Mek Za dan Pn Shu menjemput aku ke Auditorium.
Assalamualaikum,
Alhamdulillah setelah bertahun menjadi penjawat awam akhirnya aku menutup tirai pada 30hb Jun 2026. Walaupun rasminya pada 16hb Julai sebab birthday aku kan 17hb tapi aku awalkan sebab baki 12 hari ni nak habiskan cuti. Ni pun tengah kemas bilik dan update kedatangan bulanan bulan june dapat le aku update cerita. Kalau lepas ni senyap faham saje lah ye. Laptop sedang di baiki jadi lambat lah aku berceloteh nanti. Nanti nak belajar lah camne update dari phone.
Ok petang tu majlis bermula pukul 2.30 petang. Berdebar lah juga sambil kadang berlinang airmata. Ye lah kan sedih tau sebab bertahun bekerja tiba-tiba nak berpisah. Seronok kerja kat HPJ ni sebab Boss the best boss forever bagi aku. Staff pun best mesti lah rasa sedih kan nak tinggal kan itu semua. Walaupun hanya 3 tahun tapi memang banyak lah kenangan gembira di HPJ ni.
Sekali bila masuk Auditorium rupanya ramai kawan dari PIK (opis lama) daripada Ibu Pejabat Bahagian Perkembangan, Sha dari JKWP KL dan juga jiran sebelah IKN. Aku ingatkan Pn hanum buat sambutan hanya staff HPJ je rupanya ramai yang aku kenali yang dah lama tak jumpa ada bersama. Emm apa lagi lah masa Liza pakaikan selempang aku tak dapat tahan nak mengalir airmata. Aduhaiiii memang banyak momen sedih yang akan aku hadapi.
Bila dah duduk.... video pun di tayangkan. Ya Allah Hanim cantik sungguh video yang di buat khas untuk aku. Terutamanya bila part kat Brisbane dan UK boleh bergerak gambar aku. Kalau tau macam ni hasilnya aku korek album lama. Gambar masa wakil Malaysia di Seamic Hanoi ada je entah mana dia sorok. Boleh tambah. Ini video sepanjang aku bekerja. Lama tau kalau di kira service aku selama ini. Alhamdulillah syukur Allah berikan usia sehingga sekarang. Memang bersyukur sangat YA Allah atas limpah kurnia Mu.
Masa berucap kadang nak menangis kadang tertahan-tahan. Apa pun terima kasih semua diatas sambutan persaraan aku. Memang tak sangka Pn Hanum dan Waega Rekod HPJ buat khas untuk aku. Aku hargai sangat.
Pn Hanum berucap dulu lepas tu baru aku.
Yang ni memang tabik spring2 lah pada Pn Hanim. Dia create semua staff dalam Rekod Perubatan jadi begitu cantik sekali.Terima kasih Hanim. Hanya Allah sahaja yang membalasnya sebab terlalu cantik hasil kretiviti dia. Kalau aku rindu boleh tenguk lah gambar masing-masing.
Ni wakil dari PIK. Opis lama aku di Ibu Pejabat KKM.
Ni jiran daripada IKN
Daripada Bahagian Perkembangan IP KKM
Daripada anak buah aku Geng LP. Masa berucap aku terlupa nak sebut sebab gabra sangat. Padahal anak buah aku lah yang banyak menolong aku berhadapan dengan pelanggan yang kadang ganas kat kaunter tu. Apa lagi yang menekan-nekan nak Sispa sebab lambat dapat lapuran Perubatan.
Terima kasih Pn Wawa, Alia, Ila, Teha dan Aishah. Aishah pandai buat video .
Wakil daripada JKWP Putrajaya dan KL
Sebenarnya ramai yang memberi hadiah tapi tak terdaya nak letak semua
Bersama Staff Jab Rekod Putrajaya HPJ.
Masa ni si Zira nyanyi lagu shila amzah. Lagu tu memang sedih khas buat yang berpisah.
Jejaka satu-satunya. Si Shaiful
Hah si Zira...pandai menyanyi dan suara sedap. Banyak bakat terpendam kat Jabatan Rekod ni sebenarnya.
Lagu yang didendangkan buat aku sebak je.
Yang ni sempat lah buat video yang Aishah ajar last minit sebelum aku ke auditorium untuk Majlis aku.
Bersama cc Mila. CC mila dah pindah kat admin. Tapi aku sayang dia macam adik aku dan sudah tentu aku suruh orang Rekod jemput dia.
Adik-adik AMRO yang baik dan comel semuanya.
Ada minum petang selepas tu
Pn Hanim dan Pn Kamaliana mendeklamasikan sajak. Tak sangka ana pun terer
Desert yang ada. Pulut kuning dengan rendang yang Pn Hanum order pun sedap. Pulutnya lembut dan rendang dia sedap.
Tepat 4.30 petang bila orang tak ramai aku pun punch kad menandakan berakhir sudah perkhidmatan aku sebagai Penjawat Awam. Sekarang dah title YB aka Yang Bersara. fuh lega kepala otak. Rasa ringan kepala jemala patik bila selesai megetik kad kerja.
Ya Allah semuga Kau kurniakan kesihatan yang baik juga di permudahkan urusan aku menharungi liku- kehidupan sebagai pesara Kerajaan. Semuga lepas ni Kau jemput aku menunaikan haji dan dikurniakan kesihatan sihat walafiat agar aku dapat berjalan mengelilingi seluruh dunia. Aamiin
Meremang bulu rona membayangkan situasi persaraan Notie. Saya melihat kawan-kawan YB yang diraikan, tidak adalah yang tidak menitiskan air mata.... banyak kenangan di tempat kerja. Rasanya waktu bersara nanti saya tak mahu diraikan huhuhuuuu🥹🥹🥹
ReplyDeleteCikgu punya farewell lagi gempak. 1,sekolah sambut majlis tersebut
DeleteAamin utk doanya 🤲🏻🤲🏻🤲🏻
ReplyDeleteRamai yang sayang dan hargai Akk. Tumpang seronok kita tengok. Mudah-mudahan Akk sihat selalu dan terus aktif berblog.
P/S: Akk install apps Blogger dekat phone. Mudah nak berblog thru phone nanti In Sha Allah
Tq PH doanya. Nanti nak Cuba lah buat camtu.
DeleteAmin untuk doa.
ReplyDeleteAll the best Sis Notie. Wah usaha sangat mengagumkanmereka buat untuk majlis persaraan.
Tq Na. Tu lah terkejut saya
DeleteSelamat bersara kak. Semoga sihat selalu. Semoga dapat berehat dengan tenang tanpa memikirkan hal kerja dah. Seronoknya.
ReplyDeleteCie fully guna hp je update blog. Kat google chrome je sama macam guna laptop.
Aamiin doanya. Nanti nak cuba lah
DeleteAamiinn... Aamiinn YRA🥰
ReplyDeleteSemoga segala doa Kak Notie, Allah makbulkan.
Seronoknya Kak Notie, lepas dah tanggungjawab dalam kerjaya. Sekarang fully untuk diri sendiri.
Lagu Shila Amzah tu memnag bikin menitik air mata🥲
Lagu tu jadi peberet untuk majlis perpisahan. Dengar banyak kali banjir bilik😭😭😭
DeleteSelamat menikmati hari-hari persaraan. Moga tercapai apa diimpikan.
ReplyDeleteTerima kasih ujie
Deleteselamat bersara sis...=)
ReplyDeleteThanks nieza
DeleteSelamat bersara Puan Notie.. selamat beristerehat .. moga sihat-sihat selalu
ReplyDeleteAamiin doanya
DeleteSelamat bersara sis...sedihkan, bila teringat kenangan bersama kawan2 sekerja...semoga ceria2 selalu..bolehlah update blog hari2..hehe..
ReplyDeleteMesti lah sedih. Opismate ada lah kawan Dan keluarga sepanjang kita bekerja
DeleteBetullah, orang baik ramai sayang. Tentu semua akan rindukan Kak Notie nanti. Selamat bersara, Kak Notie. Selamat berehat tapi jangan berehat dari blog ya.
ReplyDeleteTerima kasih SK. Insya Allah Slow2
DeleteTumpang sedih tengok video, banyak kenangan ya kak, sepanjang berkhidmat. Selamat bersara buat kak Notie, semoga akak dapat tunaikan haji. Boleh je update blog guna handphone. Guna browser google je, cuma beza kecil sikit, banding buka guna laptop. Selamat ye, kak.
ReplyDeleteTerima kasih nur doanya. Nanti lah Slow2 belajar. Kita ni cpu dah slow.
Deletesemoga sihat2 selalu ya YB Notie.. hihihi..
ReplyDeleteAlhamdulillah, berjaya mengharungi dunia gomen..
seronok tu, kawan2 dekat jabtan lama pun dapat menghadirkan diri
Tu lah kita pun tak tahu jemput orang lain. Ingat hpj je. Terima kasih Linda doanya
Deleteselamat berpencen cikkak notie itttewww., jgn bersara dari blogging sudah., hehe
ReplyDeleteTq wak
Deleteselamat bersara kak notie. terima kasih atas khidmat sebagai penjawat awam setelah sekian lama. semoga dipermudahkan seala urusan kak notie lepasni :D
ReplyDeleteAamiin doanya
DeleteSelamat Bersara Kak Notie..Alhamdulillah dapat title YB...hehe...Amin....Moga semua doa kak Notie Allah Makbulkan...
ReplyDeleteAamiin doanya
DeleteSaya yg melihat video2nya langsung ikut terharu kak. Kebayang momen2 manis selama kakak bekerja , dan pastinya banyak staff yg sayang ke kakak, sehingga semua pun haru melepas 🤗🤗. Semoga selepas Bersara, kakak lebih bahagia, lebih banyak waktu mengerjakan passion dan hobi
ReplyDeleteBerpuluh tahun bekerja memang banyak memori. Tq doanya fanny
DeleteSelamat bersara kakNotie. Pasti jasa kakNotie dikenang di sana.
ReplyDeleteTakde lah banyak jasa cuma kita bekerja kerana Allah
DeleteRupanya dah jd YB ye kak... lama sangat x BW ni... tahniah kak... selamat menjadi YB... jgn lupa update blog selalu tau
ReplyDeleteSedang lepak habis kan cuti. Insya Allah
Delete