Assalamualaikum
Pada bulan Julai yang lalu ada 3 kali kita orang buat aktiviti gotong royong kat PBBR. Mula-mula 3hb Julai tu nak angkat BHT dan dah booking kenderaan tapi tiba-tiba hari kejadian tiada kenderaan pulak maka tak jadilah angkat BHT tapi pergi juga PBBR untuk sorting fail ikut disiplin.
Hah nampak tak deretan BHT yang kami akan sort by disiplin supya mudah untuk buat pelupusan nanti. Ada 3 kategori yang kami asingkan iaitu Disiplin Obsterik, disiplin Paeditrik dan disiplin lain-lain. Kami terpaksa buat macam tu sebab disiplin Obstetrik dan Paediatrik kena simpan 21 tahun sebelum boleh di lupuskan. Manakala disiplin lain-lain cukup 7 tahun kami dah boleh lupuskan. Kalau tak buat macam tu manalah ada stor yang muat untuk semua fail kami nak simpan. Jabatan Rekod di mana sahaja masalah stor adalah yang paling utama. Kalau bertrahun-tahun kena simpan manalah cukup stor kami nak simpan kalau yang ada terhad untuk 1 atau 2 tahun. Sebab tu kadang kena fikir alternatif lain untuk simpanan rekod pesakit.
Sebelum buat sorting. Posing dulu hehehehe
Selepas sorting hah clearkan. Yehhh
Tengaharinya sebelum balik ting beres dah.
Balik naik van apa tah dah macam orang kerja kontrak je sikit punya berhimpit-himpit.
Kejadian ke dua pada 10hb Julai 2025
Pada 10hb Julai pula dapat lori dan dapatle kami ramai-ramai angkat Fail yang nak di sorting ke Stor di PBBR.
Kami bergotong royong angkat dengan troli dari Pejabat ke Lori. Nasib baik dekat je kalau jauh huhu jenuh nak sorong troli. Dah le si Kumbang seorang je yang lain bunga-bunga belaka tapi alhamdulillah berkat bersatu hati semuanya beres.
Gotong royong masuk kan dalam lori di Loading Bay
Daripada pejabat angkat BHT dengan troli.
Banyak juga kena angkiut sampai penuh lori
BHT Pesakit
Selesai BHT di Pejabat kami pergi pula ke Unit Rekod di Bangunan endokrine. Ada 1 bilik pejabat tapi ianya jadi stor sebab kecil dan tidak sesuai untuk diletakkan staf didalamnya. Kat situ kami angkut lagi baki fail yang nak di simpan di Stor PBBR .
Setelahselesai semuanya kami pun beramai-ramai ke PBBR. Kat pejabat hanya tinggal beberapa staf untuk jaga kaunter dan urusan Lapuran perubatan. Yang lain semua pi PBBR.
Gambar mengangkut bila belek-belek eh takde. Nampak sangat semuanya sibuk sampai lupa nak ambil gambar kejadian.
Fail masuk ke Rumah 1
Rumah Paediatrik
Bilik O & G
Masih memerlukan rak tapi belum dapat lagi. Jadi sebagai solution kerana telah di tegur oleh Juru Audit kami letakkan rangka kayu bawahnya supaya ianya tidak berada diatas lantai.
Kejadian ke tiga pula pada 22hb Julai 2025
Kali ini kami buat gotong royong lagi sekali untuk bersihkan fail yang dah nak sampai tarikh luputnya.
Berhenti rehat sekejap sambil bergosip agaknya.
Yang ni kami gantikan mana yang nak lupus kami keluarkan dan ganti yang baru ikut no tertentu.
Kenapa sampai 3 kali kami buat gotong royong. Ini disebabkan pegawai yang incharge Pn Shu dah nak bersalin. Tu pun ke sana ke sini buat kerja walaupun dah sarat mengandung. Jenuh le kami tegur sebab dia punya lasak tu takut nanti bersalin kat PBBR je. Pn Shu kata senang je kat bawah dah ada ward bersalin. Masuk je lah. Ajeeee pn shu ni.
Pn Shu dijangkakan bersalin awal bulan 8. Jadi sebagai persediaan untuk cuti bersalin yang lama dia buat le aktiviti ni supaya Pn Ana yang akan menanggung kerjanya tidak le banyak sangat nak buat. Tapi dek kerana aktif sangat sampaikan bila bersalin memang senang sangat.
Pagi pergi checkup appoitment Doktor tiba-tiba tengaharinya Doktor suruh masuk wad. Kita orang pun eh dah nak bersalin ke. Nasib baik dia dah standby barang-barang. Call suami dan dalam pukul 2 kami dapat tahu Pn Shu dah bersalin anak perempuan. Ya Allah senang sungguh proses bersalin Pn Shu. Dapat baby Gegerl, Kata Pn Shu baby kali ni memang aktif dibandingkan dengan abang dan kakaknya.
alhamdulillah.. senang betul urusan bersalin puan shu.. yang kitonyo risau kot2 betul terberanak masa tengah punggah2 ni.. huhuhu..
ReplyDeletebtw, macam excited je masing2 naik van berhimpit2.. bukan selalu kan? hehehe.. ^^
Alhamdulillah senang betul urusan bersalin tu erk..suka la semua dah dapat anak buah lagi...risau jugak orang mengandung tapi aktif ni...bagus ada bagusnya tapi kena la hati- hati kan...banyak betul la fail, simpan 7 tahun tu ok la lagi..yang 21tahun...mak oiiiii
ReplyDeletebanyaknya dokumen ye, mesti rasa lega selepas clear semua tu, alhamdulillah
ReplyDeletepenattu berat nak angkut semua pindah lupus
ReplyDeleteKalau saya, terlopong kot tengok semua file2 yg banyak tu... lemah semangat rasanya 🤣
ReplyDeleteWahh hebatnya puan shu. Kita pulak risau jadi apa2. Alhamdulillah proses bersalin dipermudahkan dan baby pun aktif
Saya membayangkan, seandainya ada yg membuahkan dokumen di atas, tapi dah lumayan lama tglnya, apa tak bingung nak cari 😅😅😅. Saya yakin pasti sudah disusun juga, tp tetap saja, di antara banyak dokumen begitu 😱
ReplyDeleteAduh penatnya! tapi kalau bekerjasama ni ringanlah sikitkan bebannya...
ReplyDeletelama jg simpan data sampai 21 thn......pengurusan 'big data' secara fizikal mmg perlu big space..seriau dgr Puan Shu yg preggy lasak ke sana kemari...Alhamdulillah, senang bersalinnya..
ReplyDeleteBaru tau ada BHT kena simpan sampai 21 tahun. Ingatkan semua sama dengan dokumen kewangan 7 tahun. Patut la rekod selalu tak cukup ruang stor nak simpan.
ReplyDeleteRajindan sepakat membawa berkat..bertahun dah fail..kena lupus dengan syarat kena oudit dulu ..maksudnya ada AJK pelupusan..tahniah..bersih dah..nampak ceria semua..penat ramai ramai, nanti makan minum ramai ramai hehehe..gurau ja ya
ReplyDelete