Wednesday, July 9, 2025

Program Kelestarian di HPJ dan skim TOU

                                

Hospital Putrajaya telah melaksanakan Program Kelestarian bermula tahun 2015. Program Kelestarian telah disokong oleh kerajaan Malaysia bagi menggalakkan penjimatan tenaga dengan memperkenalkan program pengurusan tenaga. Marilah bersama-sama kita mengamalkan langkah-langkah penjimatan tenaga untuk mengurangkan bil elektrik samada di pejabat atau pun di rumah. Pastikan anda mengamalkannya. Ini tanggungjawab kita bersama.

Kredit FB HPJ

Tuesday, July 8, 2025

Sunday, July 6, 2025

Pemenang GiveAway Sempena birthday 2025

 


Assalamualaikum,

Alhamdulillah berjaya juga aku menyelesaikan GA yang paling senang sekali nak selesaikan. hehehehehe Ala hidup ni yang simple-simple je. Kalau kita mudahkan urusan orang Allah mudahkan urusan kita. Dengan jawapan nak je aku dah calunkan no untuk hangpa semua. Mudahkan. 

Friday, July 4, 2025

Giveaway sempena birthday 2025

 


Assalamualaikum,

Sudah masuk bulan Julai. Sekejap je masa berlalu. Kali ni aku nak buat GA lah sempena hari jadi aku. Ada rezeki lebih sikit jadi nak share bersama hangpa semua. 

Tahun 2021 aku pernah buat  hadiah buat pengomen terpantas sempena hari jadi dan hadiahnya hanya untuk 5 orang sahaja.  Kali ini bior ramai yang dapat. Hah 10 ya hadiahnya. 

Wednesday, July 2, 2025

Kenangan piknik potluck di KLCC tahun 2008

Menyambut kepulangan "Duyufurrahman" setelah selesai ibadah Haji

 


Assalamualaikum,

Alhamdulillah anak saudara yang kita hantar rombongan haji telah pun selamat kembali ke tanah air.  Anis sampai di Malaysia pada pukul 6 pagi 22hb Jun.  Masa mula-mula julie up gambo dia kat atas tu. eh betul ke anis tu napa berdua pulak. Rupanya dia menolong makcik yang sebilik dengannya sorongkan bagasi mereka berdua. Tolong ambilkan air zam-zam juga.



Air zam-zam dulu kaunter dia kat dalam entah kali ni letak kat luar pulak. jadi mana yang sudah selesai bawa bagasi masing-masing terpaksa singgah ambil air zam-zam.


Suasana mula meriah. 


Umi anis dah tak sabar nak peluk anaknya.



Alhamdulillah. Menangis kita orang dapat berpelukan dengan Hjh Anisah Salamah.


Keluarga makcik yang sebilik dia pun menunggu. Ramai anak serta kaum kerabatnya menunggu. Makcik tu dari Kapar Klang. Kata kak nong tenguk muka macam ada iras orang jawa tapi tak berani nak speaking jowo. hehehe 


Berpelukan melepas rindu dan juga semuga ada keberkatan dari jemaah haji yang baru kembali dari Mekah.


2 keluarga bergabung. Yang belakang tu saudara mara makcik tu. Ramai. Kita orang pun tak ramai yang dapat hadir menjemput Anis.

Selesai semua terus kita orang ke Masjid di Movinpick. Masih lagi subuh jadi semuanya solat kat Masjid tersebut lah. 


Lepas tu piknik makan sarapan di port tempat biasa yang kita orang selalu lepak kalau pi sini.



Kak nong bawa rendang ayam dengan nasi himpit. Kak jal masak sambal tumis. Dengan sambal goreng kicap. Lepas tu aku bawa ayam goreng dengan nugget.  Layan dengan nasi. Kak nora bawa buah tembikai. Semasa memotongnya aku dah terbau harum manis tembikai di tangga masjid. Manis rasa buahnya. Julie bawa papaya. Jaja bawa kuih marble. Kak nong bawa air mata kucing. Kak jal buat teh tarik. Makan ramai-ramai sedap. Bila tak habis masing-masing bawa sikit bawa balik. Kut tengah jalan boleh makan lagi.



Sebelum bersurai posing dulu ramai-ramai. Alhamdulillah Hjh Nor Anisah Salamah telah selamat bertemu abi dan uminya. Syukur Allah permudahkan perjalanan hajinya. Mudahan tahun hadapan Allah rezekikan aku menjadi Duyufurrahman sebelum aku pencen. Aamiin. Doakan ya .