Assalamualaikum,
Baru-baru ni kan aku Pemenang top komentator august 2025 di Blog Suria Amanda. Hah ni nak habak le hadiah sudah terima.
Alhamdulillah hadiah SA aka Suria Amanda sampai petang khamis sebelum aku cuti ke pantai timur. Kata SA hadiah dia lalu highway. Hah memang le lalu highway semenanjung copek jo sampai. Hadiah aku naik belon nun dari Vietnam. Tu yang lambat sampai. Apa pun syukur semua sudah terima. Semuga semuanya bergembira di hari raya. eh opss sasul lah pulak.
Cantik kan bekas dia comel sangat. Kata SA dia pilih corak tulip. Aku pulak tak kisah tulip ko rose ko orkid ko..... janji orang hadiah. Orang perempuan ni biasanya memang suka bunga. Apa lagi dalam hati penuh taman munge-munge. hehehehe
Sekali aku tayang gambar bunga tulip fresh dari ladang.
Bunga Tulip Merah sangat mak ngah. hehehe
Apa pun terima kasih ler SA. Semuga Allah limpahkan rezeki melimpah ruah kerana menjaga PZ dan semuga kebahagiaan berkekalan sempena Hari Aniversary yang ke 2. Love uolssss muah muah muah.
Wah, bolehlah isi lauk, dari microwave terus ke meja ni. Tiga mangkuk ngam untuk gulai, sayur dan sambal belacan tu, Notie, hihihi.
ReplyDeleteMacam-macam boleh buat tu.
DeleteTahniah!
ReplyDeleteBetullah kita org pompuan ni, dapat hadiah apa pun sukalah nak2 yang function macam bekas ni...dan telekung hikhik :D
Lagi lah kalau pinggan mangkuk bagai emm panjang akal nak buat apa
Deletetahniah.. menarik hadiah dari SA , rezeki dik :)
ReplyDeleteAlhamdulillah
DeleteSelamat menggunakan hadiah tersebut.
ReplyDeleteNi kalau buat makan-makan comel je kan
Deletealhamdulillah tahniah notie tahniah limpah rezeki
ReplyDeleteTerima kasih sis
Deletewahh tahniahh... ada eh blogger bagi hadiah..best jugak tue...
ReplyDeleteAda je. Selalu lah add kawan baru dan blog walking. Tambah kawan dan tambah ukhwah sesama blogger
Deletedekat mana lokasi bunga tulip tuee...cantik..
ReplyDeleteOh yang tu masa travel pi Kashmir. Pi Taman bunga dan kebetulan tulip sedang mekar
Deletesukanya dapat bekas yang ada anak2 macamni!
ReplyDeleteAnak bersusun 3. cute kan
DeleteAlhamdulillah selamat sampai hadiahnya...jeles akak tayang gambar tulip ori...SA masih demam..kul 5am SA mandi rasa badan macam berapi panasnya..kul 6am mandi lagi...x leh jadi..sambung lagi MC...
ReplyDeleteSemuga cepat sihat ye SA. Kalau teruk pi jumpa doktor. Insya Allah ada rezeki pi honeymoon di taman tulip nanti. Aamiin
Deletewaahh.. cantik hadiah kak notie.. lagi pulak corak bunga2.. ^^
ReplyDeleteKan. Dalam hati kita penuh munge2
DeleteCantik, bekas makanan ada 3. Tahniah, kak Notie. 👏
ReplyDeleteComel kan. Terima kasih
Deleteawek yang dengan bunga tulip tu kalau senyum lagi ngam...
ReplyDeleteAmboiiiiii
Delete