Friday, October 31, 2025

Latihan Kebakaran di Hospital Putrajaya 2025

 Taklimat dahulu sebelum operasi fire Drill diadakan dengan kerjasama Pihak Bomba Putrajaya



Taklimat Fire Drill HPj sebelum 'insiden' bermula. Sesi dipengerusikan oleh Dr. Khairol Anwar, Timbalan Pengarah Perubatan II HPj


Assalamualaikum,

 Latihan Kebakaran (Fire Drill) Hospital Putrajaya 2025

Pada 28hb Oktober Hospital Putrajaya telah melaksanakan Latihan Kebakaran (Fire Drill) 2025 melibatkan Wad 9A di Institut Endokrin dan Klinik Ortopedik di Blok Utama. Latihan ini dijalankan mengikut SOP Kod Merah Saga dan Kod Hijau Setempat, dengan penyertaan pasukan ERT, Radicare, Jabatan Kejuruteraan, jururawat, penyelia hospital serta pasukan perubatan. Aktiviti ini menguji keberkesanan sistem panggilan kecemasan, kecekapan pemindahan pesakit, serta koordinasi antara jabatan dalam situasi sebenar.
Hasil latihan menunjukkan peningkatan tahap kesiapsiagaan dan kefahaman peranan warga kerja dalam menangani kecemasan, di samping mengenal pasti beberapa ruang penambahbaikan terutama dari segi penggunaan peralatan komunikasi untuk memperkukuh aliran maklumat. Jutaan terima kasih kepada Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Bomba WP Putrajaya atas kerjasama dan bimbingan sepanjang latihan dijalankan. Hospital Putrajaya kekal komited menjadikan keselamatan pesakit, pelawat dan warga kerja sebagai keutamaan.




Neng nong neng nong ni bunyi ambulan ...eh camne bunyi bomba datang ye.



Ambulan pun kena standby juga



Mangsa sedang di selamatkan




                             Pengumuman siar raya kod merah saga dan kod green setempat.


Wah ada asap tu real lah situasinya


                                 'Mangsa' bersyukur kerana terselamat daripada asap tebal


Kena check pesakit ada berapa....takut hilang entah kemana


Anggota bomba memeriksa keadaan


Control Room...penting ni

Keadaan huru - hara depan lobi klinik Pakar


Pesakit dan waris sempat diselamatkan




Tempat berhimpun di kala kecemasan adalah di tempat parking



Memeriksa mangsa yang terlibat


Proses pengungsian dilaksanakan dengan teratur. Semua pesakit dan peralatan dipindahkan ke kawasan selamat.


Suasana pengungsian di Lobi Utama. Terima kasih kepada semua yang memberi kerjasama.



Semakan laporan keselamatan selepas latihan pengungsian bagi menilai tahap kesiapsiagaan


Semangat kebersamaan jelas terpancar apabila rakan-rakan bersama membantu mengiringi mangsa dengan penuh prihatin.



                                                             Alhamdulillah semua clear


Mereka-mereka yang terlibat


Mesyuarat Post-Mortem Fire Drill dipengerusikan oleh Dr. Fateh, Pakar Jabatan Kecemasan HPj dijalankan sejurus arahan stand down dikeluarkan. Perbincangan dan analisis pelaksanaan telah direkodkan untuk tujuan penambahbaikan.

14 comments:

  1. Eh macam sama plak ngan opis suami SA...hehehe...dia pun ada fire drill hari ni...Office SA blom lagi tahun ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang-kadang kena buat latihan supaya bersiapsiaga bila terjadi bencana

      Delete
  2. Mangsa siap tersenyum ye. Hihi. Kat Lipis ni selalunya buat bersekali dengan kursus.

    ReplyDelete
  3. Sy sampai skrg tak boleh beza siren polis, Bomba & ambulance ๐Ÿ˜…
    Bagus program begini, kesiapsiagaan menghadapi perkara tak dijangka spt kebakaran

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena dekatkan mereka bertiga bagaimana bunyi bila mereka bertindak. Kadang macam sama tapi sebenarnya tidak sama bila ianya muncul serentak

      Delete
  4. alhamdulillah siap latihannya selamat semua

    ReplyDelete
    Replies
    1. Testing je sis supaya bila terjadi telah bersedia menghadapinya

      Delete
  5. haha mangsa tersenyum sambil pengsan yee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Staff yang berlakon tu. Tu yang senyum. Lakonan tidak menjadi

      Delete
  6. Tergelak pulak sy tengok wajah mangsa yang bersyukur terselamat tu, hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan pelakon cuma acah-acah berlakon jadi patient je tu.

      Delete
  7. Waaaah fire drill nya siap ada roleplay dan pakai Bomba ya kak ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜. Dulu saat kerja di bank, kamipun ada fire drill. Tp tak adalah pakai Bomba ๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…. Yg kasihan kalo dapat kerja di gedung tinggi. Macam kakak ipar saya, kantor dia dj gedung lantai 48 ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ. Wajib turun pakai tangga wkwkwkwkwk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jabatan bomba depan je daripada hospital ni memang mudah le dapat kerjasama dan bila buat fire drill kena lah buat betul-betul

      Delete