Tuesday, July 8, 2025

Kawasan Gempa bumi sekeliling kita

 


Assalamualaikum,

Rasanya gambar ni aku ambil di facebook . Bila tenguk warna merah warna oren sekeliling negara Malaysia YA Allah syukur sangat jadi rakyat Malaysia. Tu pun bila gempa bumi melanda Sumatera je pun dah rasa macam apa belum lagi kalau gempa teruk.

Masa kat pejabat lama pernah alami  masa gempa di sumatera putrajaya yang rasa bergoyang . Itu baru rasa sipi je tau kita dah rasa pening lah rasa bergoyang pejabat lah belum lagi yang betul-betul kena gempa bumi. YA Allah dijauhkan lah hendaknya.

Alangkan baru kena tempias tsunami je dah ramai kehilangan nyawa walaupun yang gempa teruk di Padang Indonesia.

Mudahan kita dijauhkan lah dari musibah bencana bumi macam tu. Tapi yang selalu terjadi adalah kesilapan manusia yang memandu secara merbahaya. Musibah kehilangan nyawa disebabkan kemalangan bas dan kereta rasanya lagi banyak yang kita kena tempuhi.  

Dulu masa aku di tawarkan kursus pendek di Hanoi bersama Pegawai Perpustakaan KKM, bila cerita pasal orang malaysia yang selalu memandu laju menjadi bualan kami dengan peserta dari Brunei. Pegawai Perpustakaan Brunei tu macam memandang sinis dan katanya Malaysia terkenal dengan kemalangan kematian yang tinggi di negara Asean. Masa tu aku tak boleh nak kata apa. Nak bangkang dan tepis pun dah memang orang Malaysia suka merempit dan memandu laju. Jadi terima aje lah bila negara lain kutuk kita. Nak jawab lebih pun aku takde bukti nak tunjuukan tapin dalam hati memang bersetuju dengan kata-kata Pegawai tersebut.

Jadi semuga kita berhati-hati di jalan raya dan bersyukur selalu atas nikmat yang Allah berikan pada waktu ini walaupun harga barang semakin naik. Opssss 

24 comments:

  1. Teringat masa belahar Geografi di sekolah tentang Lingkaran Api Pasifik. Syukur Alhamdulillah, kedudukan negara kita jauh juga dari kawasan berisiko gempa bumi.
    Betul Notie. Kebantajan gaya pemanduan di negara kita memang banyak mengundang petaka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu-dulu seronok kan belajar geografi. Tu lah tenguk peta je dah nampak warna berbeza. Malu tau bila orang dari negara lain komen macam tu walaupun ianya betul. Nak buat camno dah peel depa lagu tu.

      Delete
  2. mujur Malaysia xberada dlm lingkaran api gempa tapi masalah lain lingkar keliling kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang rakyat malaysia ni tak tahu bersyukur. Kalau di bandingkan negara palestin alhamdulillah banyak nikmat yang Allah beri. Tu pun tak puas hati. Semangat patriotik dalam diri sudah semakin nak pupus rasanya.

      Delete
  3. Seriau bila baca pasal gempa bumi ni... Negara jiran semua aktif Philippines, Indonesia dan Myanmar.. semoga kita dijauhkan dari musibah gempa bumi ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Masih terbayang lagi kesan gempa bumi di padang Indonesia masa kita orang pi Padang dulu.

      Delete
  4. Kalau bab laju memang orang Malaysia tak nak kalah... Huhuhu.... Nak marah tapi memang betul pun huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perbualan tu up bila menengok kesesakan lalu lintas di hanoi yang penuh dengan kereta dan motorsikal. Simpang 4 takkde traffik light tapi kita orang boleh melaluinya walaupun sesak dia orang bagi kami jalan walaupun lambat tapi akhirnya boleh lepas keluar simpang.

      Delete
  5. Kalau berlaku di negara jiran, tempiasnya kita mendapat juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu yang kadang risau juga tapi nak buat macamana. Kita sebagai jiran pun salin tolong bantu membantu

      Delete
  6. Kita ini memang beruntung duduk di Malaysia.. Syukur sangat..
    Tapi tu lah, bab kemalangan tu memang tak boleh dinafikan.. huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semuga dijauhkan lah dari menimpa ke atas diri kita serta keluarga kita kan sha.

      Delete
  7. bersyukur di Malaysia selalu jauh dgn hal-hal gempa ni.. tp tu lah hal kemalangan pulak hurmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak yang geram tu kalau merempit menyebabkan orang lain meninggal dunia. Ko nak rempit pi lah litar lumba tu baru trilll ni tengah highway lah pulak lepas tu terbabas kena orang yang tidak berdosa. Hishhh geram sungguh

      Delete
  8. Memang bersyukur, sebab tinggal di Malaysia.
    Cuma sikap sesetengah orang kita je, kena ubah sikit, semasa memandu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang kita dah memandu secara selamat tapi orang lain buat hal tak memasal terbabit. Dijauhkan lah

      Delete
  9. Bila agaknya SA kat office rasa bergorang x sampai 1 minit...ingat macam vertigo...tapi dengarnya ada gegaran...risau betul la kalau ada berlaku gempa bumi kat mana- mana walau x kena kat Malaysia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Area lembah klang kan banyak bangunan tinggi hah memang terasa le gegarannya

      Delete
  10. seram tengok merah-mrah tu...moga dijauhkanlah kita dari malapetaka. Tang eksiden tu semakin menjadi-jadi teruknya skrg....sedih setiap hari mesti ada korban kemalangan ...cara pemanduan skrg pun menyeramkan, jenis cucuk-cucuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pemandu Malaysia ni kadang sakit jiwa agaknya. Suka sangat jadi samseng jalanan. Kalau jenis cucuk ni kadang geram je apa lagi kalau lori atau bas. Rasa nak berhenti je tanya napa awak buat camtu kat akak tapi emm takut. Nanti dia sondol lagi haru akak oooo dia besor kita ni cinonit je.

      Delete
  11. Malaysia mmng negara bertuah, terlindung dari lingkaran api pasifik. Tapi, kadar kematian tinggi sebab kemalangan kenderaan lah pulak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu musibah buatan tangan manusia masalahnya orang lain yang buat onar orang tak bersalah yang mati. aduhaiiii

      Delete
  12. Dulu masa gempa tsunami, kami ingat katil kena goyang ngan hantu .. keras kejung duk atas katil takut punya pasal. Rupanya esok baru tau tsunami. 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha hantu tak payah tunggu tsunami hari2 pun boleh dia kacau.

      Delete