Thursday, June 11, 2026

Menghantar Bakal Haji lagi - siaran tertunda


Julie tolong pakaikan gelang tangan special jemaah haji. Nasib baik ada julie yang setiap kali jadi kita orang punya assistant bagi jemaah haji keluarga bila nak menunaikan ibadah Haji. 


Assalamualaikum,

Hari Raya Aidil Adha sudah habis dan Jemaah haji pun dah balik Malaysia tapi aku baru nak up ceita. Jadi kiranya ni siaran tertunda lah ye. hahahahaha

OK sebelum tu aku kan cerita anak Kak Limah 2 orang di jemput menunaikan ibadah Haji. Yang pertama anak yang Tua semasa menghantar bakal haji di kompleks Haji Movenpick. Selang beberapa hari iaitu pada 6hb 5 2026 pulak si adik iaitu anak no 2. Kali ni pendaftaran pukul 11 pagi. Jadi pagi tu terus je jumpa di tempat pendaftaran Jemaah Haji. 

Kali ni ya Allah ramainya sampaikan nak jalan susah sebab ada jemaah haji yang bentang tikar bersama famili di kiri kanan tempat masuk pendaftaran. Masa ni pelik je kenapa ramai sangat lepas tu ada jemaah yang relaks je bersama keluarga. Manakala kami pulak memang Had dan Ijan kelam- kabut juga lah. Nasib baik ada julie yang tolong uruskan bila dapat barangan semasa pendaftaran nama. 

Yang ni memang kelam-kabut juga sebab nak pakai gelang tangan. Lepas tu baru dapat stiker bilik lah dan macam-macam lagi barangan yang baru dapat. Kalau tidak biasa memang pening sikit. Stiker nak tampal mana, tag nama lagi , beg kecil lagi hish macam-macam le.       





Hah ni semua benda penting bila terima nak kena buat camne.



Har dan Ijan satu famili. Syazwan nak yang tua lah yang akan menjaga adik-adiknya. 




Sebelum masuk Har dan Ijan mendapatkan Kak Limah salam dan mohon restu sebelum meneruskan perjalanan Hajinya. Sedih juga masa ni. 
 

   Hah nampak tak betapa sesaknya. Yang belah kanan tu laluan masuk ke dalam. Selalunya yang kat tepi tu tak ramai tapi kali ni satu keluarga bersantai kat situ. Yang kita orang heran jemaah depan kita orang ni dah macam bersantai pulak padahal penerbangan yang seterusnya telah diumumkan supaya masuk ke tempat pelepasan.

Rupanya ada 1 penerbangan sebelum penerbangan Har naik iaitu Mas Airlines sudah delay. Yang Har naik saudi Airlines. Patutle lepak je menunggu pengumuman seterusnya.    


Lambaian sebelum meneruskan penerbangan.

Bila jemaah haji telah masuk ke dewan pelepasan, kita orang pun beramai-ramai ke Masjid Movenpick.  

 

Apa lagi piknik lah.  Sebelum balik makanlah makanan potluck yang kami bawa. Ni anak Har dan Ijan. Dengar je cerita pagi tu kelam-kabut sarapan sikit je. Yang anak bungsu  Dzakirah sambil bercerita sambil berlinang airmata dia. Almaklumle kena berpisah dengan ayah dan ibu. Nasib baik dia duduk Asrama Sek Tun Fatimah JB. Walaupun tengah sekolah tapi cikgu benarkan hantar mak dan ayah menunaikan Haji. Lepas ni Syazwan (baju putih) anak yang tua bawak balik adik-adiknya. Masa ni tengah cuti semester manakala Danish sedang tunggu penempatan selepas habis SPM. Rupanya 2 hari bila mak dan ayahnya balik Malaysia kena daftar Politeknik Ungku Omar di Ipoh. Ni berita terkini yang Kak limah cerita kat kita orang.   


Kak limah beri nasihat macam-macam pada cucunya. 


Ni memang port kita orang semua bila menghantar jemaah haji keluarga Bakri.



Makanan port luck.  


Bila dah selesai makan apa lagi tapau le mana yang tak habis. Anak Har dan Ijan kita orang tapaukan. Balik JB perjalanan jauh lagi ni. Kak Limah pun akan balik ke Muar pulak. Lepas ni percutian kita orang pulak.



Alhamdulillah sebelum balik apa lagi posing beramai-ramai.




Kedua adik beradik sama-sama bersarapan bila Cikgu Merina dari Madinah sampai ke Mekah. Walaupun hotel masing-masing jauh juga tapi ambil keberkatan di Mekah dapat bersama-sama bersarapan bersama. 

Ni Hari Sabtu Hajah Cikgu Merina dan Hj Kamal akan sampai ke Malaysia. petang Sabtu 

16 comments:

  1. Seronok tengok kemeriahan hantar jemaah haji, walaupun kelam-kabut sikit tapi bila berkumpul ramai-ramai macam ni memang meriah. Siap ada sesi potluck lagi kat Masjid Movenpick, memang port wajib lepas selesai urusan pendaftaran..Sayu pula baca bab anak bongsu menangis sebab nak berpisah dengan mak ayah tu. Normal lah kan, anak mana tak sedih. Moga perjalanan haji Har dan Ijan dipermudahkan, mendapat haji yang mabrur, dan selamat kembali ke tanah air kelak. Selamat pendaftaran juga buat Danish ke Politeknik Ungku Omar nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila tenguk jemaah haji nak ke tanah suci mekah memang seronok dalam hati bila lah peluang kita dapat jemputan Allah macam ni. Aamiin doanya. Dah nak balik dah minggu depan

      Delete
  2. Pernah dulu je hantar arwah mak & ayah tahun 1994 masa Cie kecik. Lepas mak meninggal ayah sekali lagi naik haji tak ingat tahun bila sekitar 2016 kot hantar ke tempat sama je Kelana Jaya. Sekarang ni lokasi lain dah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak banyak kali masa kat kelana jaya lagi sebelum tu kat Airport Senai masa tu lagi sedih sebab boleh nampak kapal terbang bawak mak dan ayah kita sayup terbang ke Mekah. Masa tu memang bercucuran airmata lah.

      Delete
  3. Meriahnya hantar orang pergi haji ramai-ramai macam ni. Bagus jugak sekurang²nya anak² yg kena tinggal ni tak rasa kehilangan. Ialah, mak ayah pergi tu bukannya sekejap. Semoga baik² la nanti nak daftar pulak ke PUO dua hari lepas balik, semoga kuat dan sihat hendaknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masih lagi ada atok Mak dan mak saudara serta bapa saudara menjaga. Sekurangnya tidak le sedih sangat.

      Delete
  4. teringat moment hantar mak dan ayah saya pergi haji dulu. kitorang hantar movenpick waktu malam, so tak terasalah sesaknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Malam pun pernah juga dulu hantar kakak rasanya.

      Delete
  5. Hantar kakak dan adik 2 tahun lepas kat situ.. sama gak ramai. Meriah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memeriahkan suasana sambil tu sentiasa berdoa semuga kita pun Allah jemput ke Tanah suci Mekah.

      Delete
  6. Banyak juga benda-benda kena buat sebelum berlepas ya, macam sticker, gelang tangan apa semua. Bagi yang pertama kali, mahu cangak bangak juga tak tahu apa nak buat. Saya baru baca cerita Lisa Surihani, baru balik tunai haji, tapi suaminya Yusry, tak ikut sebab tak lepas rayuan haji. Semoga dipermudahkan urusan cucu sedara itu daftar PUO nanti, hujung minggu ni, kan kak. Sulaiman cerita, banyak betul intake yang masuk, sampai ada budak kena duduk luar. Tak macam lepas-lepas, semua budak baru muat duduk asrama dalam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye. Kita yang tenguk ni lagi le pening. Nak susun dan uruskan kalau tak ada pengalaman memang kelam kabut. Lah ye ke. Semuga pendaftaran Danish (cucu saudara) di permudahkan.

      Delete
  7. teringat tahun lepas mak dengan bapak pergi haji..tapi, turn kitaorang tengah malam... anak2 pun banyak yang dah penat, tak dapat la tunggu sampai akhirnya.. linda bawa balik anak2 kecik dulu.. yang besar2 tunggu la sampai menghantar..

    ReplyDelete
  8. Duuuuh kalau baca cerita ttg jemaah haji ini, terharu langsung. Bisa dirasakan kegembiraan para saudara yg akan mengantar keluarganya ke tanah suci ❤️❤️❤️. Haru pun juga. Semoga sekarang dah balik dengan selamat ya kak 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Seronok tenguk juga sedih. Yang ini sekarang Di Madinah.

      Delete