Wednesday, August 13, 2025

Boleh mendaki tingkat 118 di Menara 118

 

Pada 30 Ogos, acara hujung minggu Hari Kebangsaan membolehkan anda mendaki setiap tingkat Merdeka 118 — kesemua 118 tingkat dan 2,845 anak tangga — dan selesai di bahagian atas bangunan sebenar. 

Tingkat 118 tingkat yang tidak pernah dibuka kepada orang ramai sehingga kini tetapi hanya dibuka pada hari tersebut! 

Apa yang anda boleh dapat?

✔️Tee larian eksklusif dan swaetband

✔️ Drawstring bag

✔️ Pingat penamat (anda boleh mendapatkannya juga!)

✔️ E-sijil, keputusan masa dan akses kepada Event Village/Expo

✔️ Dan sudah tentu, op foto Menara 118 yang ikonik 

✨Harga tiket:

🎫 RM159 untuk pendaki solo

🎫  RM449 untuk tiga pasukan

Dianjurkan oleh The Music Run dan POWERMAN

Sumber: SAYS


Assalamualaikum,

Sapa suka hiking hah boleh lah cuba. Walaupun mahal tapi pengalaman yang tidak dapat di perolehi. Bukan biashe -biashe ni naik puncak menara 118.


Tapi buat anak saudara aku Hisham sekali bila citer pasal ni dia up gambar dia buat kerja kat atas nun. Fuh gayat ko. Apa lagi tingkat atas sekali. 



Hisham yang no 2 dari kanan. Bersama kawan sekerja. Dia buat apa kat atas tu. Kerja dia mencuci bangunan tinggi bergantung kepada tender yang boss dia dapat. Memang mencabar dan berisiko kan kerja ni tapi dia suka walaupun Kak Jal sebagai mak selalu risau tapi asalkan dia nak bekerja mencari rezeki yang halal jadi sebagai mak Kak jal mendoakan semuga Hisham selamat tidak kira di mana dia berada. 


Yang ni lagi le seriau sungguh tenguk gambar ni. Mana Hisham aku pun tak nampak sebab dah rasa gayat. Semuga semua mereka yang bekerja mencari rezeki seperti ini Allah lindungi dari apa juga mala petaka. Semuga selamat dalam mencari rezeki yang halal. Aamiin


19 comments:

  1. Alamak..memang x la...SA tengok gambar last tu pun dah kecut perut....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kite yang tenguk pun dah rasa gayat. nak naik atas...upah pun tak nak

      Delete
  2. Naik tangga x per....nak duduk dekat atas tu gigil kaki...Pengorbanan diorg buat kerja mcm ni x semua org sanggup buat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah bila nampak anak buah up hohohoho bahaya juga kerja dia

      Delete
  3. Orang berani je boleh kerja macam ni.
    Mahal fee untuk towerthon tu. Jenuh la nak kerabat tangga sampai atas. Silap-silap boleh cramp kaki.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk yang berminat takde hal punya tapi bagi kita emm tak yah le buang duit je.

      Delete
  4. kerja cabar keberanian moga selamat semua selamat panjat tangga 18 tingkat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Keberanian tahap tinggi ni sis. Bukan calang-calang boleh buat

      Delete
  5. Dorg boleh sengih lagi ye begambar atas puncak tu. Seram kita yang nengok ni. Takdan sampai atas rasanya dah gigil dulu dah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Posing katakan bukan mudah sampai atas. Dah alang-alang sampai gambar sebagai bukti.

      Delete
  6. Ya Allah, berdebar² jantung saya tengok gambar last tu puan 🫣 tak semua orang boleh buat kerja ni

    ReplyDelete
  7. Tinggi sekali Mbak.
    Hanya buat orang yang berani saja ya. Kalau saya...ah takut di ketinggian Mbak.

    Salam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya pak. Bukan calang-calang orang boleh buat. Tapi budak muda sekarang selalu buat benda mencabar macam ni.

      Delete
  8. Ya Allah, teringinnya sayaaaaa bisa naik ke paling atas itu 😍😍😍😍😍🎉. Saya nih memang pecinta tempat2 tinggi kak 😍. Makin tinggi, makin saya suka untuk coba. Macam challenging soalnya... Menariiik lah bisa naik sampai level 118. Kalo saya di sana, memang nak ikut 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom lah join sini cuma hari tersebut je dia open untuk publik.

      Delete
  9. Aduiiii Notie .... rasa jatuh segala isi perut ke bawah! Mengucap dulu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tau takpe rasa bagai segala isi perut nak melonjak keluar sama

      Delete