Assalamualaikum,
11.9.2025 - 13.9.2025
Trip Kecil Keluarga Bakri ke Kelantan - Terengganu
Bermula dari Tangkak
Gerak jam 11.30mlm
Menuju ke Kelantan lalu Muadzam Shah
Berhenti solat subuh di Hentian Rehat Ajil
Sarapan di area, Setiu
Terus menuju ke Bandar Kota Bharu
Singgah Masjid Mahmodiah utk refresh badan sebelum pegi ke Pasar Siti Khadijah.
Ada yg amek peluang masuk ke Istana Lama sebab ada Pameran Tekstail Diraja sepanjang cuti sekolah. Katanya Istana Lama ni buka hanya 2 kali setahun je kepada awam.
Sesiap belanja, menuju ke Kampung Laut..
Selesai beli serunding..
Kami singgah solat jamak di Masjid Kampung Laut..
Assalamualaikum,
Alhamdulillah akhirnya percutian keluarga Bakri dapat di jalankan dengan jayanya. Tapi tu lah pada saat akhir dapat tukar bas untuk 40 orang walhal ahli yang nak jalan seramai 26 orang sahaja dan last minit pulak chief travel Kak nong tidak dapat join sebab abang Berahim tidak sihat. Jadi Julie lah yang jadi chief. Tukang deal dengan driver dan bagi makluman pada semua agenda yang di aturkan.
Perjalanan kami akan bermula di Tangkak di rumah Kak jal sebab memudahkan laluan ke Segamat. Mula-mula kena kumpul kat merlimau tempat bas di tempatkan. Sekali bila ramai yang dari Johor dan senang nak kumpul akhirnya tukar ke Tangkak.
Kat Tangkak makan malam Kak Jal sediakan. Layan nasi dengan kari ayam dan sayur campur. Lepas tu aku pulak masak sambal goreng soohon untuk tambahan bekal. Kak jal juga sediakan ketupat segera dengan sambal tumis. Manakala kak Nong yang sepatutnya bawa rendang telah meminta tolong menantunya Mar buatkan rendang. Ni menu kami untuk sarapan di Kota Bharu pada mulanya. Tapi bila dah lambat dan jem semuanya tukar agenda.
Masing-masing risau juga sebab banyak jalan dah mula jem walhal hari Jumaat tu last day sekolah sebelum cuti. Wani dan anaknya dari Taiping. Habis sekolah je zoom terus ke Tangkak. Famili Jol juga sama kena tunggu Faris balik sekolah baru boleh memulakan perjalanan dari Batu Pahat ke Tangkak.
Julie yang masih bekerja pun sama. Aku pulak awal lagi dah cuti sebab nak mengelakkan jem bila balik Tangkak. Kak norra dan famili dari Rawang. Azlee pulak tak pe sebab dekat je kat Asahan.
Keluarga brunei dah seminggu sampai selepas pi langkawi makan angin dulu.
Sepatutnya pukul 9 kita orang mula bergerak sekali basnya rupanya ada hantar orang dan terpaksa tunda waktu ke pukul 10 malam. Mana taknya dari KL turun ke melaka lepas tu ke muar sebelum datang ke Tangkak.
Nasib baik semuanya sampai sebelum pukul 9. Jadi mana yang sampai dulu makan malam dulu lah. Ada yang tumpang solat dan sebagainya. Masing masing pun dah tak sabar nak berjalan naik bas ni.
Oleh kerana bas lambat lagi jadi layan tv dulu.
Lepas tu bila kata tunda ke pukul 10 masing-masing dah tak sabar. Bila kata bas kat muar dan nak sampai tangkak barulah kami keluar.
Masing-masing dah tak sabar. Mana ni bas dah sampai belum.
Akhirnya yeh bas sampai. jom cepat-cepat naik.
Bas sampai dalam pukul 11.30 malam.
Rombongan cik kiah.
Dah lama tak naik bas ramai-ramai bersama famili macam ni. Kali akhir dulu rombongan ke langkawi.
Perjalanan diteruskan melalui Segamat. Katanya berhenti kat Muadzam emm masing-masing sudah lena panjang dalam bas. Sedar juga bila bas berhenti kat stesyen minyak tapi sebab malam tak nampak le kat mana.
Akhirnya pukul 6 pagi sampai di R n R Ajil Terengganu. Turun untuk solat subuh. Apa lagi menderu lah kami ke bilik air. Masuk je perghhh ramai orang. Masa lalu highway pun nampak kenderaan banyak dan jalan jem sebab dah mula cuti sekolah. Jalan jem termasuk le kami yang menjemkan jalan sebab ramai nak ke pantai Timur.
Bilik air pun penuh sebab ada yang mandi. Kita orang cuma buang air kecil dan lepas tu cepat2 solat Subuh. Ramai orang kan jadi bersabar le.
R N R Ajil Terengganu
Banyak kenderaan nak ke pantai timur
Semuga cuaca cerah le hendaknya.
Selepas berhenti di Rn R Ajil kita orang teruskan perjalanan menuju ke Kota Bharu.
Kat area Setiu rasanya singgah sarapan di sini.
Pukul 9 lebih masakan tengahari dah siap. Macam-macam ada.
Bestnya buat rombongan mcm ni...
ReplyDeleteSesekali boleh le. kalau tiap tahun kopak....hehehehe
DeleteBestnya rombongan naik bas. Lama tak naik bas.
ReplyDeleteSeronok sebab dapat kumpul ramai-ramai dalam satu bas
Deletekeluarga bersatu sonok berombongan jalan2 coti
ReplyDeleteSenang sis satu bas. kalau naik kereta takut aku tunggu ko ko tunggu aku. Habis masa kat jalan je nanti
DeleteAduhai bestnya rombongan keluarga macam ni ❤️
ReplyDeleteSeronok
Deletebest pi rombongan macam ni.. keluarga ramai-ramai naik bas, biasa konvoi kenderaan masing2... nak try buat jugalah insyaAllah
ReplyDeleteBuat lah cuba tanya bas ekspress boleh tak sewa bas untuk private trip.
DeleteSerunyaaa, memang sukaaaa lah kak kalau bisa jalan ramai dengan keluarga seperti ini. Bukan mudah tahu. 😅. Mengumpulkan semua dan mencocokan waktu cuti, susaaah.
ReplyDeleteJadi bus disewa khusus yaa. Berharap bisa juga lah saya jalan ramai dengan keluarga ❤️
Memang susah nak cari bas lagi hotel lagi tapi bab ni kakak yang uruskan. Kita tinggal bayar duit dan bawa duit shopping serta makan je.
Deletetudiaa sewa satu bas terus! mesti ada sesi karaoke ni
ReplyDeleteseronoknya tengok!
Takde sessi karok tapi driver bas pasang lagu rock kapak dolu2 emmm layan je lah sebab sedap2 lagu rock kapak dolu2 ni.
DeleteBest jugak sewa bas utk sefamili mcm ni... kena ada mastermind semua mcm ni, nk atur itenary lagi, penginapan, mkn, semua kena ada AJK lah kan
ReplyDeleteTu lah mastermindnya tiba-tiba tak dapat join tapi agenda kena diteruskan juga sebab semua dah siap nak jalan
Deletemeriah tu rombongan penuh 1 bas tu...sedap tu sup campur ada mcm2 tu especially perut & urat keting
ReplyDeleteMemang meriah tapi sebab malam semua pun senyap ngorok. hehehehe
DeleteBestnya dapat berkumpul ahli keluarga sampai satu bas.
ReplyDeleteYa Wak.Susah nak kumpul macam ni
DeleteTak pernah ada rombongan macam ni dikalangan keluarga, kalau ada kan best...
ReplyDeleteKena pakat elok2 dan cari tarikh yang sesuai. Kita orang sebab ramai tu yang buat naik bas je senang semua himpun. Tapi jenuh juga nak buat
DeleteWah, bestnya. Sy teringin nak buat rombongan keluarga naik bas macam ni. Senang la tu kalau ramai dari Johor berkumpul di Tangkak. Ni kira ikut Segamat la kan nak ke Bandar Muadzam tu, ke salah?
ReplyDeleteBaru tahu muzium tu buka dua kali jer setahun. Patut nampak macam tak pernah buka, sunyi jer kalau lalu situ. PSK jer la tak pernah tak meriah.
Haah katanya masuk highway apa tah hehehehe lupa nama
DeleteSedapnya sup campur tu Notie. Segeerrr!
ReplyDeleteTu lah lupa nak suruh dia panaskan sikit. Macam dah sejuk je
Deleteseronok jalan ramai2 ni...tapi takat ni belum lagi dorang plan nak naik bas beramai2
ReplyDeleteKalau plan tempat jauh mungkin kut buat rombongan cik kiah cam kita orang
Delete