Assalamualaikum,
Pada 11hb Julai 2026 yang lalu Negeri Johor mengundi ye untuk pilihan raya yang ke 16 bagi Dun Negeri Johor. Wah macam balik raya orang johor yang merantau balik ke Johor. Apa lagi asyik kena kutuk je Budak Johor Budak Johor hah kali ni dengan semangat berkobar-kobar kita orang balik ye ke Johor nak mengundi. Jangan buat main dengan Budak Johor.
Ikut kan aku dah tukar alamat kat Ampang tapi bila nak mengundi asyik tak di proses lama-lama aku pun fed up. Hah tak pe lah sesekali dapat balik Segamat jumpa Kak sal sambil mengimbau kenangan lalu di Segamat. Tapi Segamat terutamanya di tempat bekas Hospital Lama dah banyak berubah.
Aku balik Tangkak pada hari Jumaat tengahari gitu. Kereta serta lori banyak menghala ke Johor. Tapi rupanya jem malam Sabtu tu. Sebab Julie dan Hisham sangkut. Sampai Tangkak dalam pukul 3 pagi. Kak Jal bila anaknya tidak sampai lagi mestilah risau. Jadi pagi tu lepas solat Subuh tidur balik. Sekali rupanya pagi tu hujan yang agak lebat juga lah.
Aku keluar rumah Kak Jal pun dah pukul 10 lebih sementara menunggu hujan teduh. Sekali sangkut depan Sekolah Tun Mamat sebab tempat pengundian. Jenuh menunggu kat situ dalam satu jam juga rasanya sambil hujan gerimis sebelum lancar menuju ke Segamat lepas lalu Paya Mas. Segamat highway dah best dan cantik tanpa toll. Dulu jalan jementah Segamat tu macam ular melingkor sekarang 2 line jalan tau. Tapi tu lah sebab hujan tak nampak Gunung Ledang. Berkabus je masa lalu Jalan Jementah.
Dekat tenghari juga aku sampai sebab jalan licin jadi bawa slow je lah. Terus je menuju ke Sekolah Menengah Kebangsaan Gemereh. Nasib baik masa ni dah gerimis je. Terus je lapor diri. Chewah macam nak lapor diri bekerja gitu. Orang dah tak ramai sebab berdiri depan aku ada 2 orang.
Saluran Ke 2
Dalam berapa minit selesai tanggungjawab aku sebagai pengundi. Alhamdulillah
Alhamdulillah dapat jumpa Kak Sal. Kak sal sediakan lunch. Sambil makan sambil bersembang.
Hilang rindu dengan Kak Sal dan Liyana. Sedih bila mengenang Aruah Hanisah anak bungsu Kak Sal yang meninggal dunia tahun lepas.
Aku balik dalam pukul 4 petang sebab takut jem kat Tangkak nanti.
Dekat simpang Traffik light masuk area Taman Gemereh, Masuk dalam tu lah aku pi Sek Menengah Gemereh tadi mengundi.
Sepanjang perjalanan menghala ke Tangkak
Ni kat area bandar Jementah. Gerimis turun lagi.
Dah nak dekat Tangkak jalan dah jem dari Paya Mas lagi.
Nampak ada gerai jual durian. Sempat lah makan durian Musang King Black torn Ioi yang hisham tolong belikan. Makan kat luar sebab ada orang tak suka baunya. hehehehe
Akhirnya warna BN warna biru menang PH hanya menang 8 kerusi je. Dun Bentayan tu kubu kuat DAP. Tak boleh kata apa dah. Memang susah MCA nak kacau situ.Yang kat Simpang Jeram tu pulak majoriti jumlah dia nipis je.
Apa pun semuga Johor semakin maju di bawah pimpinan Menteri Besar Johor Dato Onn.
Jangan buat main ye dengan Budak-budak Johor.
Seronok pulak tenguk video dalam FaceBook.



.jpeg)

.jpeg)

.jpeg)

Tahniah orang Johor...kita tunggu N9 pula awal bulan depan kan?
ReplyDeleteTu lah tak sabor pulak menunggu.
DeleteSelesai sudah tanggungjawab pada negara. Standard lah lepas undi tunjuk jari hehe
ReplyDeleteCantik baju Kak Notie, lembut je kalernya. Ngam pakai tudung kaler tu.
Kan jenuh masing2 up jari berinai tu. Ahakss. Tu baju raya tahun lepas punya.
DeleteHujan kat sana. Tempat saya panas tak hujan². Gelombang biru betul Johor. Bilalah giliran kami pula nak ngundi.
ReplyDeletePukul 8 terang lagi tiber eh hujan lebat. Tu yang kena tunggu teduh dulu. Mungkin tahun depan kut semua mengundi. Dah cukup tempuh
DeleteSelesai sudah tanggungjawan kita kan.. hidup Johor! eh eh eh ...
ReplyDeleteHidup Johor.... Semangat kan. Jangan main2 dgn orang Johor chewah
DeleteBudak Johor balik mengundi. Selesai dah semuanya.
ReplyDeleteTunggu parlimen bubar pulak
DeleteSemangat tu mengundi...kalo bersatu semua boleh...
ReplyDeleteTu lah lain kali jangan cabar budak Johor
DeleteSelamat mengundi kakNotie. Semoga mandat yang diberikan kepada Dato Onn digalas dengan baik serta berintegriti.
ReplyDeleteDah selesai dah. Semuga Johor makin maju Dan makmur
DeleteAlhamdulillah, selesai sudah jalankan tanggungjawab! Memang betul Kak Notie, jangan buat main dengan semangat Bangsa Johor balik mengundi. Walaupun jem dan hujan lebat, tetap sampai juga ke pusat pengundian..next SA plak 1hb August nanti
ReplyDeleteTu lah kita tunggu Negeri 9 pulak 1hb 8 ni
DeleteWaaah sampai pulang demi mengundi ya kak notie 👍👍👍. Baguuuus, dan semoga yg terpilih bisa membawa Johor semakin baik dan maju yaa
ReplyDeleteDemi tenggung jawab. Dapat jumpa kawan lama lagi
DeleteDemi tenggung jawab. Dapat jumpa kawan lama lagi
Deletekita tunggu PRU..
ReplyDeleteeh, linda pun kena tukar alamat, nak kena tukar tempat mengundi juga ni.. sat g, kena undi dekat Melaka pula.. jenuhh.. hahaha
Kena cepat2 tukar dah nak sampai tempuh ni
DeleteHidup warga JDT.
ReplyDeleteMoga terus maju ke depan dengan penuh semangat perpaduan.
Aamiin doanya
Delete