Alhamdulillah balik kampung tenguk pokok buah-buahan depan rumah aruah mak berbuah. Dan syukur juga pak nyet tak serbu. dapat le anak cucu cicit Hjh Saifah merasa hasil tanamannya. Cuma rambutan je macam merajuk tak nak berbuah. Takpe nanti ko butan aku paksa ko berbuah.
Tahun ni pokok duku langsat dan manggis berbuah lebat setelah beberapa tahun tak berbuah. Aku bubuh baja paksa buah. Alhamdulillah tak merajuk lagi dia.
Rambutan gading alhamdulillah cuma tinggi sangat. Akhirnya kita orang tebang dahan atas tu. Dapat le buah banyak sikit. Kalau kita orang tak petik minggu ni emmm lepas ni tak rasa lah. Pak nyet tu dah menunggu je bila lah kami balik KL. Nampak gerakan pokok kat belakang rumah. NI sebab banyak kenderaan dia takut le.
Buah pulasan yang ni buah dia kecik sikit tapi banyak le juga dapat di petik. Ada sebuah di tepi buah dia besar. Alhamdulillah dapat rasa.
Ni hasil buah yang dapat di petik.
Yang ni jenis besar. Dapat sikit jadilah ye buat raso2.
Pokok bidara kali ni berbuah lebat tapi tu lah tak sempat rasa dia dah busuk atas pokok. Pun juga di pruning pokoknya lepas tu bubuh baja. Lebat bunganya.
Mangga tak tahu nama beli lepas tu tanam. Ko nak hidup hiduplah. hahahaha. Buah dia manis. Lepas bubuh baja paksa buah....belum habis buah yang ada luruh, bunga dah timbul. Banyak juga. Tapi kata Ijan hari tu dia petik banyak mahluk dalam lah pulak. Nak bubuh apa ye supaya tiada kumbang dalam buah. Nak bungkus tak dan.
Kak nong order dengan Azlee belikan buah musang King kat tangkak. Tu dia satu kantung dapat Rm 50. Tak kira pulak dalam 1 kantung tu ada berapa biji. Tapi buah dia besar-besar. Memang puas makan lah Dia beli dua. Perghhhh bila azlee sampai je apa lagi lah makan.
Ni Jol dan anaknya baru sampai Batu Pahat. Nampak je terus kopek dan makan sampaikan Farez malamnya demam. Agaknya makan banyak sangat sampai demam. Alahaiiii
Achik Achik YB membawang. Cikgu Merina pun balik je Haji terus pencen. Dia ambil umur 55 tahun. Jadi le anak saudara dan mak saudara berjemaah jadi YB.
Rambutan gula batu ada sikit jadilah buat rasa.
Manggis alhamdulillah kali ni berbuah lebat.
Kata Kak nong ada sepohon manggis kat belakang. Hari tu dia tenguk buah lebat juga. Sekali bila tenguk tak ada sebiji pun yang nampak. Bawah pun kalau monyet makan ada lah lebihan dia tapi licin. Kat pokok satu buah pun tak ada. Kita orang syak monyet kepala hitam yang ambil sebab tak ada kesan. Sabor je lah dah le buah pertama. NI mesti ada orang yang berjalan kat belakang kebun ni sebab kadang buah kelapa pun takde macam bersih takde yang jatuh. Buah nagka lagi lah tak nampak bayang kalau dia masak sendiri dan jatuh. Bersih dan nampak kesan macam kena potong. Bila dah jadi macam ni emmm tak boleh kata apa lah. Anggap lah sedekah je. Tapi geram sebab tak minta izin pun.
Petik-petik emm banyak juga.
Rambutan gading.
Bila dah banyak kita orang masukkan dalam plastik sebungkus-sebungkus. Nanti sapa yang balik boleh lah pilih mana yang dia orang nak.
Aku dah pilih sekali bila sampai KL eh buah manggis tak ada. Tapi puas juga le melantak. hehehe
Alhamdulillah kali ni dapat lah kami adik beradik merasa hasil tanaman Aruah mak. Semuga tahun hadapan dia berbuah lagi lebat daripada sekarang. Supaya anak cucu cicit Hjh Saifah dapat merasa. Aamiin.









.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
Waaah kaaak, puas sangaat lah ini menikmati panen buah yaaa. Trutama manggis tuh memang fav saya jugaaa 😍😍😍. Apalagi durian 😄.
ReplyDeleteDatang malaysia lagi. Sekarang memang tengah musim buah buahan
DeleteBestnyaaa boleh petik2 buah macam2. Tambah musang king lagi.. Rezeki.. rezeki.. Alhamdulillah..
ReplyDeleteAlhamdulillah pak nyet tak sempat habis kan. Kalau tak tiada rezeki kami adik beradik
Deleteakak..boleh share baja paksa buah tu kak...pokok mata kucing sepokok belakang rumah ni dah bertahun tak mau berbuah,nak tebang sayang buat redup
ReplyDeletemanggis di kampung kami pun lebat sangat tahun ni,buah rendah2 boleh petik dengan tangan je
Akak beli kat shopee. Cuba search baja paksa buah kuar le nanti Rupa bajanya
DeleteMeriahnya buah2 puas makan ada kebun sendiri.
ReplyDeleteAlhamdulillah. Rezeki tahun ni. Ni pun cik nyet dah standby je nak serang.
DeleteAlhamdulillah banyak hasilnya
ReplyDeleteTulah rezeki tahun ni. Dah berapa tahun hasil tidak memuaskan.
DeleteAlhamdulillah Notie, terima kasih banyak² atas hadiah GA piala dunia. Terima kasih daun keladi, kalau ada GA nak join lagi 😍😍. Semoga dikurniakan kesihatan yg baik, kaya, bahagia & tenang dunia akhirat.
ReplyDeleteSeriau saya bila kata tak ada. Jiran kakak saya kat tangkak baru je bgtau parcel dia kena bukak. Jam yg Di order hilang. Letak atas pagar ja. Ni lagi lah barang tengah on
DeleteBanyak hasilnya tu kak... nampak gaya memang kena bubuh baja penggalak buah lah kan.
ReplyDeleteTu lah tapi nasib baik check nyet tak serbu. Ada rezeki kami
DeleteWowwwww gading, laici, manggis, mangga perghh sume pun fav ni haha.. syiok klu kampung penuh dengan pelbagai jenis pokok buah....
ReplyDeleteAlhamdulillah rezeki tahun ni
DeleteSeronoknya dapat balik kampung sambil memetik buah-buahan segar terus dari pokok. Suasana seperti ini memang memberikan ketenangan dan menjadi momen yang berharga bersama keluarga. Melihat perkongsian ini jadi teringat suasana kampung yang penuh dengan pokok buah ketika musimnya tiba. Terima kasih kerana berkongsi pengalaman dan gambar-gambar yang menarik.
ReplyDeleteAlhamdulillah. Semua pokok aruah mak yang tanam untuk anak Dan cucu cicitnya
DeleteBanyaknya buah dapat dikutip. Alhamdulillah.
ReplyDeleteAda juga monyet kepala hitam ye, kak. Betul juga, kalau monyet betul makan, mesti ada kulit dan sisa merata-rata deme campak.
Tu yang geram sangat sebab tuan sendiri tak dapat rasa.
DeleteEntri Notie ni buat hatiku meronta-ronta rindu serindu-rindunya! KALAU MUSIM BUAH YA AMPUN! Wangi di sana sini dengan bau durian, bacang, jambu susu dll.
ReplyDeleteApa boleh buat, takdir menghanyutkan daku sampai ke LD. Hanya kenangan lalu di kampung laman buat pengubat rindu.
Kenangan manis itu sentiasa dalam lipatan fikiran. Kampung amie tu lagi meriah kalau musim buahan kan. Tu lah kadang kita orang pun teringat memori bersama aruah mak bila Tiba2 musim buah buahan. Al fatihah buat hjh saifah
Delete