Assalamualaikum,
Aku nampak kat blog Sha segmen apa chatgpt kata tentang blog anda. eh macam menarik je. Jadi apa lagi zasss kita pi kat blog tuan punya yang buat segmen tersebut. Walaupun Tuan tanah kedawung kata takde hadiah tak kisah lah. Nak juga tahu chatgpt ni komen apa tentang blog aku.
Hah apa lagi meh le ramai-ramai kita tanya Chatgpt . Kut dia kutuk kita ke apa. Dia kan AI... tak reti nak bohong. Jujur dan tulus komen dia. hehehehe
Ni adalah komen ChatGPT untuk blog aku. Rasanya aku kena pelbagaikan gaya cerita ni dalam blog aku. Tapi tu lah selalunya tentang kerja, keluarga, pi jenjalan, pi makan hah apa lagi. Kalau citer travel tu manjang je tak habis citer, awal je seronok citer lepas tu lupa. Ada beberapa trip yang aku tak habis citer. Kena bongkar peti kayu external disk ni untuk selesaikan cerita. Lagi pun ianya untuk koleksi untuk diri sendiri. Kalau bosan boleh ulang-ulang baca. Boleh tenguk gambo lama.
Berikut adalah rumusan 100 patah perkataan dalam Bahasa Melayu:
“Blog Saje Suka‑Suka yang dimulakan pada 13 November 2009 oleh penulis bernama Notie memuatkan coretan harian penuh emosi – dari nostalgia mengimbau kenangan, Islamik, kisah pengembaraan dan resepi makanan. Penulis berkongsi pengalaman peribadi seperti ulangtahun blognya, sambutan raya, lawatan ke Kashmir dan Jeju, majlis perkahwinan sahabat serta petua kehidupan dan motivasi harian . Gaya bahasa santai, lucu dan ikhlas menjadikan blog ini dekat dengan pembaca. Notie gemar menekankan syukur, kesederhanaan, serta ikatan kekeluargaan. Setiap entri mengundang rasa tenang, mengingatkan keindahan alam dan nikmat hidup dalam keimanan.”
Semoga membantu!
SA ada buat hari tu..lepas tu padam dan x share kat mana- mana...hahaha...rasa macam malu plak...SA ingat nak buat juga la...nak tengok apa kata ChatGPT tentang blog SA..mana tau boleh buat pembaikkan kan?
ReplyDeleteakak baca dia punya ulasan pun mula2 eh tak sangka pulak itu dia punya rasa. aduhaiiiiii
Deletepenuh emosi yer... hehehehehe
ReplyDeleteMenulis penuh perasaan gitu hahahahaha
Deletemenarik jg...penuh emosi tu yg tak tahan...hehe..
ReplyDeleteTu lah pasal rupanya menulis juga menunjukkan emosi penulis semasa menulis. emmm gitu ye
Deletewow, sejak 2009.. otai nih..
ReplyDeleteDulu menulis dalam multiply tapi bila dia dah tutup hilang semua tak sempat nak transfer ke blogspot. Layan blogdrive dari tahun 2004 rasanya sebab masa tu ramai penulis menulis novel mereka dalam blog. Lepas tu terfikir nak letak gambar masa jenjalan serta nak realse tension masa bekerja tu yang start menulis tahun 2009. Tapi tu lah ikut mood je kadang.
Deleteterjebak rumusan chatgpt juga ya
ReplyDeleteSaje je sis nak tahu apa komen dia. Kadang kita tulis ikut suka hati je. hehehehe
Deletesteady laaaaa
ReplyDeletehahahaha chaiyok chaiyok
DeleteWah mantap sudah lebih 15 thn usia blog cik notie..teruskn berkarya...
ReplyDeleteAla wak saje-saje je buat hilangkan tension dan tempat bergosip. hehehehe
Deletesalam kenal kak notie. wahhh kategori blogger lejen jugak ni. keep blogging kak!
ReplyDeleteAla lama je tapi emm entah apa-apa le tulis kadang buat syiok sendiri. hahahaha
DeleteKebanyakkan rumusan jujur kan kak...x mencabar la ChatGPT ni...
ReplyDeleteHaah kan. Agaknya kan SA kalau ayat kita merapu meraban dia kata kita ting tong kut. hehehehe
Deletesalam kenal kak notie.. saya pun baru berjinak-jinak dalam dunia blogging ni.. jadi, chatgpt pun tulis yang sopan-saopan je untuk blog saya.. hehehe..
ReplyDeleteSalam kenal Airene. Tu lah kalau kita tulis gaya samseng kampung dusun entah apa dia kata kan.
DeleteRamai dah join segment ni. ๐
ReplyDeleteKelakor juga bila baca satu satu. Sopan santun sungguh lah Chatgpt tu.
DeleteWaw dari 2009, lama tu! Salam kenal n saya follow sini ๐
ReplyDeleteBlog ni banyak cerita tentang alam ye, okay saya suka!
Salam kenal. Jemput lah masuk. Maaf lah air kosong je. Ala kadang merapu meranban je cerita. hehehe
DeleteAda juga beberapa kali minta chat gpt buat analisis blog. Hahaha....kelakar pun ada, kembang kempis pun ada juga.
ReplyDeletedia puji kita dgn bersopan santun. hehehe
DeleteWah.. baguslah dia punya ulasan untuk blog akak..
ReplyDelete