Assalamualaikum,
Hari ni kita orang buat potluck untuk majlis perpisahan CC milah. Sedih juga sebab aku agak rapat juga dengan cc semasa baru kerja di HPJ ni. Kita orang memang suka masak-masak atau buat makan-makan kat pejabat. Kadang belanja sarapan hari jumaat kadang belanja sarapan bila buat gotong royong. Cc Milah ni umpama mak-mak kat pejabat kita orang. Jadi rasa sedih juga lah walaupun hanya perpindahan dalaman tapi masih tidak sama sebab bukan satu jabatan.
Isnin hadapan CC Milah dah mula bekerja bahagian admin. Di tarik oleh Mr Danesh kerana CC berpengalaman dalam kerja di Bahagian sumber. Walaupun dah merayu sebab baru je 2 tahun lebih di Jabatan Rekod tapi bila Mr Danesh ugut kalau tak tarik CC milah ke bahagian sumber nanti gaji baru tahun hadapan dapat lambat. Ni kiranya kali kedua sebab kali pertama ada sebab munasabah menolak untuk di tarik ke bahagian admin. Kali ini tak boleh lah terpaksa juga pergi ke bahagian admin.







Sedihnyaa bila orang yang kita rapat berpisah jua ke bahagian lain...tapi masih boleh jumpa kan.....
ReplyDeleteMemang sedih walaupun boleh jumpa tapi tak sama.
DeleteKena ikut arahan la ye, demi kelangsungan hidup. Sedap-sedap tengok makanan, macam-macam ada.
ReplyDeleteKita yang menurut perintah. Sekarang kalau lama sangat di satu tempat berseialah untuk di tukarkan
DeleteMemang sedih bila ada perpisahan ditempat kerja.. Lagi2 yang baik dan rapat .. lagi kuat terasa kan..
ReplyDeleteGeng rapat mestile sedih. Orang kata geng bergosip gitu. hehehe
Deletewah menu sedap semua selamat sebagai admin cc milah
ReplyDeleteTerima kasih sis.
DeleteBila orang banyak pengalaman gitu lah ramai yang perlukan. Siap ugut ek. Sedap2 semua menu tu meriah macam2 ada.
ReplyDeleteOrang atasan kan ada kuasa kita ni melukut tepi gantang je. Kena redho le bila dapat arahan
Deletesedihnya bila kawan rapat kat ofis kita nk pindah tempat lain. semoga beliau berjaya di tempat baru dan jumpa orang2 yg baik juga
ReplyDeleteLumrah kehidupan kena hadapi juga. Aamiin doanya
DeleteMoga CC Milah gembira di tempat baharu. Tak apalah, dekat disayang jauh dikenang.
ReplyDeleteKhidmat di perlukan di tempat lain. Kena terima lah benda macam ni. Lumrah alam pekerjaan.
Delete