Monday, August 18, 2025

Perbezaan Chia seed dengan Biji selasih

 


Chia seed dan biji selasih memang kelihatan serupa, tetapi berbeza dari segi rupa, asal-usul, dan kandungan nutrisi. Chia seed berbentuk oval, lebih besar, dan berwarna putih, hitam, atau kelabu, manakala biji selasih berbentuk bulat, lebih kecil, dan berwarna hitam pekat. Chia seed juga lebih kaya dengan omega-3, serat, dan protein, manakala biji selasih lebih kaya dengan zat besi dan kalsium. 

Berikut adalah perbezaan yang lebih terperinci:
Chia Seed:
  • Bentuk: Oval dan lebih besar.
  • Warna: Putih, hitam, atau kelabu.
  • Asal: Tanaman Salvia hispanica (keluarga mint).
  • Kandungan: Kaya dengan omega-3, serat, protein, kalsium, dan antioksidan.
  • Kegunaan: Boleh dimakan terus atau direndam, popular dalam diet kerana kandungan nutrisinya yang tinggi. 
Biji Selasih:
  • Bentuk: Bulat dan lebih kecil.
  • Warna: Hitam pekat.
  • Asal: Tanaman kemangi atau Ocimum basilicum.
  • Kandungan: Kaya dengan serat, zat besi, kalsium, flavonoid, dan antioksidan.
  • Kegunaan: Perlu direndam sebelum dimakan, popular dalam minuman tradisional dan masakan Asia. 

Secara ringkas, kedua-dua biji ini mempunyai khasiat tersendiri dan boleh diambil secara bersamaan untuk manfaat kesihatan yang lebih menyeluruh. 

Assalamualaikum,
Dulu-dulu aku kenal biji selasih je. Ingat lagi masa kecik-kecik bila minum air sirap ada lah pulak benda hitam terapung-apung. Ingatkan telur berudu tapi aruah mak kata tu biji selasih namanya. Bila aruah mak kata macam tu baru berani nak minum. Ye lah dah macam telur berudu kat tepi parit yang kita orang selalu nampak bila cari ikan kat parit. hehehe jaman budak-budak tu le kerjanya.

Masa tu kalau raya terhidang je sirap selasih dengan air batu bila minum perghhh begitu  nyamannya rasa tekak. hehehehe overnow aku ceritakan betapa sedapnya air sirap selasih di tekak aku. Ye lah masa tu belum ada macam-macam air terhidang masa raya. Yang paling murah tu lah sirap biasa je. Sirap buat sendiri tau. Nak best lagi hah air sarsi dalam botol tu paling kaya sikit ler dapat beli.

Lepas tu aku jumpa chiaseed bila nampak member letak banyak-banyak dalam bekas air mineralnya. 
Aku pelik napa minum air biasa je pakai biji selasih. Rupanya bila aku tanya bukan  biji selasih tetapi 
chiaseed. Bagus untuk kesihatan dan nak menguruskan badan. Bila minum  rendaman air mineral 
dengan chiaseed dapat mengenyangkan perut.  Nak best lagi letak sekeping 2 lemon. 
ooooo panjang oo aku bila kawan terangkan.

Jadi sekarang baru tahu serupa tapi tak sama. Ayat je pun dah lain-lain.
 

25 comments:

  1. zaman sekarang pun, kalau waktu panas ngam sangat dengan air sirap selasih...fuhhh

    ReplyDelete
  2. SA kadang- kadang suka minum air yang diletakkan chia seed sekali...sedap dan banyak khasiatnya...

    ReplyDelete
  3. minum chia seed badan boleh kurus bagus tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena istiqomah membuatnya. Ni sekejap ingat sekejap ke laut dalam hampeh sungguh

      Delete
  4. Thanks for sharing infonya. Dulu ingat chia seed ni sama selasih, rupanya lain kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama le kite tapi bila di belek keduanya tak sama rupanya

      Delete
  5. biji selasih bila dah kembang tu syok rasa nak geget-geget hehheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh di gigit ke rasanya macam laju je dia masuk tekak.

      Delete
  6. good info. anak i suka chia seed tu. pasal nak kurus la tu.

    ReplyDelete
  7. Terima kasih Notie, bezakan antara biji selasih dengan chia seed. Selalu nampakm chia seed tu dalam botol bersama bijirin lain (biasanya di hotel ketika travel oversea). Tapi tak pernah try. Nanti bolehlah cari, buat bekal pergi ladang. Boleh bubuh hirisan lemon juga ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kawan saya buat hirisan lemon banyak2 dan letak dalam peti sejuk. Bila nak minum masukkan se keping 2 lemon dengan chiaseed dalam air mineral.

      Delete
  8. Kami panggil teloq katak, biji selasih tu hehe...
    Chia seed ni campur dgn overnight oats katanya sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biji selasih tu memang nampak macam kan. Nasib baik aruah mak cakap bukan kalau tak memang tak lalu le nak minum.

      Delete
  9. Salam singah..dah bloglistkan..jom bloglist kan juga ya, terima kasih sudi datang

    ReplyDelete
  10. suka tengok chia seed berenang-renang dalam botol air.. hehehe..

    ReplyDelete
  11. Dulu masa zaman saya rajin buat overnight oat, saya ada guna chia seed. Mahal harga dia, bagi saya. Jadi setiap kali nak guna, letak setengah sudu teh je. Kedekut. Hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah dulu rasa biji selasih lagi murah daripada chiaseed. Sebab tu macam krik krik sikit. hehehehe

      Delete
  12. Bijik selasih tu mmng biasa minum dgn air sirap, sedap. Tapi chia seed saya tk pernah makan. Dia pun rasa jelly2 mcm selasih ke?

    ReplyDelete
  13. Saya rutin konsumsi chiaseed kak. Tiap hari, pagi saat perut kosong. Campur ke dalam apple vinegar. Itu bagus untuk pencernaan. Dah hampir setahun juga saya konsumsi dengan cara itu. So far bisalah kenyang lama sampai waktu makan siang

    ReplyDelete
  14. sirap selasih...lamanya tak minum...chia seed byk khasiatnya...

    ReplyDelete