Tuesday, June 16, 2026

Menyambut Jemaah Haji Balik Malaysia

 



Kak Limah bersama Meria tidak sabar menunggu anak dan kakak balik dari tanah suci Mekah.


Assalamualaikum,

Alhamdulillah sampai pula tiba masanya menyambut kepulangan Jemaah haji yang balik Ke Malaysia. 
Pada 30hb Mei yang lalu kita hantar bakal haji dikompleks Movinpick dan hari Sabtu 13 Jun rombongan sampai di Malaysia. Ikut jadual pukul 4 dah sampai kat KLIA1. Jadi kita orang pun tunggu lah kat KLIA 1.


Hampir 2 jam juga tunggu Hajah Merina keluar jumpa keluarga. Jenuh kami yang menunggu. Rupanya kata Julie banyak kapal terbang baru landing jadi luggage banyak le yang kena di uruskan. Domestik flight pun banyak juga. 


Masa menunggu tu nampak juga penyanyi Ezad Exist bersama isteri dia. Dia guna pakage syarikat lain. Syarikat berbeza memberikan sambutan berbeza. Ada yang aku nampak dapat bunga,  ada dapat patung comel.  


Alhamdulillah Emak dan anak berpelukan. 


Video daripada syarikat Pakage yang menunggu standby  merekodkan Jemaah Haji di bawah kelolaannya. Aku lupa nama syarikat tu.


Keluarga kami. 

Kak nong dan Kak Jal keluarga di Melaka dan Muar tidak dapat hadir menjemput bersama. Jadi kita orang yang kat KL je yang sempat datang. Lagi pun bagus dapat peluk orang baru balik Mekah ni sunat minta doakan buat kita. 





Alhamdulillah seorang anak Kak Limah dah sampai di Malaysia. Anak yang kedua katanya baru masuk Madinah dan akan balik pada Sabtu hadapan pulak. 



Apa lagi piknik lah.

Lepas tu kita orang terus ke Homestay yang Aman anak Meri booking. Lagi pun selesa sikit lah dah ada tempat boleh lepak. Meri akan tidur semalam lagi sebelum balik ke Batu Pahat besoknya.  


Seronok Hjh Merina dapat makan makanan Malaysia. Menambah-nambah almaklumle asyik makan nasi Arab je. Ada juga makanan Malaysia tapi mahal lah kan.

Oleh kerana menunggu lama kat airport jadi sampai je kat homestay apa lagi lah makan. Yah masak sambal tumis udang, sayur campur, Dee pun bawak juga makanan. Kita orang tapaukan KFC dan julie siap sediakan air batu nak layankan air coke tu. Seronok masing-masing makan beramai-ramai.

Alhamdulillah selamat pulang Hjh Merina dan Hj Kamal.  
 

17 comments:

  1. Alhamdulillah.. selamat kembali Duyufurrahman ke tanahair..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...Seronok tgk bila dah slmt smp ke tanah air. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Terutamanya anak2 yang menunggu kepulangan mak Dan ayah

      Delete
  3. Seronoknyaaa..... Perasaan menunggu kepulangan merek yg pulang dari haji mmg mendebarkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suka tenguk raut mereka semua yang berseri2 setelah selesai ibadah haji

      Delete
  4. Alhamdulillah.
    Selamat kembali tetamu Allah yang dirahmati. Semoga mendapat haji yang mabrur.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah safely arrived 🤲🏻
    Semoga beroleh haji mabrur buat keduanya

    ReplyDelete
  6. moment yg indah bila dapat berjumpa ahli keluarga setelah sekian lama. semoga mendapat haji yg mabrur!
    teringat masa kami jemput mak n ayah balik haji dulu, tetiba mak mengempis hahaha

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah..selamat pulang Haji dan Hajjah...Moga kita juga dapat pergi tunaikan Haji..

    ReplyDelete
  8. Selamat pulang Haji Kamal dan Hajah Merina.. Semoga mendapat haji yang mabrur ✨

    ReplyDelete
  9. Meriah... ramai yang menjemput.
    Teringat masa mak dan kakak balik dari haji, kami yang kat rumah masakkan menu kampung. Berselera mereka makan.

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah...kakak-kakak ipar ammi pun dah selamat sampai tapi tak berkesempatan nak jumpa dorang

    ReplyDelete