Monday, August 11, 2025

Cara mendaftar sebagai Penderma Organ

 



Assalamualaikum,

Masa up entry pasal Minggu Pendermaan organ aku  dapat pertanyaan dari Mieeja pasal nak menjadi penderma organ.  Jadi pi lah kat website KKM. Ada pulak pasal bagaimana kita nak menderma kan organ kita setelah kita meninggal dunia. Bagusnya buat mereka yang berniat nak mendermakan organ mereka buat orang lain yang memerlukan. Memang tak mudah sebenarnya. Tapi bagi mereka yang ada niat nak buat semuga Allah sahaja yang memberikan balasan atas niat baik mereka. 



kak, macamana nak derma organ tu ya? saya dari dulu tertarik dengan program menderma organ.


Kelayakan mendaftar Sebagai Pengikrar Penderma Organ

  • Semua lapisan umur layak mendaftar sebagai pengikrar pendermaan organ. Namun, keizinan daripada ibu bapa / penjaga diperlukan bagi pemohon yang berusia kurang 18 tahun.
  • Tiada pemeriksaan kesihatan diperlukan untuk menjadi pengikrar.
  • Pendaftaran juga dibuka kepada warganegara asing.

Tanggungjawab Pengikrar

Sekiranya seseorang telah berdaftar sebagai pengikrar pendermaan organ, mereka perlu memaklumkan hasrat untuk menderma organ kepada ahli keluarga / waris.


Ahli keluarga dan waris merupakan pembuat keputusan bagi pendermaan organ selepas berlakunya kematian. Selepas berlaku kematian, kakitangan perubatan tidak akan melakukan pembedahan perolehan organ selagi ahli keluarga atau waris belum memberikan kebenaran.


Jika ahli keluarga dan waris sudah mengetahui hasrat untuk menderma, ini dapat membantu melancarkan proses pendermaan seperti berikut :

  • Proses untuk mendapatkan keizinan bagi perolehan organ dan tisu oleh kakitangan perubatan akan menjadi lebih mudah ketika berlakunya kematian.
  • Ahli keluarga juga akan berusaha untuk memaklumkan kepada pihak hospital mengenai hasrat untuk mendermakan organ dan tisu setelah seseorang itu meninggal dunia.
  • Pihak hospital akan cuba sedaya upaya untuk memenuhi permintaan ahli keluarga penderma berkaitan urusan pendermaan organ. Contohnya, keluarga berhak menuntut jenazah mengikut masa yang dikehendaki.


Kaedah Mendaftar Sebagai Pengikrar Penderma Organ


Pendaftaran melalui aplikasi MySejahtera
  • Muat turun aplikasi MySejahtera.
  • Sila kemaskini aplikasi MySejahtera anda.
  • Klik pada paparan Organ Donation Pledge.
  • Klik mula/start.
  • Isi maklumat peribadi anda dan klik hantar.
  • Anda akan menerima kad digital selepas berjaya mendaftar.








Begitu lah kaedahnya. Semuga kalian yang berniat menderma organ dan sudah mendaftar Allah kurniakan kesihatan yang baik semuga Allah mempermudahkan urusan kalian semua. Aamiin

16 comments:

  1. Menarik bacaan ini.. ramai org yg takut utk dermakan organ walau sebenarnya kita dah meninggal waktu itu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan mudah sebab kadang keluarga tidak setuju padahal ianya memberi kebaikan kepada orang lain yang memerlukan.

      Delete
  2. alhamdulillah.. sis dah berikrar sejak 2012.. semoga bermanfaat..

    ReplyDelete
  3. Saya tahu pasal derma organ ni tapi x pernah try nak mendaftar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya dah 50 tahun ianya diwujudkan cuma kurang mendapat sambutan je. Bukan mudah sebenarnya nak mendermakan organ ni

      Delete
  4. Teringat soalan SPM beberapa tahun lalu...mengapa ramai tak mahu derma organ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah kena buat karangan ke amie siap masuk soalannya dalam SPM

      Delete
  5. SA aware pasal derma organ cumanya SA lupa SA join ke tak...lama dulu la masa muda2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya ada certificate makluman kut sudah jadi penderma sebab kena bagitahu pada famili juga

      Delete
  6. Info yang bagus, kak. Rupanya, boleh daftar di app Mysejahtera. 👍

    ReplyDelete
  7. Saya pernah tertarik ini. Nak mendermakan organ saya saat nanti meninggal. Tp suami tak bagi izin. Terkadang banyak alasan keluarga tak mau mengizinkan. Susah juga jadinya. Alasan mereka kebanyakan, kasihan almarhumah harus diambil organ2nya. Mereka lupa kalo almarhumah itu sudah tak bisa merasa. 😞.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perlu izin keluarga juga tu yang kadang kurang dapat sambutan

      Delete