Sunday, October 26, 2025

HPJ menerima delegasi daripada Universitas Fort De Kock Indonesia

 


17/10/2025 - Hospital Putrajaya berbesar hati menerima delegasi lawatan daripada Universitas Fort De Kock Indonesia. Antara intipati lawatan ini berkaitan perbincangan dan pendapat dua hala mengenai perkhidmatan penjagaan kesihatan yang terdapat di Malaysia.

Delegasi lawatan telah dibawa melawat ke wad O&G dan wad Pediatrik. YBrs. Dr. Nur Zulaikha Binti Nordin, Ketua Penolong Pengarah Perubatan I telah mewakili pihak Hospital Putrajaya berbesar hati untuk mempengerusikan sesi taklimat mengenai perkhidmatan hospital dan menjawab soalan diutarakan pihak universiti.
Semoga dengan perkongsian dua hala ini akan meningkatkan lagi servis dan mutu perkhidmatan kesihatan bagi kedua-dua belah pihak.




Sessi taklimat kepada tetamu yang datang jauh


Cenderahati



Tetamu dari Indonesia


Lawatan ke wad




                                                          Sister memberi penerangan


 Posing di muka pintu wad



Lawatan wad


Memberi penerangan



Bergambar bersama


Bergambar bersama-sama antara Malaysia dan Indonesia. Muhibah gitu


Jenguk Unit Dietetik dan Sajian  juga



Di Lobi Endocrine.


Assalamulaikum,

Bila tenguk tetamu datang dari Indonesia ni seronok kan kalau dapat pergi ke tempat mereka pula terutamanya Hospital Di Jakarta dan sebagainya. Tenguk bagaimana situasi pekerjaan di Hospital di sana.

Dahulu ada Persatuan Rekod membuat lawatan sambil belajar ke Indonesia. Tahun bila dah lupa. Tapi masa tu memang teringin nak ikut cuma ekonomi tabung gajah belum penuh jadi ibarat no money no talk ye kalau nak berjalan. Jadi tenguk je lah gambar-gambar geng Rekod pi Indonesia. Seronok kalau kita dapat melihat keadaan di tempat lain terutamanya kalau macam aku Jabatan Rekod di Indonesia agaknya macamana.

Pernah masa kursus jangka pendek di Australia, kami di bawa ke hospital di sana. Masa tu kursus koding jadi selain di bawa merata kawasan hospital akhirnya kami di bawa ke Jabatan Rekod dimana Unit Koding terdapat. Bestnya kat Ausie ni Kalau buat koding tu kerja mengkoding je tanpa ada gangguan daripada yang lain. Tapi kat Malaysia Jabatan Rekod umpama gudang Rekod selain daripada koding kita menyimpan pelbagai Rekod Pesakit. Selain itu ada urusan Lapuran Perubatan lagi. Jadi kiranya rencam juga le Jabatan Rekod ni. Sebab tu ramai tak suka masuk Jabatan Rekod sebab banyak kerja padahal pada aku seronok je walaupun ianya rutin yang sama setiap hari.

Tapi Hospital Australia dah canggih kalau kata paper less memang tak ada kertas sungguh le. Malaysia cuba praktikkan dan Hospital Selayang sebagai pioner dahulu semasa awal-awal Hospital Selayang wujud tapi akhirnya tak boleh 100 peratus paper less kena wujud fizikal Rekod juga. Sekarang zaman digital tak tahu lah macamana nanti. 

16 comments:

  1. Alhamdulillah.
    Moga erat silaturrahim antara negara jiran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus juga sesekali boleh bertukar-tukar fikiran

      Delete
  2. tak boleh kak nak paperless...sistem pun asyik down je.. hahaha...
    tapi, setakat hari nie, boleh lagi la nak track yang 2,3 tahun lepas punya, doktor taip je nama dan no IC, keluarla segala mak nenek prosedur yang pernah buat dekat hosp selayang nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahu sebab masa baru2 wujud aduhaiiiiii kita orang yang kat ibu pejabat pun pening sebab data lambat dapat dan ianya lain dari pada hosp lain. huhuhu. Sekarang balik manual juga. Sistem bila lama sangat banyak eror juga sebab maintenance asyik bertukar vendor

      Delete
  3. Dulu, setahun sy HSI kat Johor ni dikatakan hospital tanpa kertas. Tak pastilah betul atau tak. Bestnya boleh kerja sambil jalan² keluar negeri, untung dan tauhu badan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selain daripada Selayang HSI juga tapi tak boleh sebab banyak cabarannya. Kalau kes mahkamah masih lagi perlu evidence dalam hard copy.

      Delete
  4. alhamdulillah dikunjungi tetamu istimewa dari luar negara

    ReplyDelete
    Replies
    1. Depa pun seronok datang malaysia sambil melawat sambil makan angin

      Delete
  5. Bagus saling berkunjung begini, dapat bertukar fikiran dan saling belajar cara masing².

    ReplyDelete
    Replies
    1. Idea bagus cuma kosnya tinggi sikit lah kalau nak melihat negara orang punya perkhidmatan kesihatan

      Delete
  6. Kena Dietitian pakai baju hitam tu. Dia pernah kerja di Lipis dulu. Cie tak sempat dengan dia. Masa tu Cie di Jengka. Puan Akma nama dia. Kat Putrajaya dah dia sekarang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah naik pangkat kut cie. Ahkak pun masih tak kenal orang sebab kadang terperuk je kat pejabat kecuali join event hospital

      Delete
  7. Ooo ada ye sesi lawatan dari hospital luar negara..cantik sedondon baju diorang warna peach...semoga ukhwah dan silaturrahim terjalin erat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat HPJ macam-macam orang datang. KIta orang seronok je sambut mereka

      Delete
  8. Setelah baca ini saya langsung browsing dimana universitas fort de kock, tak pernah tahu. Ternyata di Bukittinggi Sumatera barat yaaaa... Saya baca juga ini khusus jurusan kesehatan. Serunyaaa kalau bisa saling berkunjung dan belajar dari msing2, deni kebaikan dan kemajuan bidang kesehatan.

    Saya sendiripun lebih nyaman berobat di Penang, sebab jauuuuuh lebih murah drpd rumah sakit jakarta.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kosnya mahal ya. Tu lah dengar juga ramai orang Indonesia yang datang ke malaysia untuk perawatannya.

      Delete