Friday, June 12, 2026

3 Pit Stop sebelum sampai Kampung

 


Pit stop Pertama: Gadek Nursery

Assalamualaikum,

Setelah Check Out daripada Gadek Hotspring  hah apa lagi kakak-kakak ku menerjah nursery yang berhampiran, Kak nong dah pernah pergi jadi dia yang tunjukkan jalan.  Sampai je di nusery nampak kereta Yazed pun ada juga. Kata Kaknong Yazed pun nak cari pokok juga. Kat sini Kak nong dan Kak Jal yang turun.

Tapi nampaknya pokok yang di cari oleh Kak jal tidak di temui. Jadi tanya lah tokeh nursery tu. Dia kata kalau yang jual pokok nenas aka Bromeliad tu boleh cari kat Gadek area Tampin. Hah apa lagi guna waze kita orang pun mencari lah nursery yang di hajati.


Ni hasil tuaian Kak nong. Kata Kak nong pokok ni Kak Limah biras dia yang suruh belikan. 


Masa dalam perjalanan selepas pit stop pertama tu menuju pit stop kedua, aku ada ternampak warna kuning di tepi jalan. Bila aku tenguk wahhhhh banyaknya pisang warna kuning dah masak ranum. Oleh kerana kedai belah kanan jadi pandang je dulu. Tuju tempat yang di cari dahulu sebelum nanti cari balik. Teruja pulak tenguk pisang bergantungan tepi jalan. Masak-masak semuanya.


Pit Stop Ke 2: Gadek Nursery Horticulture

Pusing punya pusing sampaikan kat Pulau Sebang nampak le laluan ETS di stesyen tersebut. Mula-mula tersalah jalan sebab Mem waze tu slang minah saleh yang sukar buat kami faham, sekali terlajak ke depan. Rupanya jalan ke Pasar. Pusing balik nampak pasar selepas tu ada Hotel. Sekali kat traffik light nampak le nursery yang kami cari tu. Alhamdulillah sampai juga.

Betul lah kata tokeh bunga yang mula-mula kami pergi tu katanya Nursery tu depan hotel dan ada Traffik light. 


Banyak bunga-bunga tu. Banyak juga orang berhenti nak beli bunga. Kak Nong dan Kak jal bila sampai je terus menonong. Kat sini rasanya lagi banyak pilihan.


Lawa-lawa kan. Berwarna warni. Kat Nursery di Melaka mahal. 


Deretan bunga nenas yang pelbagai jenis. Murah tau. 


Kat dalam tu lagi banyak tapi aku tak masuk le. Kak nong dan Kak Jal je yang begitu lama membelek tak habis-habis sebab banyak pilihan. Lagi pun aku temankan Kak limah. 


Yang gantung atas tu pun cantik-cantik. Kata kak Jal ada yang harga Rm5 je sepokok. Yang ni dah besar sikit Rm10. Tu kira murah tau kalau yang nursery kat Melaka yang kami singgah tenguk emm mahal-mahal.  Yang besar lagi mahal. 


Kat dalam tu lagi banyak. Kak Jal udah rambang mata nak rembat yang mana satu.


                             Hah tu dia Kak Jal sudah borong. Muka sudah hepey dapat pokok yang dihajati.

Lama juga kami berhenti di Pit Stop yang ke dua ni layan Kak Jal dan Kak nong cari pokok bunga.


Pit stop ke tiga - Gerai pisang tepi jalan.

Masa sampai sini carilah parking yang sesuai almaklumle tepi jalan kan. Tapi masa lalu depan dia Kak Limah sudah perasan ada kerepek pisang. Dia terus bagi duit belikan. Kerepek pisang tu sepaket besar Rm10. Kak limah bagi RM 50 jadi 5 paket aku belikan Kak Limah. Memang sedap kerepek pisang yang aku belikan Kak limah. Rangup dan nipis potongannya.

Kak nong dan Kak Jal turun je aku dah tak nampak mereka ke mana. Dalam hati eh Kak Jal dan Kak nong pi tenguk apa. Aku pulak sudah tidak keruan tenguk macam-macam jenis pisang. Rupanya kat belakang tu ada nursery orkid...ooooo patutle kakak-kakak aku sudah lesap rupanya pi jenguk kat belakang.  



Geram je tenguk himpunan pisang yang macam-macam ni.



Pisang Nipah dia besar sisirnya. Beli sesisir. Mangga ada macam-macam jenis. Beli 3 kilo rm20 rasanya, Campur-campur jenisnya. 


Pisang 40 hari. Boleh jenguk rumah Wak Warisan Petani ada dia tanam pokok pisang tersebut.Geram aku tenguk. Beli setandan. Beli yang dalam mangkuk 1 boleh buat cekodok nanti. Pisang dia dah masak sangat tersenggul sikit je terus dia lerai jatuh.



Kedai Jualan dia tepi jalan je tapi tandan pisang dia banyak. Rupanya selain daripada kami ada juga orang lain berhenti sama macam kami sebab terpesona melihat pisang bergantungan dengan banyaknya.


Bonet sudah penuh dengan macam-macam belian. hahahahaha mendak bonetnya. Tu bunga orked Kak jal beli. Kata Kak jal orkednya murah. Ni pakkal le bonet sudah penuh kalau tak emm lagi banyak dia borong. Nanti beli banyak pokok rosak sayang le duit oiiiii. Dapat sepokok cukup le. Sudah ada ura-ura nak pergi lagi lain kali. Aduhaiiiiii kakak-kakak aku niiiiii.


Seat belakang pun sama. Tak cukup kat bonet hah atas pangkuan Kak Limah. Kak Limah borong kerepek pisang dia sampai 5 paket.  Tapi sedap kerepeknya. Nipis je kerepeknya. 



Beli setandan pisang 40 hari. Yang kelakornya letak je dalam kereta atas pangkuan Kak Limah terus pisangnya lerai semuanya dari tandannya. Dah masak kan bila kena sentuh je terus berderai dari tandan.


Kak jal beli pokok orkid.


Hah tu dia. Seorang sepokok orkednya. Muka sudah senyum dapat bunga orked.


Hah tenguk mangga dia. Cantik-cantik warnanya. Buah pisang nipah atau abu tenguk le besar sisirnya.



Hah tenguk le pasenger belakang. Penuh. Bunga lagi ,pisang lagi , kerepek pisang lagi. hahahahahaha

Hah dah jom balik Muo. eh hantar Kak nong kat rumah dia . Sampai rumah kak nong semuanya udah lapar. Kak nong masak maggi tomyam. Itu lunch kami tengahari tersebut. Duit udah habis borong bunga. hehehehe 

24 comments:

  1. Wahhh..Meriah ni..Smp ke seat depan pun ada pokok =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib tak naik atas bumbung kereta. hehehe

      Delete
  2. Banyak pitstop nursery tu. Senyum lebar dapat pokok yang dihajati.

    ReplyDelete
  3. PEMINAT BUNGA TENGOK BUNGA MMG XLEPAS NK JALAN SELAGI XBELI

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu sis. Takde duit pun tiber je ada duit.

      Delete
  4. Tu dia, pakat shopping noh... Seronok tengok macam² yg diborong tu. Nak kurangkan muatan tu pakat makan la sorang sikit kerepek & pisang 40 hari tu hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pisang tu sedap makan gitu je. Keluarga yang lain pakat geleng pala tenguk penuh semuanya.

      Delete
  5. Seronok bila tengok kakak-kakak bahagia dengan apa yang mereka dapat.
    ooo ada nama Pisang 40 Hari. Ingatkan Pisang Emas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada pi rumah Wak warisan petani dia ada bagitahu apa itu pisang 40 hari

      Delete
  6. Happynya melihat anda, pergi ke tempat2 ni saya suka..green hand..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terapi minda cikgu bila pergi tempat munge-munge berkembang.

      Delete
  7. Saya baca entri ni sambil tersenyum. Tumpang happy, bila tengok nursery ada jual macam-macam pokok bunga, saya pun suka juga. Pencinta pokok bunga. 🥰

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nursery murah hah memang port kami singgah le

      Delete
  8. Penuh kereta, hehehe. Comel juga nama Pisang 40 Hari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab dia masak dengan cepat. Sedap pisang tu

      Delete
  9. murah kak pokok tu... linda ni masa duduk Melaka idak pula tahu ada nursery tu (sebab takde tanam pokok), kalau tahu, memang belikan untuk mak..bukan jauh mana pun dari Sg Udang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita orang kalau nampak nursery kadang singgah. Kalau mahal emm idakle lagi pergi.

      Delete
  10. Ni kalo jalan2 membeli belah mcm ni mau kena bawa lori...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha tu pun nasib baik tak beli tanah kalau tak huhuhu tak tahu mana nak sumbat

      Delete
  11. Kalau pergi nursery macam tak jumpa jalan balik kadang tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa lagi tenguk bunga berkembang. Geram semuanya

      Delete
  12. saat lihat aneka bunga, saya sukaaaaaa ^o^.. tp saat lihat aneka pisang dan buah, lebiiiih sukaaa. inilah yg bisa beli kalap kalau ketemu hahahahaha... memang nampak sedaaaap pisang2nya ya kak.. langsung etrbayang goreng pisang makan panas2 dengan kopi :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah masa mula2 pandang pun dah tidak keruan bila depan mata rasa nak borong semua. Itu belum lagi musim buah

      Delete