Wednesday, August 6, 2025

Jom cuti cuti ke MUO Bandar Diraja

 



Assalamualaikum,

Layan video di atas yang dibuat special buat orang Muo. 


Sebagai anak jati Muar sudah tentu aku bangga dengan bandar Muar Bandar Diraja. Kalau nak dibandingkan zaman dulu dengan sekarang memang sudah banyak berbeza. Mestilah berbeza sebab ianya semakin berkembang pesat dengan pelbagai produk pelancongan di wujudkan sebagai contoh lukisan mural yang boleh saja di dapati dan di lihat antara celah-celah kedai lama. Usia Bandar mua pun dah lebih 100 tahun. Malahan masa umur 100 tahun pelbagai acara diadakan sebagai menyambut usia 100 tahun bandar Muo. 

Malahan kat tanjong emas pun sudah semakin cantik dengan pelbagai Ikon Pelancongan malahan satu Dataran khas dibuat. Kalau malam lagi best sebab banyak lampu warna warni. Cruise pun ado tau tapi aku je yang belum layan. hehehehe teruk kan. Orang muo pun belum naik lagi. 

Ada juga ternakan oyster kat Parit Tiram tu. Aku tenguk kail Pagi makan petang kat tv Njoi , dia memancing kat sungai muar sambil pi kat Parit Tiram cari tiram. Aku orang muar pun belum pernah makan tiram hasil produk sungai muar. Hampeh sungguh orang muo sorang ni.  
 

Muar terkenal dengan beberapa makanan kegemaran ramai. Antaranya ialah mee siput yang rangup, dimakan bersama sambal tumis, Mee Bandong, rojak petis, asam pedas. Itu antara yang popular lah., 
Mee Siput:
  • Mee siput adalah makanan ringan yang popular di Muar dan Tangkak.
  • Ia biasanya digoreng sehingga rangup dan dimakan dengan sambal tumis.
  • Mee siput juga mendapat sambutan hangat dari luar Johor seperti Kedah, Perlis dan Kuala Lumpur, 
  • Ramai pelancong yang datang ke Muar pasti akan mencari dan membeli mee siput. 
Otak-otak:
  • Otak-otak adalah makanan tradisional yang diperbuat daripada ikan yang dibungkus dalam daun kelapa dan dibakar.
  • Ia adalah hidangan yang lazat dan sesuai untuk dinikmati pada bila-bila masa.
  • Otak-otak juga menjadi salah satu tarikan makanan di Muar. 
Otak-otak yang boleh di beli ada di area Rawang. Ada satu aku ternampak Otak-otak Ledang. Jalan masuk depan Balai Polis Rawang.

Muar terkenal dengan pelbagai tempat makan menarik, terutamanya mee bandungAntara tempat makan yang popular ialah Mee Bandung Abu Bakar Hanipah, Mee Bandung Udang Galah Muo Ori, dan Mee Bandung Central. Selain itu, Faris Kitchen juga menjadi pilihan ramai dengan menu seperti Roti John Cheese, Air Jagung Jakarta, dan Nasi Lemak Sotong Gergasi . Untuk pilihan lain, anda boleh cuba Restoran Seri Muar, R&H Cafe, atau Medan Selera Tanjung Emas. 


Berikut adalah beberapa cadangan tempat makan menarik di Muar:
Mee Bandung:
  • Mee Bandung Abu Bakar Hanipah: Terkenal dengan mee bandung yang lazat dan lokasi yang strategik. 
  • Mee Bandung Udang Galah Muo Ori: Mee bandung dengan udang galah segar, menjadi pilihan ramai. 
  • Mee Bandung Central: Menawarkan mee bandung dengan pelbagai pilihan daging dan kuah yang kaya rasa. 
Tempat Makan Lain:
  • Faris Kitchen: Menu popular termasuk Roti John Cheese, Air Jagung Jakarta, dan Nasi Lemak Sotong Gergasi 
  • Restoran Seri Muar: Pilihan hidangan tengah hari yang lengkap dengan suasana restoran yang selesa. 
  • R&H Cafe: Sesuai untuk santai petang dengan hidangan seperti satay dan minuman menyegarkan. 
  • Medan Selera Tanjung Emas: Tempat makan yang popular dengan pelbagai pilihan makanan dan pemandangan yang menarik. 
  • Amy Cheesy Steamboat & Grill: Sesuai untuk penggemar steamboat dengan pilihan bahan yang segar. 
  • Libta Coffee Muar: Kafe dengan suasana yang unik dan dekorasi ala Belanda. Pilihan tempat makan ini hanyalah sebahagian kecil dari apa yang ditawarkan oleh Muar. Anda boleh meneroka lebih lanjut dan menemui tempat makan kegemaran anda sendiri. 
Sebenarnya banyak je tempat makanan yang best kat area bandar muar ni tapi apa yang aku 
suka ialah apam balik , satay, mee bandung, rojak petis, asam pedas telur ikan, mee bandung,
soto, lontong hah apa lagi. Sarapan sate pagi hari lah yang paling legend kat sini.
 

Hah apa lagi ajom ke muo le kite. 

26 comments:

  1. SA pernah pi Mee Bandung Central, Faris Kitchen bawak arwah mak makan kat situ, yang lain- lain nanti nak terjah la..adik lelaki SA kahwin ngan orang Bakri...pas tu rumah diorang kat Taman Melati...selalu la SA ke sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Patutle. Taman melati tu area Jalan junid kan. Asam pedas jalan junid tu sodap

      Delete
    2. Haaaa.....nanti nak cuba asam pedas, especially kat Parit Jawa tu

      Delete
    3. Kat Parit jawa pun best ada banyak kedai asam pedas

      Delete
  2. Abah sis sebelum pencen dia duduk kuarters PGA Bakri.. dulu kalau balik muar, abah selalu bawak sarapan kat warung bond.. sekarang dia dah duduk jb..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah dulu sekolah kat muar le ye. PGA tu dekat je dgn kg akak kat Bakri tu

      Delete
  3. Tiram Muor tu pernah beli dekat sungai muor, beso-beso...arghhhh rindu mee bandong

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahkak yang kat muar pun tak pernah lagi rasa tiram. Teringat Running man yang selalu pi tangkap tiram makan mentah2

      Delete
  4. kak pernah sampai muar borong buah rambutan selori dulu2 la

    ReplyDelete
  5. Saya x pernah sampai Muor lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena datang sebab sekarang dah macam-macam terutamanya kat Tanjung Emas tu

      Delete
  6. Kak saya langsung save lah ini 😍😍😍. Memang dah niat mau keliling Johor. Termasuk ke muar. Yg saya tahu juga di sana makanan enak2 ❤️❤️. Harap2 tahun depan bisa kesana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena datang fanny. Ada mee bandong yang tiada di Bandong. hehehehe

      Delete
  7. Paling best kat Muo bole sarapan sate pagi2 :D

    ReplyDelete
  8. Adoiii notie. jadi rindu muo ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikut le aisyah datang muo lagi merata nanti dia bawak JJCM

      Delete
  9. muar ni famous dgn mee bandung. sedap!
    saya pun dah belas2 tahun tak ke johor

    ReplyDelete
  10. Tak pernah merasa lagi mi bandung Muor. Tapi memang tersohor ye. Mi bandung dan otak-otak Muor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya macam-macam makanan kat muo sedap tapi itu yang utamanya

      Delete
  11. Pernah makan mi bandung kat sini.

    ReplyDelete
  12. Tak sabar nak pencen. Nanti boleh JJCM mana-mana tempat kita suka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak masa terluang boleh zoom sana zoom sini.

      Delete