Assalamualaikum,
Audit dokumentasi ni memang selalu kena buat. Ini bagi menentukan koding yang kita buat betul sebab ada orang lain yang akan menyemaknya.
Kali ini IKN menjemput staff Rekod di HPJ untuk buat audit koding diagnosis dia. Jadi selama 3 hari lah kami berkampung kat bilik IT dia.
Semalam aku, Pn Hanim dan Pn Eva yang pergi dulu buat koding. Oleh kerasa sessi pagi doktor-doktor IKN buat verifikasi diagnosis jadi kami yang rekod untuk audit koding terpaksa buat petangnya. Oleh kerana sample sebanyak 360 seorang memang tak habis lah sepetang tu je. Jadi hari ni nak sambung lagi.
Contoh sample yang kami kene koding kod ICD 10. Sebenarnya KKM dah mengunakan ICD 11 tapi sebab kita orang hospital IT belum lagi tukar sebab memerlukan duit yang banyak kalau nak revamp ke sistem lain. Sekarang ni buat ICD 10 tapi selepas tu convert dalam sistem SMRP ICD 11. Hah dapat data dalam ICD 11.
SMRP adalah Sistem Maklumat Rawatan Pesakit bagi kemasukan data pesakit Dalam Hospital KKM juga statistik yang lain. Manakala ICD tu adalah International Clasification Diseases version 10 dan di upgrade ke version 11. ICD 11 ni WHO yang keluarkan. Jadi data kita memang international koding le. Kalau tak nanti kita kod lain orang lain kod lain bila nak buat perbandingan Malaysia kod lain Indonesia kod lain. Hah camtu data kita tak sesuai lah jika nak buat perbandingan dengan negara lain. Apa pun memang dengan WHO lah guide line kita orang.
Hah tenguk le tu kamus tebal yang menjadi buku rujukan kami. Tak jumpa kod yang di cari kita cari pakcik google pulak atau semak dalam sistem koding WHO punya.
Ok lah aku nak pi IKN ni nak sambung kerja koding lagi.
Geng KKM juga...semoga tak seteress lah...good luck
ReplyDeleteDia yang stress tu napa tak habis-habis koding. hehehehe
Deletepaling seram kalau audit datang....all best utk kak notie dan team 🎀🌷
ReplyDeleteKalau orang lain yang audit kita memang seram sejuk. Tapi ni kita yang jadi auditor...ok je.
DeleteApakah yang itu hospital cancer?
ReplyDeleteYa Institut Kanser Negara memang khas untuk pesakit Cancer.
Deleteadududu rasa nak muntah mengadap koding ni.. moga dipermudahkan urusan sis notie aminnnn..
ReplyDelete*hadiah kain pasang dari sis notie dah terima! penghargaan buat sis notie! :)
https://ana-mizu.blogspot.com/2025/07/jom-lompat-hadiah-dari-sahabat-blog.html
Koding ni hari-hari kena buat. Dah tugas. Alhamdulillah dah sampai. Enjoy ya
DeleteSabar lah hadapi dugaan..... Moga baik baik saja
ReplyDeleteDah kerja kan buat yang terbaik
Deletewah bz bnyak kerja tu
ReplyDeleteAntara tugas yang kami kena buat sis
DeleteAlhamdulillah, rajin kerja pasti berkat...inshaAllah
ReplyDeleteTerima kasih cikgu. Insya Allah niat tugas kerana Allah SWT
Deletesaya suka kerja masukkan dokumentasi dan database, walau banyak tapi tenang
ReplyDeleteKerja ni ok tapi stress bila dateline dah sampai tapi tak habis2. huhuhu
DeleteAll the best Kak Notie....
ReplyDelete3 hari dengan 600 lebih sample selesai kami buat audit. Team Rekod semua bekerjasama.
DeleteSelamat menjalankan tugas...
ReplyDeleteAlhamdulillah tugas telah selesai. Terima kasih PH
DeleteSelamat mengaudit! Jangan lupa rehat mata dan minum kopi juga
ReplyDelete