Wednesday, October 14, 2026

Perth - Hari pertama sambungan

Assalamualaikum
Alhamdulillah dah balik Malaysia. Ingatkan nak up cerita semasa kejadian tapi nan ado ye. Balik hotel penat Dan besok nak pi lagi jenjalan. Insya Allah Slow2 aku citer ya sebab gambar banyak Dan pening nak letak yang mana. 

OK lepas jumpa kak raja tunggu lah dalam pukul 9 masuk boarding gate. Kenal pulak dengan kak ani. 

Rupanya gate 1 tu masuk untuk naik bas transit ke airplane. Jadi dalam pukul 9 lebih masuk. Baru lah nampak orang kastam scan beg. Aku punya sangkut kat handbag. Bila check balik rupanya eye shadow yg calit guna tangan je. Dia kata cam besi aku tunjuk le. 

Akhirnya lepas dan join semula dengan group. Bila sampai masa naik bas terus dia bawa ke airplane. Naik tangga ko cam naik air Asia. Hehehe
Naik bas transit. Jauh juga plane parking. 
Pertama kali naik Air Batik. Cam biasa bila nak jalan tunjuk ajar ku sifu eh bukan tunjuk ajar keselamatan. Aku punya tali pinggang memang kena extension belt. Opsss terlebih ukuran pinggang. Nyah tak runcing  ye gadang adalah. 
 Dalam beberapa jam perjalanan naik dapat le makan. Kiranya untuk lunch lah sebab sampai dalam pukul 4 gitu. Dapat nasi lemak. Nasi ciput tapi tadi dah sarapan meehoon OK lah. Geng hujung sebelah kak nong order Maggi kari. Tak cukup kenyang
Alhamdulillah 5 jam 55 minit sampai. Ada pengalaman yang mengerunkan masa nak landing. Dia punya jejak roda tu ya Allah menakutkan sungguh lepas tu bila plane laju sangat dia punya brek sampai kan aku punya kaki ikut brek sama. Brek angin gitu ingat naik keter ko. Fuh scary sungguh lah. 

Nasib sampai perth tak guna tangga kalau tak huhuhu. Dah sampai perth. 
Dia punya changgih semua guna sistem. Yang ni kena layan buat kalau tak tak lepas masuk dalam. Slip kuning tu dengan kad kedatangan disertakan bersama. 
Ambil luggage Dan jumpa pihak kastam. Mendebarkan sungguh. Sapa yang declare food line lain. Nasib baik kita orang tinggal semua cili sos lah rte food lah ikan bilis krispi lah sebab tak mahu kena bukak beg kena check. Jadi terus je line tak declare apa2. Kad kedatangan dengan slip kuning tadi dia ambil. 

Luas Airport dia. Jumpa tourist guide Rafis Di sini Dan terus pi ke tempat bas. 

Yeh perth aku datang. Cerah sikit mata setelah asyik berkabus je cuaca malaysia.
Bas kami akan naik sepanjang 5 hari. Pemandu wanita Maria Mendes eh takle Maria je aku tau. 
Cuaca mendung tapi OK lah Cerah mata tenguk kalau tak berkabus je
Nurin tour dari malaysia




Ini jadual waktu solat. Tenguk tu pukul 4 dah masuk subuh. Rupanya waktu Perth dengan Malaysia sama. Cuma waktu solat cepat. Jadi kul 6 dah gelap ko. Kul 8 dah boleh tidur lepas isyak. 
Alhamdulillah dah sampai hotel. Hotel mercure. Nurin dah beri kunci dalam bas jadi terus je cari bilik. Kat lift kena scan kad Dan pilih tingkat berapa. Kita orang bilik 601.
Tadaaaa besor ko. Kat hujung tu tempat letak beg pungah baju nak pakai besoknya Dan tempat solat. 
Cepat2 solat jamak zohor Dan asar. Lepas tu magrib Dan isyak sebab kul 7 kena turun balik pi dinner kat cafe hotel.
Hah tenguk tu luas kan boleh telentang terbalik kat situ. Situ jadi tempat solat kami. 

Masa ni kejadian tidak di ingini terjadi. Beg kak nong tak boleh bukak. Aduhaiiiiii mana nak cari cutter. Poning ooo poning. Aku citer dgn kak nong aku dah pernah alami lupa pin no kat kunci nasib baik boleh bukak sejak kejadian tu aku lock Mangga kat zip antara zip beg. Ni sekali kak nong yang kena. Gelabah habis ko tak kan pakai baju seminggu huhuhu. 

Lepas tu adapter aku tak boleh guna kena beli adapter baru lah. Aduhaiii itu yang penting sekali untuk charge phone Dan powerbank.

Tapi tak boleh fikir apa dah kul 7 kita orang pi makan dulu kut Perut dah Kenyang datang ilham macamana nak setel problem. 
Pi makan chicken parmagiama. 
Tempat makan malam Di cafe hotel. Dah lapar. Sedap chicken dia tapi salad tu masin kalau tak licin. Makanan kat Perth ni portion dia banyak tau. Sayang juga tak habis tapi tangki dah penuh. 
Jug ni ada jus oren sejuk beb. Entah berapa gelas aku dah tunggang sebab haus Dan sedap. Tapi dia tambah lagi bila dah habis. Jus dia perghhh prior oren gitu. 

Citer dengan p3 anak kak raja tentang adapter. Dia pun sama jadi  lepas dinner terus pi cari kedai. Katanya ada kedai berdekatan hotel. 
Sampai hotel kita jalan cari convinience stor sebab universal charger aku tak boleh masuk. Ni nampak kedai India. Kedai Balti
Jumpa akhirnya. Pilih belek takut salah beli. Nasib baik jumpa.

Yg belah kanan adapter yang aku beli. Nasib baik boleh guna extension wayar tu. Yang tengah tu adapter universal yang aku guna. Tak boleh masuk sebab pin masuk dia kecil. Harga aud 15.99. Test kat bilik OK yahooo tak payah beli lain. Tapi kedai tu kata kalau tak boleh guna boleh pulangkan balik. 

Kak nong pinjam gunting orang hotel. Nak tunggu besok orang hotel tolong nak jalan pakai baju apa Hehehe. Alhamdulillah upil boleh bukak sikit jadi lah yang penting boleh korek baju dalamnya. 

Baru boleh tidur kalau tak pusing dong ah. Tapi malam pertama tak nyenyak tidur asyik terjaga. Entah apa le yang aku risau padahal tilam empuk je tu

Suasana malam Bandar perth. Gambar enche rafis yang bagi. 

19 comments:

  1. Seronok tengok langit sana biru, tak macam tempat kita skrg, kelabu asap :(

    Alhamdulillah setel bab charger dengan luggage Kak Nong tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu mata jadi terang kalau tak berkabus je.

      Delete
  2. Alhamdulillah seronok.Pengalaman bag tak boleh bukak tu pernah jadi pd sy masa ke HCMC dulu.Mngelabah jgk.TP mujur ada roomate yg tlg. =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fobia tau bila lupa pin nombor beg lepas tu kalau dia rosak pin nombor betul pun jadi silap.

      Delete
  3. Alhamdulillah selesai masalah merunsingkan n boleh tido lena

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beg tu yg penting nanti takde baju. Adapter pun penting nanti tak ada gambor

      Delete
  4. Bestnya jalan2 Perth. Ni yang tak sabar nak pencen ni 🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaaa tak pencen pun boleh jalan tapi kelulusan kena minta sebulan awal dari trip

      Delete
  5. Wah... Seronoknya dapat jalan-jalan ke Perth.

    ReplyDelete
  6. Tempat baru kot kak.. tu yang asyik terjaga. Beg Kak Nong tu lupa pin lah eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pin dah betul tapi entah napa tak boleh bukak.

      Delete
  7. Skrg nak masuk Australia dah ada kad kuning ye.. org ckp makin strict

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya strict sangat. Visa pun kadang Macam2 dia minta. Dulu tahun 2008 masa akak pi brisbane OK je

      Delete
  8. Oh jadi Pakai tur nya sampai di Perth ya kak notie? Macam nih memang jadi lebih murah. Sayapun kalau nanti ke aussie nak pakai local tur dari sana saja.

    Aturan custom Aussie dan NZ memang terkenal strict sangat. Apalagi menyangkut makanan yang dibawa kan. Wajib declare lah .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak selalu pakai package je senang ada orang guide. Ni guide malaysia ada Perth pun ada. Orang Malaysia lagi

      Delete
  9. Batik Air ni tempat duduknya luas sikit berbanding AA. Alhamdulillah, mudah urusan di airport sana kalau kita patuhi peraturannya. Selamat datang ke Perth. Orang kata Perth bandar orang pencen.Tenang jew.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam sama je sebab kena naik tangga. Betul tu Bandar dia tenang Dan nyaman

      Delete
  10. Sy x pernah lg naik batik air.. sekarang sini ada option air borneo jugak dah, pun sama x rasmi lg naik.. hehe

    ReplyDelete