Thursday, October 23, 2025

Majlis perpisahan CC Milah

 


Assalamualaikum,

Hari ni kita orang buat potluck untuk majlis perpisahan CC milah. Sedih juga sebab aku agak rapat juga dengan cc semasa baru kerja di HPJ ni. Kita orang memang suka masak-masak atau buat makan-makan kat pejabat. Kadang belanja sarapan hari jumaat kadang belanja sarapan bila buat gotong royong. Cc Milah ni umpama mak-mak kat pejabat kita orang. Jadi rasa sedih juga lah walaupun hanya perpindahan dalaman tapi masih tidak sama sebab bukan satu jabatan.

Isnin hadapan CC Milah dah mula bekerja bahagian admin. Di tarik oleh Mr Danesh kerana CC berpengalaman dalam kerja di Bahagian sumber. Walaupun dah merayu sebab baru je 2 tahun lebih di Jabatan Rekod tapi bila Mr Danesh ugut kalau tak tarik CC milah ke bahagian sumber nanti gaji baru tahun hadapan dapat lambat. Ni kiranya kali kedua sebab kali pertama ada sebab munasabah menolak untuk di tarik ke bahagian admin. Kali ini tak boleh lah terpaksa juga pergi ke bahagian admin.  


Main dish order nasi tomatao. Manakala kuih dan desert yang lain potluck. Tapi paling best sebab buat kerabu maggi. yum-yum. Liza dan hanim yang membuatnya sebab liza terer buat kerabu maggi tu manakala maggi siam aku yang belikan. Hari tu masa pi Kelantan tak dan beli sebab dah naik bas baru nampak julie tayang jadi aku cari kat shoppee. Hah 15 paket maggi dapat 2 bekas. Semua kata sedap.



                                                                
   Pembuatan kerabu maggi


Gambar ramai-ramai sebelum makan


Aku bersama cc Milah. Geng makan dan bergelak ketawa. Nangis sama-sama ketawa sama-sama. Semuga cc dan keluarga Allah sentiasa lindungi dimana jua berada. Aamiin


Pn Hanum berucap sikit


Cc milah dalam kesedihan




CC bersama team LP

Semuga CC milah berjaya di tempat baru. Jangan lupa kita orang ye CC




Video yang di buat oleh Pn Hanim. Bila tenguk ni alahaiiiii sedihnya



14 comments:

  1. Sedihnyaa bila orang yang kita rapat berpisah jua ke bahagian lain...tapi masih boleh jumpa kan.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedih walaupun boleh jumpa tapi tak sama.

      Delete
  2. Kena ikut arahan la ye, demi kelangsungan hidup. Sedap-sedap tengok makanan, macam-macam ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita yang menurut perintah. Sekarang kalau lama sangat di satu tempat berseialah untuk di tukarkan

      Delete
  3. Memang sedih bila ada perpisahan ditempat kerja.. Lagi2 yang baik dan rapat .. lagi kuat terasa kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Geng rapat mestile sedih. Orang kata geng bergosip gitu. hehehe

      Delete
  4. wah menu sedap semua selamat sebagai admin cc milah

    ReplyDelete
  5. Bila orang banyak pengalaman gitu lah ramai yang perlukan. Siap ugut ek. Sedap2 semua menu tu meriah macam2 ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang atasan kan ada kuasa kita ni melukut tepi gantang je. Kena redho le bila dapat arahan

      Delete
  6. sedihnya bila kawan rapat kat ofis kita nk pindah tempat lain. semoga beliau berjaya di tempat baru dan jumpa orang2 yg baik juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lumrah kehidupan kena hadapi juga. Aamiin doanya

      Delete
  7. Moga CC Milah gembira di tempat baharu. Tak apalah, dekat disayang jauh dikenang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Khidmat di perlukan di tempat lain. Kena terima lah benda macam ni. Lumrah alam pekerjaan.

      Delete