KURSUS PENJAGAAN KEROHANIAN PESAKIT 2025
30 Oktober 2025 | Masjid Putra, Putrajaya
Program anjuran Hospital Putrajaya ini dirasmikan oleh Dr Mohammad Khairol Anwar bin Yusop, Timbalan Pengarah Perubatan II. Kursus memberi tumpuan kepada pendekatan holistik yang menggabungkan rawatan klinikal bersama sokongan rohani dan emosi.
Para peserta dibimbing oleh YM Dr Raja Khairul Arief bin Raja Kahalid dari Unit Spiritualiti dan Kesihatan Hospital Sungai Buloh yang merupakan perintis penubuhan unit ini di hospital kerajaan. Melalui sesi perkongsian dan latihan, peserta diberi pendedahan tentang teknik mendengar secara reflektif, komunikasi berempati dan kaedah penjagaan kerohanian pesakit.
Unit Pemulihan Kerohanian terbukti berkesan membantu pesakit menghadapi tekanan emosi dengan lebih baik serta memberi kekuatan dalaman untuk terus berjuang melawan penyakit. Usaha ini menyokong matlamat Hospital Putrajaya untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan yang seimbang dari segi fizikal, mental dan rohani.
Slide yang dibentangkan
Staff HPJ yang terlibat
Macam-macam jenis terapi
Agaknya ini sessi bersama pesakit dengan staff bagaimana memahami emosi pesakit
Penceramah jemputan
Aktiviti yang dijalankan
Banyak ilmu baru di perolehi sebab ini ada lah kursus baru
Dr Khairul yang mewakili Pengarah merasmikan kursus
Bergambar beramai-ramai bersama penceramah dan Dr Khairul












Bagus program begini. Selain rawatan ubat-ubatan, of course emosi dan semangat pesakit juga perlu dijaga dan diberi perhatian.
ReplyDeleteBaru pertama kali ni buat hasil usahasama dengan pegawai Hospital Sg Buluh
DeleteSelamat berkursus.
ReplyDeleteSaya tak join wak orang lain yang pergi
Deleteterbaik kursus sebegini.. bukan sahaja fizikal tetapi mental pun perlu seimbang.. kekuatan emosi termasuk dalam usaha penyembuhan
ReplyDeleteSekarang bukan hanya fizikal yang sakit, mental yang sakit pun kena tangani juga
DeleteBaguslah ada pendekatan kerohanian pesakit begini.
ReplyDeleteDi sekolah ada falsafah JERI yang hendak dicapai - Jasmani, Emosi, Rohani & Intelek.
Wah bagus juga tu
Deletewah, bagus lah kursus macam nie.
ReplyDeleteBaru ni linda. Orang Hospital Sg Buluh baru wujudkan unit tersebut. Mungkin nanti akan merebak kepada hospital lain
DeleteBulan depan SA plak kursus...selamat berkursus akak
ReplyDeleteKursus ni orang lain yang pergi tapi macam menarik juga. Lebih kepada bahagian klinikal yang selalu handle pesakit
Delete