Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Perasmian Minggu Kesedaran Pendermaan Organ Peringkat Kebangsaan 2025 anjuran
Pusat Sumber Transplan Nasional (NTRC), Kementerian Kesihatan Malaysia akan diadakan seperti ketetapan berikut:



Dengan tema “Warisku, Hormati Ikrarku”, pelbagai aktiviti menarik turut disediakan untuk para pengunjung seperti:
- Zumba
- Dikir Barat
- Pertandingan Mewarna
- Saringan Kesihatan
- Pameran Kesihatan
- Permainan Interaktif
Majlis ini juga bersempena 50 Tahun Derma Organ di Malaysia dan diadakan sebagai satu usaha berterusan meningkatkan kesedaran dan sokongan masyarakat terhadap pendermaan organ.
Semua warga KKM dan orang awam dijemput hadir untuk memeriahkan majlis ini!
Sukacita dimaklumkan bahawa sempena Minggu Kesedaran Pendermaan Organ Peringkat Kebangsaan 2025, pelbagai pengisian menarik akan dijalankan sepanjang program tersebut.
Salah satu inisiatif utama adalah:
Pancaran Cahaya Hijau di Lokasi-Lokasi Ikonik Seluruh Malaysia
Tarikh: 13 – 16 Ogos 2025
Lokasi: Ikonik di seluruh negara
Program ini diadakan bersempena 50 Tahun Derma Organ di Malaysia dan diadakan sebagai tanda solidariti dalam meningkatkan kesedaran masyarakat berkaitan kepentingan pendermaan organ dalam menyelamatkan nyawa.
Marilah kita sama-sama menyokong kempen ini dan nantikan kemunculan cahaya hijau sebagai simbol harapan dan kehidupan.
macam- macam aktiviti ada tu ha...menarik betul...
ReplyDeleteBesar-besaran sebab dah jubli emas.
Deletekak, macamana nak derma organ tu ya? saya dari dulu tertarik dengan program menderma organ.
ReplyDeleteMaaf lah akak lambat jawab. Ada entry selepas ni akak dah jawapkan.
DeleteBanyak aktivitinya tu. Menarik jugak semuanya.
ReplyDeleteSambutan besar-besaran gitu
DeleteMasa anak kecik2 dulu sukalah kalau ada pertandingan mewarna ni hehe...
ReplyDeleteBukan hanya anak-anak je mak-mak pun suka juga. hehehehe
DeleteSemoga dimudahkan urusan ya
ReplyDeleteTerima kasih doanya
Deletebanyak acara menarik bermanfaat
ReplyDeleteSupaya lebih ramai orang datang untuk sama-sama menyambutnya.
DeleteSaya ada isi borang derma organ, tapi belum submit. Bertahun dulu, masa tu, bapa saya dirawat di IJN.
ReplyDeletewah baguslah. Hah boleh lah mohon lagi sekali ni.
DeleteMenarik temanya, Warisku, Formation Ikrarku.
ReplyDeletePromosi besaran sempena jubli emas katanya
Delete