahahahaha
Delete